Kim Seruk tertidur ketika waktu maghrib dan terlepas solat maghrib. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.15 malam dan dia terjaga daripada tidur kerana gangguan yang dihadapi akibat adiknya yang sedang menghadap laptop dan menguatkan bunyi laptop itu menyebabkan Kim Seruk terjaga tadi.
Sebelum tidur tadi, Kim Seruk sempat menghabiskan bacaan novel yang dijadikan kegemarannya. Ketika tidur tadi, dia teringat yang dia mimpikan apa yang terjadi dalam novel tadi yang berjudul, She's Mine. Semuanya berlaku sama seperti yang ditulis oleh penulis novel itu.
Ketika berada di dalam bilik tidurnya itu, Kim Seruk sedang menyiapkan novel yang ditulisnya juga dalam apliksi Wattpad. Setelah selesai dia mendengarkan apa yang adiknya tonton di laptop. Jelas kedengaran bahawa adiknya menonton sebuah video daripada seorang youtuber yang agak terkenal iaitu Wan Animation.
Kim Seruk ketawa terbahak-bahak mendengar lawak yang ada dalam video tersebut. Selepas itu, dia turun ke bawah untuk makan nasi kerana perutnya agak lapar. Hampir terlupa, dia menggantikan solat maghrib qada dan menunaikan solat fardhu isyak selepas dia sedar bahawa dia masih belum solat. Selepas solat pula, dia menonton televisyen di ruang tamu untuk menonton jika ada drama-drama melayu yang diminati ada bersiaran.
Malangnya, tiada siaran di TV3 yang menarik ketika itu. Tiba-tiba adiknya yang perempuan bernama Amna Jamilah turun untuk menonton televisyen juga. Adiknya merampas alat kawalan yang berada di tangan Kim Seruk serta merta lalu membelek rancangan kartun yang digemari. Ketika itu terpapar cerita kartun yang amat popular iaitu Spongebob Squarepants. Kim Seruk asyik menonton rancangan tersebut sehingga leka. Melebih daripada budak-budak sahaja.
Waktu malam sudah larut, Kim Seruk bercadang untuk masuk tidur dan jam menunjukkan pukul 12 malam dan Kim Seruk mulai mengantuk. Dia terlelap sehingga subuh esoknya.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...