~Chapter 29~

1 2 0
                                    

5 tahun sudah berlalu...

Ramona dan Kacak sedang bersiap untuk majlis perkahwinan mereka. Ramona disolek oleh Puyie, walaupun dia tidak tahu banyak tentang mekap. Majlis berlangsung dengan lancar. Semua saudara-mara Ramona dan Kacak datang menyambut perkahwinan mereka. Suasana sungguh meriah seperti pasar malam. Apabila Kacak ingin melafazkan akad nikah didampingi wali dan pak imam, tiba-tiba muncul sebuah van berhenti di halaman rumah Ramona lalu melepaskan tembakan ke udara. Para tetamu terkejut lalu terkentut melihat sekumpulan Mafia yang pernah merompak restoran Encik Hazman, bapa Ramona beberapa tahun dahulu. Mereka berjaya melepaskan diri dari tawanan penjara dan menaruh dendam kepada Encik Hazman kerana pernah membunuh adik kepada ketua Mafia itu. Tetapi mereka silap, Encik Hazman tidak membunuh adiknya, adiknya mati akibat membunuh diri terjun ke dalam sungai. Encik Hazman berada di situ menyaksikan tragedi, dituduh menolak adiknya ke dalam sungai.

Sebagai balasan, Ramona diculik dari majlis perkahwinan lantas memasukkannya ke dalam van lalu pergi meninggalkan majlis perkahwinan itu seperti kilat. Kacak dan tetamu yang lain tidak dapat menyelamatkan Ramona kerana kumpulan Mafia tadi mengacukan pistol ke arah mereka menghalang Kacak daripada menyelamatkan Ramona. Ramona menjerit meminta tolong tetapi ia hanyalah 'bagai mencurahkan air ke daun keladi'.
Semua orang tidak mampu berbuat apa-apa. Mulut Ramona diserkup menggunakan sehelai kain yang diletakkan sejenis cecair lalu pengsan.

Ramona P.O.V

~Ketika bersiap~

"Wah comeinyo mung mekap aku, Puyie, HAHAHAAHAHA," puji Ramona sambil ketawa mesra kepada Puyie.

"Mano ado comei aku buh gituh-gituh jah oloh Seruk panda lagih mekap pado aku 🤭," jawab Puyie tersipu malu sambil menyeru-nyeru nama Kim Seruk.

"Hai sayang..." sapa Kacak kepada Ramona melihat bakal isterinya bagaikan bidadari syurga.

"Haii..." balas Ramona sambil tersenyum manja ke arah Kacak yang memang kacak orangnya, tinggi pula tu.

~Dalam majlis akad nikah~

"Aku terima nikahnya Izzatul Ramona binti Hazman dengan
mas kahwin..." belum sempat Kacak menghabiskan lafaz nikah, datang sekumpulan Mafia ke majlis perkahwinan mereka.

"Puff..." bunyi tembakan dilepaskan.

"Aaahhh," suara teriakan para tetamu sejurus bunyi tembakan kedengaran.

"Aaaaaarrghhh toolooong! Saayaaangg!" Ramona meminta bantuan tetapi sesiapa pun tidak dapat berganjak kerana diacukan pistol oleh ahli kumpulan Mafia itu, menghalang dirinya diselamatkan.

"Krreeekk! Vroooom!" van milik kumpulan Mafia beransur pergi menculik Ramona dan meninggalkan majlis perkahwinan yang belum sempat berlangsung dengan baik.

"Tidaaaaaakk!" Kacak menjerit kerana bakal isterinya dibawa pergi oleh Mafia jahanam.

End P.O.V

Para hadirin panik. Encik Hazman terpegun kerana terkejut anak sulung kesayangannya diculik dan dibawa pergi begitu sahaja. Keluarga mereka sedih tidak tahu berbuat apa-apa. Kebetulan Halimah dan An-nur ialah tentera darat ACP. Mereka yang menyaksikan tragedi itu menelefon pihak polis dan bekerjasama menyelamatkan Ramona.

Apabila polis telah sampai, mereka termasuklah Halimah dan An-nur  berbincang tentang rancangan menjejak lokasi Mafia tersebut. Mujurlah Ramona sentiasa bersama telefonnya dan beg tangannya juga diragut tadi. Ramona selalu mengaktifkan sistem lokasi dalam telefonnya. An-nur mendapat idea melalui perkara ini lalu cuba mengesan dimanakah Ramona berada. Beberapa minit selepas itu, dia berjaya menjejaki lokasi Ramona. Akhirnya mereka berjaya. Malam ini, mereka berdua dan pihak polis akan menyerbu tempat persembunyian Mafia tak guna itu.

Malam telahpun menjelma, setiap daripada mereka bersiap-siap bersama senjata api berserta sebuah helikopter untuk menuju ke lokasi Ramona. An-nur memeriksa kembali jika Ramona masih berada di lokasi tadi. Kemudian, dia tidak berjaya menemukan lokasi Ramona yang terkini. Mungkin telefon Ramona telah dirampas dan dimatikan. Mereka bercadang untuk pergi ke lokasi dimana Ramona ditemukan mula-mula tadi melalui sistem gps.

Apabila sampai sahaja di lokasi yang dijejaki, mereka lantas mendengar suara jeritan yang diyakini ialah Ramona yang sedang berusaha melindungi diri. 2 orang daripada anggota polis turun dari helikopter lalu mendekati tempat persembunyian Mafia tersebut secara menyelinap. Kemudian, mereka berjaya masuk ke dalam kawasan itu lalu menembak setiap daripada ahli kumpulan Mafia secara rawak termasuklah ketua Mafia itu sekali pada bahagian kaki dan tangan agar sukar berbuat apa-apa. Ramona berjaya dilepaskan lalu berlari keluar dari kawasan itu.

Beberapa langkah Ramona berlari, tiba-tiba dia terjatuh dan tidak sempat bangun akibat kakinya tersangkut pada akar pokok belukar. Halimah dan An-nur mengebom tenpat itu setelah menerima arahan dari 2 orang polis tadi. Mereka tidak menyedari Ramona yang jatuh tersungkur dan tidak sempat lari lebih jauh lalu terkena tempias daripada bom tadi. Apabila disedari mereka semua, mereka lantas membawa Ramona ke hospital untuk rawatan lanjutan.

Kacak yang mengetahui hal ini menangis seketika. Ya lah, baru sahaja nak kahwin, tetapi tercedera dan dimasukkan ke dalam wad hospital pula tu. Apalah nasib malang yang menimpa mereka sepasang kekasih ini. Ibu Kacak, Puan Hazlina menyuruhnya untuk bersabar dan beristighfar memohon kesembuhan ke atas Ramona. 

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now