~Chapter 23~

1 1 0
                                    

Hari ini ialah hari persekolahan, jadi Kim Seruk bersiap-siap dan menunggu kedatangan ibunya menjemput ke sekolah. Sambil menunggu, dia membuat panggilan video di Whatsapp bersama-sama keluarga di kampung. Dia bertanya khabar semua saudara-maranya. Malah bukan sahaja di Kelantan, pakciknya bekerja di Australia (benda betul).

Mereka beramah mesra kerana pakciknya sudah dekat 6 tahun berada di sana, tetapi loghat Kelantan masih lancar jika bercakap dan tersimpan di dalam mindanya. Tidak akan dilupakan tempat tumpahnya darah ibunya juga nenek kepada Kim Seruk.

Kemudian secara tiberrr nya Ramona and the gang menelefon Kim Seruk yang sibuk bercakap dengan keluarga tercinta. Kim Seruk mulai melayan karenah rakannya itu. Tiba-tiba kereta ibu Kim Seruk muncul di hadapan pekarangan rumahnya. Kim Seruk bergegas memakai kasut lalu masuk ke dalam perut kereta.

Ketika di sekolah, Kim Seruk bergegas masuk ke dalam kawasan sekolah dengan pantas.

Kim Seruk P.O.V

"Nasruulll!" Kim Seruk ditahan oleh cikgu bahasa melayu kesayangannya.

"Bawak bekal apa tewww," tanya lagi Cikgu Mazuliati.

"Bawak nasi dengan sup ayam, masak sendiri!" balas Kim Seruk dengan nada girang.

"Dah siap-siap bubuh dalam tu ke?" tanya Cikgu Mazuliati lagi.

"Haah," jawab Kim Seruk akur.

~Di kelas~

"Haa datang pun makhluk ni," ujar Nurin Najiha salah seorang rakan sekelasnya.

"HAHAHAHAHAHAHAH," gelak Kim Seruk selepas mendengar rakannya bercakap sedemikian.

End P.O.V

Waktu di sekolah, Kim Seruk langsung tidak kisah akan kerja rumahnya yang 6 bulan tertangguh itu kerana sudah dia tahu, siapa sahaja mahu marah, perkara biasa lah kan. Kehadiran mencatatkan 4 orang pelajar per 17 orang. Nampak sangat rakan sekelas lain pemalas. Balik ke kampung lah tu.

Kim Seruk P.O.V

"Mano ibu nih lamo lah ho ore nok balik mandi nih!" omel Kim Seruk tidak kelihatan kereta ibunya.

Dia memandang ke arah kanan lalu ternampak kelibat kereta alza kesayangan ibunya berwarna hijau torques. Dia lalu mengeluh,

"Hoh tu pom nasio ibu, lamo lah ho sedei ko x rajin ambik aku skoloh," marah Kim Seruk melihat ibunya seperti tidak perasan kehadirannya mendekati kereta.

End P.O.V

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now