Sofea pergi ke sekolah seperti biasa namun minggu lepas dia mengambil cuti bersalin. Mengalahkan cikgu pula. Walaupun dalam tempoh berpantang, pelajaran tetap pelajaran dia terpaksa membuat pilihan sama ada ketinggalan dalam pelajaran atau teruskan belajar sehingga ke menara gading.
Sofea P.O.V
~Di sekolah~
"Eeeee wanita tidak suci mari doh!" Perli beberapa orang pelajar sekolah itu.
Semua orang menjeling ke arahnya kerana dianggap kotor dan mencemarkan nama baik sekolah. Tidak cukup dengan itu, dia dicaci seakan-akan oleh guru kelasnya sewaktu belajar seperti biasa di dalam kelas. Dia menaruh perasaan marah dan dendam akan sikap manusia yang angkuh seperti binatang bak raja iaitu pelajar sekolah dan guru tingkatan yang mencacinya. Dia berikhtiar suatu hari nanti akan ada orang yang berada di bawah manakala dia pula berada di atas kerana tidak memandang aspek fizikal.
Hari demi hari, minggu beransur-ansur. Sofea masih kerap diperlekehkan oleh pihak sekolah yang tiada hati perut. Dia berasa sangat sedih lalu ingin melepaskan rasa sedihnya itu di bumbung bangunan sekolah selepas kelasnya tamat. Dia duduk di atas bumbung itu dan meluangkan masa untuk seketika dan bercadang agar bertenang dengan sikap manusia ini. Selepas kelibat ayahnya kelihatan dia ingin turun ke tingkat bawah lalu dia bangun untuk menuju ke pintu tangga.
Selepas dia naik ke bumbung tadi, dia tidak sedar bahawa ada dua orang pelajar yang mengekorinya atas sebab dengki dan tidak puas hati akan dirinya. Mereka mengunci pintu tangga lalu meninggalkan Sofea di situ sendirian tanpa pengawasan sesiapa.
Sofea P.O.V
"Hah! Letih betul. Nok duduk kat bumbung la meta sero nok rehat lah," bisik hati Sofea
"Weyh tengok tuu, Sofea bengong tu nok naik bumbung lah, mari kito kunci yo kut atas," ujar seorang rakan sekelasnya yang benci akan dirinya.
"Hooh lah, marih jua yo duk mereput situ sapa esok, HAHAHAAHAHAH," gelak tawa dua orang pelajar itu yang juga dikenali sebagai pembuli di sekolah itu.
"Kecekak!" bunyi pintu tangga dikunci rapat.
"Koh koh koh!" Bunyi Sofea cuba membuka pintu tangga tetapi tidak berhasil. Dia berfikir mu gkin petugas sekolah telah mengunci pintu itu kerana sudah tamat persekolahan. Tambahan pula, esok sudahpun cuti hujung minggu. Dia pergi ke suatu sudut dimana ada orang yang boleh melihatnya. Tiba-tiba...
"Krett" bunyi atap zink terbelah akibat rapuh dipijak oleh Sofea.
"Aaaaaaaaaaaaaaarrgghhhhhhh!" Bunyi jeritan kuat kedengaran daripada Sofea.
End P.O.V
Belum sempat diselamatkan, Sofea mati ditemui oleh petugas sekolah setelah hujung minggu habis. Waktu itu ada seorang makcik yang dikenali dengan panggilan mesra Kak Ida, ingin membersihkan dedaun di belakang bangunan kelas pelajar. Dia perasan ada bau busuk seperti bangkai tikus kerap dihidu ketika membersihkan ruangan belakang bangunan.
Kemudian, dia menemui sosok badan perempuan terlantar di atas tanah dengan kepala yang dilumuri darah yang sudah kering. Walaupun Sofea dianggap jahat tetapi penghujung hayatnya amatlah tragis. Ramai pihak yang simpati akan kehilangannya. Malam itu, pihak sekolah mengadakan satu tahlil bagi mengiringi pemergian Sofea. Arwah dulu bengap orangnya bak kata Ramona.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...