Chong bercuti bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Dia memuat naik ststaus Whatsapp lalu ditegur oleh Kim Seruk tentang percutian itu. Kebetulan Kim Seruk tinggal di Shah Alam dan berpeluang bertemu dengan Chong. Tetapi jika bertemu pun apa yang hendak dibuat? Jadi sia-sia juga jika berjumpa.
Chong ialah salah seorang rakan karib Kim Seruk sejak sekolah rendah lagi. Dahulu mereka pernah belajar sekelas ketika tahun 1,2,3 dan 5. Banyak kenangan pahit dan manis ketika mereka bersekolah rendah dahulu. Antaranya Chong pernah memberitahu Kim Seruk tentang pelbaagi rahsianya kemudian Kim Seruk terbocorkan rahsia itu kepada rakannya yang lain. Itu merupakan kemalangan tragis bagi Chong. Selepas insiden itu terjadi, Chong merajuk dan kurang rapat dengan Kim Seruk. Walaubagaimanapun, mereka masih berkawan sehingga hari ini.
Chong pergi bercuti dan menginap di sebuah rumah penginapan berdekatan Menara Kuala Lumpur yang pernah menjadi antara menara tertinggi di dunia suatu masa dahulu. Apabila malam sahaja, dia boleh melihat pemandangan Menara Kuala Lumpur yang sungguh indah sekali melalui jendela. Terlihat di situ banyak lampu bewarna-warni menghiasi bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...