~Chapter 20~

1 0 0
                                    

Setahun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun berlalu. Sofea berjaya melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan. Dia berasa betapa sakitnya ibunya melahirkan dirinya suatu masa dahulu. Dia berasa sangat malu. Kendatipun itu tetap anak-anaknya. Dia harus belajar untuk menerima kenyataan daripada terus meroyan tidak tentu arah.

Ibunya, Puan Rohani menyiapkan menu yang banyak sebagai juadah menyambut cucunya. Encik Mat Ghain pergi menjemput Sofea di hospital lalu membawanya pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai, adik beradiknya, sepupu-sepapat, saudara-maranya datang menyambut kelahiran anak Sofea. Walaupun dianggap hina di mata orang lain, namun itu tetap rezeki daripada tuhan.

Sofea P.O.V

~Di hospital~

"Ehhhekkkhek! Aaaargghh! Uwekk uwekk! Bunyi Sofea melahirkan anak pertamanya dan bunyi tangisan bayi yang baru sahaja lahir.

"Allahuakbar Allahuakbar... Allahuakbar Allahuakbar...," bunyi suara Encik Mat Ghain melaungkan azan untuk cucunya. Walaupun masih musa tetapi telahpun bergelar datuk. Alahai.

~Di rumah~

"Esoh, tolong aku angkat kawoh nih berat x cengkat aku nok angkat belako," getus Puan Rohani memanggil adik-beradiknya untuk membantunya di belakang rumah.

Kelibat kereta Encik Mat Ghain jelas kelihatan tiba di hadapan pekarangan rumah. Ahli keluarga bersorak-sorak menyambut ketibaan Sofea dan anak-anaknya.

"Wah! Anok kembar! Tahniah Kak Sofi!" jerit ibu saudara Sofea yang sedang dalam perasaan yang girang.

"Terima kasih semua ore sanggup mari sambut Sofi walaupun Sofi beranok anok ore lain," ujar Sofea kegembiraan kerana disambut meriah oleh semua ahli keluarganya.

End P.O.V

Kim Seruk ingin berangkat pulang ke Shah Alam dimana itu ialah tempat tinggalnya. Dia bakal merindui rasa seronok berada di kampung bersama saudara-mara tercinta. Kini tiba masanya dia pulang ke rumah. Dia manyalam tangan neneknya yang sudah berkedut itu. Semua ahli keluarga melambaikan tangan tanda ucapan selamat tinggal mengiringi kereta Kim Seruk. Keretanya bergerak meninggalkan rumah neneknya yang meriah itu.

Apabila Kim Seruk asyik mengscroll Instagram, dia terlihat pos gambar di akaun Instagram milik Sofea. Dia terus menelefon Ramona dan yang lain serentak.

Kim Seruk P.O.V

"Weyh sekmung! Assalammualaikum. Dengar cito Narjas beranok doh weyh. Aku tengok kat IG dio," ujar Kim Seruk memulakan perbualan.

"Heh!? Sungguh eh? Yolo koe?" Tanya Ramona dengan nada agak terkejut.

"Hoooo" jawab Kim Seruk.

Mereka semua dikejutkan dengan berita tergempar ini. Puyie ketika itu sedang menonton berita TV 3, dalam artikel berita itu mengatakan, bahawa benda yang sama yang mengejutkannya apabila diberitahu Kim Seruk.

"Weyh sep-sep mung, Sofea masuk berito, ni aku tengok kat TV tigo," jelas Puyie mengenai benda yang sama.

"Tulah weyh kejuk jugok aku pom," jawab Chong melanjutkan perbualan.

"Pahtu gano ni weyh, aku pom tok tahu nok oyak gapo doh. Biala nok wak lagu mano takdir," ujar Kim Seruk.

Semua di antara mereka mengiyakan kata-kata Kim Seruk tadi.

End P.O.V

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now