~Chapter 26~

2 2 0
                                    

Ramona terkejut apabila namanya disebut. Dia berpura-pura tidak tahu siapa nama anak perempuan bosnya kerana baru sahaja bekerja di situ. Tetapi, Ramona hanya membuat beberapa kerja yang tertangguh di restoran bapanya sahaja. Janji dia dibayar upah untuk mengumpul duit kerana ingin membeli iPhone 13 Pro Max. Puan Rohani mengangguk tanda faham dan mengiyakan apa yang dikata oleh Ramona. Apabila selesai sahaja menjamu selera, mereka pulang ke rumah. Puan Rohani juga berasa amat kecewa kerana hajat asalnya ingin bertemu dan berdamai dengan Ramona serta meminta maaf kerana sikap mendiang anaknya, Sofea yang bermusuh dengan dirinya.

Kemudian, mereka pulang ke rumah dan membersihkan diri sebelum dibuai mimpi. Sebak apabila Puan Rohani terlihat gambar arwah yang penuh digantung pada dinding ruang tamu. Di imbas kembali gambar ketika Sofea telah menghabiskan sesi Pra-Sekolah dan ingin masuk ke Darjah 1. Puan Rohani menangis tanpa disedarinya. Encik Mat yang sedang lalu di kawasan itu untuk menuju ke bilik tidur perasan bahawa isterinya menangis di sudut dinding ruang tamu. Hajatnya tadi untuk masuk tidur terbatal selepas melihat isterinya.

Puan Rohani P.O.V

"Hekhekhrk," Tangisan Puan Rohani melihat poster Sofea pada dinding.

"Gak bakpo mung jerik sinih oloh lah," sapa Encik Mat apabila lalu di ruang tamu.

"Nih, tengoh tengok gamba kak Sofi, ingat lagi yo baru tubik Pra. Hekk!" rintih Puan Rohani sambil teresak-esak akibat menangis.

"Ooo... abe pom rindu ko yo. Kito kirim doa jah mampu,"

"Hmm..." balas Puan Rohani memikirkan anaknya.

End P.O.V

Suatu sosok badan wanita masuk ke dalam pekarangan rumah Puan Rohani. Dia yang sedang merintih merindukan anaknya, Sofea. Dia menjenguk ke luar tingkap bagi memastikan pintu dan semua tingkap telah dikunci untuk mengelakkan kecurian.Tiba-tiba, Puan Rohani ternampak kelibat seakan-akan Sofea sedang menunggunya di luar rumah. Dia yang teramatlah rindu itu pergi ke luar lalu mencari-cari kelibat tadi. Secara tidak sedar dia terkunci di luar rumah.

Apabila dia sedari perkara tersebut, dia cuba memanggil ahli keluarga lain untuk tolong membuka pintu rumah bahagian hadapan. Malangnya semua makhluk telah tidur kerana telahpun lewat malam. Dia teruskan mencuba lagi tetapi gagal. Sejurus selepas itu, dia terfikir untuk menelefon suaminya dengan harapan yang sama dia dapat masuk ke rumah. Sejak bila ketika masa waktunya, data internet dalam telefonnya lalu cuba menyambung rangkaian wifi dan masih gagal, wifi di dalam ruamh telah ditutup oleh seseorang.

Ketika sedang cuba mencari jalan untuk masuk, dia ditegur oleh satu makhluk hitam yang menghampirinya dari belakang. Apabila dia memberanikan diri untuk melihat benda itu. Apabila menoleh sahaja ke belakang, dia melihat Sofea sedang menangis melihat wajahnya. Keadaan diri Sofea sangat buruk, mukanya pucat dan bernanah, matanya merah, baunya sangat busuk seperti bangkai haiwan, baju yang dipakai koyak dan lusuh sekali. Sebaik sahaja melihat entiti tersebut, tiba-tiba ada kaca pecah di bahagian kiri Puan Rohani. Dia mengalihkan pandangan matanya ke situ lalu kembali melihat ke arah tempat entiti tadi muncul. Dia berasa sangat hairan diikuti rasa takut dan seram sejuk.

"Kecekak,"...

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now