Puan Rohani memanggil suaminya, Encik Mat Ghain. Dia memberitahu segalanya tentang Sofea. Patutlah tidak mahu makan dan lain-lain. Rupanya ini yang terjadi. Dia menangis teresak-esak sambil bercerita. Encik Mat berasa sangat sedih dan kecewa. Dia tidak tahu apa nak dibuat. Fikirannya menjadi buntu memikirkan penyelesaian masalah ini. Dimana mukanya mahu diletak jika semua ahli keluarga mahupun jiran tetangga tahu mengenai perkara ini.
Sofea keluar dari biliknya lalu pergi ke dapur untuk mengisi perutnya yang bergegar seperti gempa bumi.
Ibu dan bapanya senyap sahaja apabila dilihat oleh Sofea. Macam dah tahu apa yang terjadi. Selesai sahaja makan, dia ingin kembali ke dalam bilik tetapi ditahan oleh ibunya. Ibunya lantas memeluk anaknya itu sambil menangis. Ditanya oleh Sofea apa yang berlaku ada orang jahat masuk rumah kah? Ibunya pun bertanya, benarkah dia hamil? Ataupun itu hanya fitnah yang diberikan oleh pihak sekolah.Sofea terkejut lalu terkedu apabila tahu bahawa ibu bapanya telah mengetahui segala cerita berkenaan dirinya. Badannya seakan-akan mengeras seperti batu. Dia terpegun di situ dan turut menangis teresak-esak. Dia sangkakan yang dia boleh merahsiakan perkara ini tetapi akhirnya diketahui juga. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sofea P.O.V
"Lapar weyh lokk. Nok gi make lah meta," omel Sofea setelah perutnya mula berbunyi macam ada binatang berhempas dalam badannya itu.
"Kreekk! Bunyi pintu dibuka oleh Sofea lalu menuju terus ke dapur
"Abang, tu dia datang, apa kita nak buat?" Tanya Puan Rohani kepada suaminya setelah sahaja melihat kelibat anak sulungnya keluar dari bilik.
"Eh, ibu nge ayoh? Bakpo napok pelik semacam jah bilo napok aku. Aku ado buat benda viral ko?" Bisikan hati Sofea pelik melihat gelagat orang tuanya itu.
"Sofi, ibu nok tanya ni. Betul ko kak Sofi mengandung? Ko sekoloh fitnah keluarga kito ni?" Tanya Puan Rohani apabila melihat anaknya selesai makan.
"Err, gano ibu tahu? Sapo oyak? Kakak kei keno colek baruni mungkin keno wak kenak ko ore jahat lah kot😞," jawab Sofea akur dengan pertanyaan ibunya dengan nada sedih.
"Hekkhehehhh! Aaaaaaahh! Anak ibu doh tok sucii!," tangisan Puan Rohani menjerit di ruang tamu.
End P.O.V
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...