~Chapter 32~

0 2 2
                                    

Ramona sedang bekerja di restoran milik Encik Hazman, iaitu bapanya. Ketika sedang memasak, tiba-tiba sahaja dia berasa mual dan pening-pening. Dia hampir pengsan lalu memanggil suami tercinta, Kacak yang kebetulan ada di restoran. Belum sempat Kacak pergi ke arah Ramona, dia termuntah di situ dan muntahnya sepenuhnya masuk ke dalam makanan yang dimasak 🤮 bukan sup cendawan tapi sup muntah jadinya. Kacak panik lalu mendukung Ramona masuk ke dalam kereta serta-merta. Dia membawa Ramona menuju ke hospital untuk memeriksa tahap kesihatan Ramona.

Setelah setengah jam menunggu, Ramona disahkan oleh doktor bahawa dia sedang hamil. Kacak yang mendengar berita baik ini bersyukur diikuti perasaan gembira. Ramona telahpun hamil selama 2 minggu. Dia pun turut berasa pelik mengapa dia tidak keuzuran sedangkan sudah tiba masanya, rupanya, perut dah berisi.

Apabila sampai di rumah, Kacak bergegas berlari masuk dan memberitahu seluruh keluarga Ramona mengenai berita tergempar ini. Seluruh ahli keluarga 'bagai kacang direbus satu' bersorak keriangan dengan kehamilan Ramona.

Setahun berlalu...

Ramona dikurniakan kembar 3 dua perempuan satu lelaki. Kacak sangat gembira, dia melaungkan azan kepada anak lelakinya. Mereka masih belum memikirkan nama apakah yang sesuai untuk diletakkan. Selepas penat memikirkan nama untuk anak-anaknya, dia bercadang ingin meletakkan nama anak pertamanya yang lelaki, Muhammad Alkarkum Murni . Anak kedua, perempuan, Nurul Alkhulinjan Naimah dan yang terakhir, Nur Zanjabilun Fatimah. Mereka dijaga oleh Ramona dan Kacak 'bagai menatang minyak yang penuh' sehinggalah mereka berusia 7 tahun.

sepasang suami isteri itu genap 30 tahun usia mereka. Sudah mahu tua Ramona ini bukan itu sahaja, Kim Seruk, Halimah, An-nur, Chong, Puyie dan yang lain juga berumur 30 tahun ketika itu. Mereka semua berkawan sejak sekolah rendah dan hubungan persahabatan mereka masih tidak renggang, kecuali arwah Sofea yang telah meninggal lebih satu dekad. Sejujurnya, Halimah dan An-nur baru berkenalan dengan Kim Seruk dan yang lain ketika mereka semua berusia 15 tahun jadi jika dikira balik, sudah 15 tahun selepas itu mereka berkawan rapat. Tidak sangka betul mereka masih akrab.

Kim Seruk bekerja sebagai seorang penyanyi nada tinggi iaitu kepakarannya apabila menyanyi sambil itu dia membuat bisnes butik pakaian lelaki dan wanita serta jenama alat solek sendiri dan agak popular di negeri Kelantan. Puyie pula bekerja sebagai peguam di Kota Bharu. Chong bekerja menjadi seorang petugas keselamatan ataupun 'spy' kepada Dato' Haji Rasyid pengusaha ladang getah di Felda Kemahang 2, Tanah Merah bagi memastikan setiap ekar kawasan pokok getah selamat daripada bahaya. Halimah dan An-nur bertugas sebagai tentera darat ACP.  *author reka mn tahu bab ii bende camni*. Kacak dan Ramona masing-masing ialah Ketua Pengarah SPRM dan Penolong Ketua Pengarah SPRM. Mereka bekerja sekali. Masa hadapan mereka sekumpulan sahabat cerah dengan kejayaan yang dihasilkan. Mereka hidup aman dan sentosa sehingga akhir hayat.

_____________________________________________________TAMAT________________

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now