~Chapter 10~

6 2 0
                                    

      "Dollar bills, dollar bills keeping falling for me I love the way it feels
I came here to drop some money dropping all my money..." bunyi lagu nada dering dari telefon Kim Seruk saat dia terjaga dari tidur sejak subuh tadi. Entah kenapa dia tidak dapat tidur kembali setelah selesai solat subuh. Mungkin kerana dia tertidur pada waktu maghrib semalam membuatkan dirinya tidak mengantuk sama sekali.

      Lagu 'Money' nyanyian artis kegemarannya Lisa BLACKPINK memecahkan kesunyian dalam biliknya membuatkan dia ingin menyanyi juga. Selepas beberapa lagu dimainkan, Kim Seruk mendengar satu lagu yang menjadi lagu kegemarannya iaitu 'Gundah' nyanyian Ernie Zakri. Dia terus menyanyi dengan asyiknya dan penuh menghayati maksud lagu itu dengan penuh jiwa.

     Ketika tepat jam menunjukkan pukul 8 pagi, Kim Seruk turun ke tingkat bawah lalu menonton televisyen. Malam tadi, hujan turun dengan lebatnya jadi malam tadi dia dapat tidur dengan sangat nyenyak. Tiba-tiba ada sebuah motosikal berhenti di hadapan pekarangan rumah Kim Seruk. Rupanya, ia adalah penghantaran berus mekap yang dibelinya di Lazada. Maklumlah, walaupun lelaki, tetapi suka bermain alat solek kononnya nak mekapkan artis lah apa lah.

      Selepas Kim Seruk membuat pembayaran berus mekqp yang dibelinya itu, dia bercadang untuk membuka bungkusan tersebut. Yang peliknya, bubgkusan itu kelihatan sangat kecil dan menghairankan lagi Kim Seruk tadi. Apabila dia membuka bungkusan tersebut alangkah kecewanya, berus itu bersaiz sangatlah kecil. Patutlah murah, rupanya kecil sahaha. Tapi tidak apalah, kerana sebelum ini, dia juga ada membeli pembayang mata dan tidak mempunyai sebarang berus untuk digunakan. Jadi dia bercadang untuk menggunakan berus kecil itu untuk digunakan bersama pembayang matanya itu.

        Pada malam hari, Kim Seruk menonton filem korea yang menjadi trend di media sosial. Biarlah, lagipun sudah lama dia tidak melayan korea-korea ni hanya BLACKPINK yang dilayannya aduhai. Selepas banyak masa terluang menonton drama, dia ketika itu sedang menonton drama 'Legend Of The Blue Sea' dimana drama iti pernah ditonton olehnya dulu kini dia ingin menonton semula kerana teringat yang dulu dia pernah meluangkan masa dengan ibunya dan menonton drama ini.

        Malam semakin larut dan akhirnya Kim Seruj berasa mengantuk. Dia menutup televisyen lalu mendaki anak tangga untuk masuk ke bilik tidurnya lalu beradu seperti anak raja. Bukan sampai di sini sahaja. Dia tidak dapat tidur walaupun mengantuk seolah-olah ada gangguan. Dia mencapai telefon Samsung A02 miliknya lalu melihat pada skrin telefon tersebut.

        Sedang asyik 'mengscroll' Instagram, tiba-tiba dia terdengar bunyi perabot di tingkat bawah. Dia berfikir mungkin itu adalah gangguan mistik atau ada hantu raya menginap di rumahnya bagaikan homestay. Bunyi kaca pecah kedengaran. Kim Seruk berasa cuak lalu cuba untuk tidur.

       Tiba-tiba ada sesuatu yang mencakar-cakar pintu biliknya dari luar bilik. Jantung berdegup bagaikan bertemu cinta tapi kali ini lain. Kim Seruk berasa takut untuk membuka pintu biliknya. Terdengar bunyi sesuatu mengiau dan disyaki itu ialah Tina, kucing kesayang Kim Seruk. Dia dengan lajunya membuka pintu dan Tina masuk ke dalam biliknya yang gelap itu. Kim Seruk mengusap-usap Tina yang manja kededek itu.

      Malam berganti pagi. Seperti biasa Kim Seruk akan tidur selepas dia menunaikan solat subuh. Dia bangun kembali pada pukul 11 tepat. Hari ini dia bangun sedikit lewat mungkin terlalu lena dibuai mimpi. Entah apa yang dimimpikannya itu. Ramona dan yang lain sedang berchatting dalam grup Whatsapp lalu Kim Seruk memulakan bicaranya dan memecahkan kesepian dalam grup itu. Mood kawan-kawannya baik hari ini setelah sahaja mendengar Kim Seruk  bersuara.

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now