4 minggu berlalu selepas Ramona sembuh...
Ramona bersiap-siap untuk ke majlis akad nikah yang diadakan kembali selepas tragedi yang berlaku hampir sebulan lepas. Sekali lagi Puyie menjadi jurusolek Ramona dengan set mekap khas diberikan oleh Kim Seruk yang masih baru dibelinya sebagai hadiah perkahwinan. Apabila Kim Seruk melihat hasil solekan dari Puyie, dia terkejut beruk lalu menyuruhnya berhenti dan mengajarnya cara mekap yang betholl. *sengaja eja macam ni 😀*. Dah macam hantu Ramona disolek.
Apabila selesai Ramona disolek atas ajaran Kim Seruk kepada Puyie, akhirnya Ramona benar-benar kelihatan cantik. Kim Seruk mengajar Puyie cara memakaikan pembayang mata, 'shading', kontour, dan 'ombre' (lipstick). Barulah betul pemaisuri langit. Kacak terpegun melihat kejelitaan bakal isterinya di hadapan.
Ramona P.O.V
"Gano muko aku nih, ok dokk?" tanya Ramona kepada Puyie kerana risau solekannya kurang meyakinkan.
"Hoooo... comei eh," nafi Puyie kerana dia tahu dia tidak pandai bersolek.
"Astaughfirullah! Allahuakhbar!" Kim Seruk terkejut melihat jelmaan lembaga menyeramkan di hadapannya.
"Weyhh... shhhh!" bisik Puyie bersembunyi di belakang Kim Seruk.
"Gapo namo mung mekap nihh. Meh sini aku aja wak eyeshadow. Po hantu kejuk aku sakni," Kim Seruk mengeluarkan kata-kata.
"Comei sangat ko mung mekap nyah. Doh la jate ado hati nok mekap aku," perli Ramona.
"Sapo kato aku mekap mung? Aku kato aku nok ajar Puyie. Mentang-mentang nok nikoh jadi pekok mung dih," balas Kim Seruk menganjing kata-kata Ramona tadi.
Kim Seruk mengajar setiap langkah solekan dari A ke Z sehinggalah selesai.
Sehari berlalu dengan lancar... tiba masa untuk majlis persandingan.
"Gedebuk pak pak 😶," bunyi kompang dipalu oleh sekumpulan pemain kompang kedengaran di luar rumah sedang membuat ujian jika ada masalah dengan bunyi kompang.
"Hohh... derah lah tubik nok start doh sanding nyoo," ujar Halimah kepada Ramona yang masih bersiap dengan baju kahwin yang telah siap dijahit dari kedai dan dihiasi dengan penuh manik serta kilauan keemasan.
"Wah! Pengantin baru tubik doh pahni bia aq ambik gamba sekmung ambik hauk," puji Kim Seruk bersama kritikan terhadap rakannya yang lain.
"Kecekak!" bunyi kamera telefon Kim Seruk merakamkan gambar.
End P.O.V
Beberapa keping gambar dirakam dan dihantar ke grup Whatsapp mereka. Mereka semua turut memuji gambar yang dirakam oleh Kim Seruk, ya lah, pandai mekap, ambil gambarpun cantik. Kim Seruk pergi ke kedai gambar lalu mencuci setiap gambar perkahwinan Ramona dan Kacak. Selepas siap, dia menghantar gambar potret itu ke rumah Ramona. Ramona suka akan gambar perkahwinan mereka. Dia berterima kasih lalu memberi upah 'Lamb Chop' kepada Kim Seruk. Mestilah dia gembira. Kalau sebab makanan, laju sahaja, kalau disuruh buat kerja, nombor satu dari belakanglah.
Selepas habis sahaja makan, dia meminta diri dahulu untuk pulang dan ingin membuka butik pakaian lelaki dan wanita tidak jauh dari rumah Ramona. Dia ingin menyelesaikan projek butiknya segera. In Syaa Allah, dia akan datang melawat lagi. Kim Seruk pergi meninggalkan halaman rumah Ramona dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic yang baharu dibelinya secara tunai beberapa bulan lepas. Biasalah, YouTuber kan, dapat gaji senang sahaja.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...