BAB 25

112 11 16
                                    

Meja diketuk oleh seseorang sambil melihat komputer riba yang memaparkan kotak kata kunci. "Kenapa aku tak boleh buka? Tak akan tak ada satu nombor pun yang betul?"

Dia berdecit lalu dia cuba memasukkan lagi kata kunci yang lain. "Apa guna nota dalam fail tu kalau tak ada kaitan dengan benda ni?"

Nama pada komputer riba itu dilihat dengan perasaan geram, SERA.

Kekunci 'enter' ditekan. Perkataan 'loding' terpapar untuk memproses kata kunci tersebut. Dia tersenyum kerana dia rasa dia sudah berjaya membuka fail SERA di dalam komputer riba itu. Namun, sangkaannya meleset. Skrin komputer riba tiba-tiba sahaja berubah menjadi merah. Dia mula cemas tatkala melihat amaran bertanda tiga segi dan tanda seru muncul pada skrin tersebut.

"Apa hal pula ni? Tadi tak jadi macam ni pun." Dia sudah tidak tahu untuk melakukan sesuatu pada ketika ini.

Situasi ini hanya seketika sebelum komputer riba itu terpadam. Beberapa saat skrin menjadi hitam sebelum muncul satu perkataan 'SERA-A'.

"Welcom to SERA system. Location lock. Your activities and voice will be in record. All cyber systems and technology systems will be recontrol by SERA-A."

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi kunci pada pintu biliknya. Lampu di dalam bilik ini juga terpadam. "Apa dah berlaku? Macam mana SERA boleh aktif sendiri?"

Dia cuba mematikan komputer riba miliknya tetapi gagal. Tiada apa-apa berlaku walaupun dia sudah menekan punca kuasa komputer riba itu. Dia mengambil keputusan untuk mencabut bateri komputer riba itu tetapi jarinya terkena renjatan elektrik. Komputer riba pun terhempas ke lantai.

***

Lif berhenti dan lampu merah di dalam lif tersebut menyala. Lampu itu menandakan keadaan bahaya di dalam bangunan ini. Arden dan Zhong melihat ke arah atas, CCTV. Mereks tidak pernah mengalami masalah teknikal sehingga menyala lampu merah di dalam lif ini. Tambahan pula, lif ini jarang digunakan. Mustahil boleh rosak. Hanya lif ini yang mampu membawa mereka ke bilik ketua Eagle Eyes Spectral dan bilik mesyuarat.

"Haraplah ada yang nampak kita. Aku tak nak mati lemas dalam lif ni," kata Zhong.

Arden mengeluh. "Apa hal pula ni? Tak akan la lif ni tak pernah servis?"

"Sabar, bro. Nanti okay la tu. Doa banyak-banyak," kata Zhong walhal dia sendiri pun cemas.

ZIP!

Arden tersentak. Kepalanya tiba-tiba sahaja terasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Dia undur ke belakang dan tersandar pada dinding lif. Sisi kanan kepalanya dipegang. Zhong menghampiri Arden kerana bimbang melihat keadaan rakannya itu.

"Kau kenapa?"

"Kepala aku tiba-tiba sakit."

"Kau demam ke?"

"Tak la. Rasa macam kena elektrik."

"Migrain kau datang lagi?"

"Rasanya. Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Migrain datang kena bagi salam ke?" Zhong buat lawak bodoh.

Dahi Zhong ditolak. "Merepek la kau ni."

Zhong ketawa. "Sorry."

"SERA-B detected."

Arden terperanjat tatkala mendengar suara seorang perempuan. "Zhong. Kau dengar tak?"

"Dengar apa?"

Arden membetulkan kedudukannya. "Suara perempuan."

"Perempuan mana pula? Eh, ya la. Aku baru ingat. Kejap." Zhong menghampiri pintu lif lalu dia menekan butang merah yang memiliki ikon telefon.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now