Ukiran lambang helang pada pintu sebuah bilik dilihat seketika sebelum dia mengentuk pintu tersebut. Pintu itu jarang ada manusia buka kecuali hanya beberapa manusia terpilih. Dia tidak terus masuk ke dalam bilik tersebut dan dia memilih untuk berdiri di hadapan pintu. Matanya melihat ke arah manusia yang berada di atas sebuah kerusi. Manusia itu melihat ke arahnya dengan pandangan yang serius.
"Kamu tahu kenapa kamu dipanggil ke sini?"
"Tidak, tuan," jawabnya dengan bersemangat.
Sebuah fail sulit berwarna hitam diambil dari dalam laci meja lalu diletak di atas mejanya. "Ini tugas kamu. Cari mereka dan bawa mereka untuk sertai pasukan kamu."
"Pasukan saya? Tuan maksudkan pasukan Hawk?" soalnya yang kelihatan hairan.
Entah sejak bila pula dia ada pasukan. Setahunya, dia pun hanya manusia biasa yang berada di bawah seseorang untuk membimbingnya.
"Bukan pasukan tu. Mulai esok, kau akan dinaikkan pangkat untuk menjadi ketua pasukan Falcon. Pasukan baru dalam organisasi kita.Mereka berenam yang akan menjadi ahli pasukan kamu. Kamu perlu pikat hati mereka untuk sertai Falcon. Jika gagal... Saya fikir kemudian," beritahu ketua organisasi itu.
Dia menelan air liurnya sendiri. Terasa gerun apabila dia tidak diberitahu denda sekiranya tugas ini gagal. "Baik, tuan."
"Ambil fail ni. Dalam fail ni dah ada enam kad ID organisasi. Pastikan sampai kepada mereka," pesannya kepada lelaki itu.
Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut untuk mengambil fail di atas meja. "Saya akan berusaha untuk dapatkan mereka."
"Baca maklumat tu dan faham. Lebih-lebih lagi ahli F01, Syam Syahrul Azmi. Dia bukan sebarangan manusia yang kamu boleh main-main sebab dia bukan seorang. Kamu akan faham kalau kamu dapat hadam semua pasal dia."
"Baik, tuan."
***
Tombol pintu pejabat dipulas. Berkunci. Seorang jejaka segera mengeluarkan kunci pejabat itu dari dalam beg silang lalu membukanya. Suasana di dalam pejabat dan koridor sepi. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat beberapa tapak. Kemudian, pandangannya tertacap ke arah sebuah kerusi yang diduduki oleh seseorang. Manusia yang misteri pada pandangannya.
"Siapa benarkan kau duduk atas kerusi aku? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik ni?" soalnya kepada manusia itu.
Lelaki itu berdiri. Topi di atas kepalanya diangkat sedikit sehingga menampakkan wajahnya. Dia senyum kepada jejaka itu tanpa menjawab soalan. Kemudian, jejaka tersebut meletak beg silang di atas sofa berhampiran.
Pandangan dingin diberikan kepada lelaki itu. "Kau siapa?"
"Aku, Saber."
"Pfff. Tak ada nama lain ke?" Dia ketawa kerana teringat nama watak dalam cerita animasi yang dia pernah tonton sebelum ini.
"Codename aku, Saber."
Wajah jejaka itu tiba-tiba sahaja berubah serius apabila mendengar perkataan 'codename'. "Jadi, apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?"
"Aku nak kau ikut aku. Aku ada misi untuk kau. Aku tahu, hanya kau yang mampu buat sebab kau bukan seorang. Semua maklumat peribadi kau ada pada aku."
Dia bersiaga kerana rasa terancam. Bimbang jika Saber ialah musuhnya. "Misi apa? Kau kerja dengan siapa? Macam mana kau tahu pasal aku?"
"Kau, RaSIS, kan? Orang penting dalam Secret GUARD. Aku sebenarnya nak bincang dengan Syam tapi bagus juga kalau dapat terus jumpa kau."
"Kau... Macam mana kau boleh cam aku?" Semakin curiga dirinya terhadap manusia bernama Saber itu.
"Kalau kau nak tahu." Sekeping kad berwarna hitam diletakkan di atas meja.
"Kau boleh telefon bos aku dan datang ke tempat aku. Aku hanya pengantara untuk hantar kad ni. Hanya kau. Jangan beritahu mereka."
RaSIS berjalan menghampiri Saber. Kad berwarna hitam itu diambil. Pancaran cahaya keluar dari kad tersebut lalu mengimbas cap jarinya. Dia terkejut tetapi tidak melepaskan kad itu dari tangannya.
"Welcome to Eagle Eyes Spectral. Codename, Black Cat." Suara operator wanita kedengaran dari kad tersebut. Ternyata kad itu bukan sebarangan kad tetapi 'kad misteri'.
Bahu kiri RaSIS ditepuk sebelum lelaki itu berjalan ke arah pintu pejabat. "Esok.Jam 9:00 malam. Jumpa di lokasi. Aku akan hantar lokasi dalam kad tu nanti. Kau hanya perlu letak cap jari pada bulatan kad tu. Nanti keluar skrin lutsinar. Buat masa sekarang sistem tu tak berfungsi sebab kena tunggu 24 jam," pesannya.
RaSIS yang terpinga-pinga itu hanya melihat manusia itu pergi dari situ. Sesaat, dua saat dan tiga saat.
"Kejutan apakah semua ini? Ada orang nak prank aku ke?" jeritnya.
Matanya kembali melihat ke arah kad tersebut. Kad hitam yang kosong.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...