Hari semakin gelap, Kim Seruk sedang mendengar lagu kegemarannya iaitu Lalisa. Dia sedang melihat status Whatsapp. Lalu terpapar status Sofea yang keji itu. Di dalam video itu membincangkan tentang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin. Dikatakan oleh Sofea, bahawa wanita yang merampas kebahagiaan orang ini ialah sundal, sial dan dikatakan lagi olehnya bahawa jangan salahkan takdir jika berlaku begini kerana merosakkan rumah tangga orang lain.
Kim Seruk sangat terasa dengan kata-kata yang disebut dalam video Sofea tadi kerana ibu kandungnya juga berkahwin dengan suami orang. Tambahan pula, ibu tiri Kim Seruk menuduh ibu kandungnya bahawa ibunya telah merampas suaminya, sedangkan suaminya yang ingin berkahwin dengan ibu kandung Kim Seruk.
Kim Seruk berasa sangat marah lalu menyekat nombor Sofea dan membisukan status Sofea. Kemarahannya begitu marak sehinggakan dia tidak lagi menganggap bahawa Sofea itu ialah kembarnya lagi. Sejak kejadian itu. Hubungan Kim Seruk dengan Sofea telahpun renggang. Kim Seruk tidak mahu berkawan lagi dengan Sofea akibat perangainya yang suka memuat naik video tidak berfaedah itu.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...