~Chapter 18~

1 0 0
                                    

Hari demi hari, minggu pun berganti. Sofea mulai berasa mual dan sakit perut. Dia ketika ini sedang membuat latihan yang diberi gurunya dab sekarang berada di sekolah. Memandangkan sudah beralih fasa, sekolah telah mula dibuka. Dia akhirnya tidak dapat menahan rasa loya lalu bercadang untuk ke tandas, dia berdiri dan berjalan menuju ke guru bertugas, malangnya dia terus termuntah di hadapan gurunya dan membuat maruahnya sedikit tercalar.

Semua rakannya mengertawakannya lalu dia berasa malu diikuti rasa pening-pening lalu pengsan serta-merta. Guru yang bertugas memanggil beberapa orang guru lain untuk mengangkat Sofea ke bilik kesihatan. Di bilik kesihatan, guru yang bertugas itu merawat Sofea dan bertanya beberapa soalan mengenai tahap kesihatannya kerana sekarang pihak kerajaaan dan masyarakat sedang berperang membanteras wabak Covid-19.

Sofea berkata bahawa dia tidak berhubung dengan mana-mana individu positif Covid-19 ataupun mempunyai kontak rapat dengan pesakit. Gurunya menelefon pihak hospital supaya menghantar ambulans ke sekolah untuk membuat rawatan kesihatan terhadap Sofea.

Sofea P.O.V

"Ya Allah, kenapa aku pening sangat ni, aku rasa mual, tak sedap badan. Kenapa dengan aku ni," rintih Sofea dalam sudut hatinya.

"Dup dup! Bunyi tapak kasut menuju ke guru di hadapan kelas.

"Cikgu, nok gi tandas boleh? Sayo sero... bluekkkk..." Sofea termuntah di hadapan muka cikgunya.

"Eeeeeee... kembe aku. Bakpo nge mung nih," jerit rakan sekelas Sofea

"HAHAHAHAHA weng tengok tu muntah hijauuu HAHAHAHAHA," gelak salah seorang rakan sekelasnya lagi.

End P.O.V

Setelah beberapa minit menunggu, ambulans sampai untuk membawa Sofea ke hospital. Ketika berada di sana, Sofea diperiksa tahap kesihatan, tahap gula, tekanan darah dan juga ujian air kencing. Setelah beberapa jam, akhirnya keputusan ujian air kencing tadi berjaya dilakukan. Rupa-rupanya, Sofea telahpun hamil selama 3 minggu. Dia berasa sangat terkejut dan terpinga-pinga bagaimana situasi ini boleh berlaku.

Jika difikirkan dan diingati semula, dia telah diculik dan dia perasan pakaian yang dipakainya terbuka dan tidak disarungkan kembali dengan sempurna. Dia mengesyaki yang dia telah dirogol dan dinodai oleh sekumpulan penyamun berkenaan. Emosinya mula berubah dan tidak stabil. Rakan-rakan sekolahnya turut mengurungnya kerana telah mengandungkan anak luar nikah. Dia berasa sangat sedih kerana diperlakukan sebegini.

Apabila pulang dia disambut oleh bapa kesayangannya itu lalu memeluk bapanya. Bapanya pelik dengan tingkah laku anak sulungnya itu. Sebelum ini tidak pernah pula bermanja-manja sebeginian. Apabila ditanya, dia tidak mahu menjawab malah langsung tidak menjamah makanan yang dihidang di atas meja makan. Selalunya, nafsu makannya seperti biawak bertemu bangkai. Kali ini, dia kelihatan muram dan tidak mahu bergaul dengan keluarganya.

Ibunya Puan Rohani, menelefon pihak sekolah dan bertanya mengapa dengan prestasi anaknya itu, langsung tidak mahu bertemu muka. Setelah beberapa minit ibunya menjatuhkan telefonnya lalu pecah berderai, dia berasa sangat kecewa apabila dapat mengetahui kebenaran yang diberitahu oleh pihak sekolah.

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now