~Chapter 30~

1 2 2
                                    

3 hari berlalu...

Ramona sembuh daripada luka tempias bom yang tidak disengajakan oleh Halimah dan An-nur ketika menyerbu kawasan perompak tempoh hari. Kacak memaafkan mereka kerana setiap manusia kadang-kadang membuat kesilapan besar dan belajar melalui kisah silam masing-masing. Keadaan Ramona beransur pulih dan majlis akad nikah ditangguhkan dan dibatalkan buat seketika waktu. Ramona dibawa pulang oleh Kacak ke rumah dan direhatkan selama beberapa hari lagi. Doktor memberi ubat luka, tahan sakit dan dinasihatkan agar tidak membuat kerja-kerja berat.

Selepas beberapa hari Ramona dikuarantinkan, majlis akad nikah mereka akan diadakan kembali pada hujung bulan. Mereka akan bersiap sedia bersama pelamin dan majlis akan berlangsung selama 2 hari. Sehari selepas akad nikah, akan diadakan majlis persandingan pula. Senang tidak perlu menunggu majlis persandingan lama-lama. Semua akan dilakukan terus.

Halimah P.O.V

"Weyh... sorry pasal bom tu, sep aku dapat arahan nge polis suruh bom tepat tu sebab yo kato Mona tubik doh. Sep aku tok tau yo jatuh. Sorry sangat-sangat 😢" rayu Halimah memohon kemaafan daripada Kacak.

"Takpo, janji sumo ore selamat lagi. Pasal Mona tu, bia lah nati yo siya(sembuh) lah tu," balas Kacak memaafkan Halimah serta An-nur.

"Ok, terimo kasih, sorry sangat-sangat sebab sep aku Mona masuk pita," ujar Halimah lagi.

"Hom, takpo," balas Kacak.

"Mung tuh An-nur aku jugok gi mitok maaf, mung wak gapo, kelih jah? heh, heh," perli Halimah kepada An-nur yang hanya meyaksikan drama pukul tujuh seminit tadi yang dilakonkan oleh Halimah dan Kacak.

"Hokk kuba pahtuh mung nok gapoo!" balas An-nur berbahas mulut bersama Halimah.

"Dok eh sep-sep mung nih, mari sini nok nawat Mona ko nok baloh bose la sakit palo aku mikir ko yo lagih sep-sep mung baloh lagih. Acu tubik tah tenang sikit wad nih, caro ko baloh nyoh," perli Kim Seruk dengan mulut lasernya yang juga berada di hospital, melawat Ramona.

"Mung tuh gi lain bia pok-pok aku nok baloh pom nyusoh ko mung ko?"  balas An-nur memulakan bicara maut.

"Ooo... mung nok gocoh ko, marih la marih," ajak Kim Seruk ala-ala ingin bergaduh.

"Mari aaaah!" jerit wanita tidak tahu malu A.K.A An-nur.

"Cik, kalu nok baloh balik, ni spital buke gelanggang tinju," tegur seorang jururawat yang ingin memberi ubat kepada Ramona datang dari belakang mereka bertiga.

"Sorry Misi, tino nih caro ko nok baloh ore tegur tokse dengar," perli Kim Seruk delan-depan.

"Hello cik abe! Mung ajok aku gocoh sakni kei!" balas An-nur mempertahankan maruahnya.

"Hello mokcik! Mung baloh nge Imah sakni oloh-oloh mujur mung tino eh kalu dok lamo doh aku gocoh ngoti!" balas Kim Seruk lagi dengan nada hilang sabar.

"Ni amaran terakhir, tubik ataupun sayo panggil doktor suh bius bia pengsan!" tegas jururawat tadi.

"Ok... sorry deh Misi..." mereka bertiga keluar dari was meninghalkan Kacak dan Ramona di dalam.

"Mung lah ni Imah! Gi nganying ko An-nur pasal mitok maaf bakpo? Dale grup wasap boleh cito. Habih nge aku skali keno hambak!" marah Kim Seruk kepada Halimah kerana memulakan kekecohan.

"Ehh! Aku pulok. Mung ajok sep aku gocoh bakpo? Kalu tok, misi tu tok tegur doh," balas Halimah tidak setuju dengan kata-kata Kim Seruk tadi.

"Bo-bo lah nyoh baloh, tok habih lagih ko? Aku letih doh nepik ko sep-sep mung ni," sampuk An-nur kononnya ingin menghentikan persengketaan.

"Pah mung tuh, tok mudoh jugok, koya gangstar nok gocoh nge aku. Mung tuh doh lah kecik, pendek, bising pulok tuh," marah Kim Seruk lagi melaser mulut 2 orang itu.

End P.O.V

Mereka hanya menjeling tanda tidak berpuas hati lalu mendiamkan diri daripada bersengketa dengan Kim Seruk. Mulutnya tidak mudah juga, sampai ke tuapun masih tidak selesai jika teruskan bergaduh.

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now