~Chapter 12~

1 2 0
                                    

"Gonna change it
And make it
A world you won't forget
Ooh... No Damsel in distress don't need to save me..." bunyi deringan telefon Kim Seruk yang diset jam pada pukul 5.30 pagi. Dia menuju ke telefon yang dicasnya kemudian memberhentikan bunyi lagu tersebut.

Pada pukul 10.30 pagi, Kim Seruk bangun kerana lapar lalu turun ke dapur untuj mencari makanan yang boleh dimakan. Bau Nasi Beriyani kuat sehingga boleh dihidu dari tingkat atas lagi. Dia membuka periuk nasi dan melihat ada Nasi Beriyani di dalamnya. Betul sangkaannya kerana itu ialah juadah kegemaran ibunya. Lauk untuk dimakan bersama Nasi Beriyani itu tiada, jadi Kim Seruk memutuskan untuk tunggu sebentar di dalam biliknya.

Tepat pukul 11.30 pagi, ibunya menyuruh Kim Seruk untuk turun dan makan. Sudah pastinya dia teruja kerana makan merupakan hobinya sejak kecil. Aduhai. Selesai sahaja makan, dia naik ke biliknya dan menyambung novel yang ditulisnya yang masih belum lengkap.

Sementara menyiapkan novel tersebut, dia mendengar lagu di aplikasi YouTube Music dan mendengar lagu Reckless. Lagu itu sangat sedap malah Kim Seruk ada hati ingin menyanyikan lagu itu di saluran YouTube miliknya. Apakan daya, suaranya tidaklah begitu merdu.

Jam menunjukkan pukul 12.05 tengah hari, Kim Seruk sedang mengscroll Tik Tok dan mendapat idea untuk membuat video baharu di YouTube. Dalam video yang terpapar di Tik Tok itu, viral coklat Royce´ yang mahal dan sedap. Dia ingin membuat coklat itu sendiri tetapi tidak mempunyai bahan yang cukup. Dia menggantikan coklat dengan serbuk Milo.

Kim Seruk P.O.V

"Hai Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh and Welcome to my channel," kata Kim Seruk yang sedang merakam video untuk konten YouTube miliknya.

End P.O.V

Kim Seruk sedang menunjukkan cara-cara dia membuat Coklat
Royce´ Homemade.

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now