Mata dibuka. Tangan kiri dilihat. "Mangetsu," katanya perlahan.
Dia kembali duduk di atas lantai dan melihat tangan kanannya. "Pedang lagi?"
"Syam!" jerit Safuan di hadapan pintu ruang tamu khas.
Dia melihat ke arah Safuan dan orang lain. "Apa dah berlaku?"
"Tak tahu," jawab Safuan.
"Ada hantu pada pedang tu. Mangetsu," beritahu Jauhari.
Mangetsu dilihat sekali lagi. Dia cuba melepaskan pedang tersebut. "Kenapa aku tak boleh lepas pedang ni?" Pedang itu seperti sudah melekat pada tangannya.
"Macam mana awak boleh bawa pedang puaka sepanjang awak hidup?" tanya Amra kepada Mika.
"Puaka? Selama saya guna tak pernah ada apa-apa yang pelik."
"Kau pernah bunuh orang?" tanya Faiz pula.
"Tak," jawab Mika.
"Mungkin dia hanya bagi reaksi kepada orang yang pernah bunuh orang lain. Perasaan dahagakan darah," Faiz memberi pendapat.
Bray perasan tentang sesuatu. "Sebab itu dia suruh aku pegang?"
"Tapi sekarang berisiko tinggi untuk rampas pedang tu dari dia. Ada kemungkinan hantu akan hasut dia untuk membunuh," kata Faiz lalu melihat abangnya.
Syam memijak Mangetsu untuk kelepaskan pedang itu dari tangannya. Tangan kanan masih memegang Tsukiyomi atau nama sebenarnya pedang itu Tsugami. Pedang yang diperbuat daripada batu suci.
Apa aku patut buat ni? Macam mana ni? Macam ada gam.
Syam mula cemas. Sudah berpeluh-peluh wajahnya. Dia juga dapat merasakan aura keseraman berada di sekelilingnya.
"Syam," panggil suara seseorang dalam mindanya.
"Siapa?" tanya Syam dalam hati.
"Aku, Qashmir. Biar aku uruskan. Erzen dah beritahu aku perkara yang aku patut buat untuk selamatkan kita semua," beritahu suara itu.
"Qashmir? Jadi, kau la orang tu?" Syam berhenti cuba memisahkan pedang dari tangannya.
"Orang tu?"
"Tak ada apa," katanya lalu senyum. Mata dipejamkan.
"Dia dah berhenti," Kata Mika yang melihat situasi pelik itu.
Kekecohan ini bukan hanya mengganggu mereka malah seluruh penghuni rumah ini. Ramai cuba untuk melihat kejadian itu tetapi melihat sahaja Kawazaki, Jauhari dan Faiz di situ. Semuanya undur diri.
Tidak lama selepas itu, mulut Syam terkumat-kamit seperti sedang bercakap sesuatu tetapi tidak didengari oleh mereka. Dia berdiri bersama-sama dua bilah pedang. Sarung pedang Tsukiyomi digigit lalu pedang dikeluarkan. Pedang yang diperbuat daripada batu suci bukan sebarang pedang biasa kerana pedang ini memiliki penunggu atau semangat pelindung.
Walaupun perkara itu sesuatu yang syirik pada pandangan orang kuat beragama tetapi bukan pada pandangan Qashmir. Dia terima semuanya walaupun daripada pelbagai agama. Perkara yang pasti, dalam hatinya hanya ada satu agama abadi. Agama yang dipegang sejak dia wujud.
Mata pedang dihala ke arah Mangetsu. Matanya memandang tajam dengan perasan ingin menghapuskan pedang berpuaka itu. Ketika kejadian ini berlaku, Jauhari mampu melihat sesuatu berwarna putih sama seperti yang dilihat di rumah Hakuzen tadi berada di sedang mencekik leher hantu Mangetsu. Manakala, jelmaan putih yang keluar dari Tsukiyomi pula kelihatan berada dalam diri 'Syam'.
Sarung pedang dilepaskan ke atas lantai. Kawazaki tergamam. Mahu sahaja dia memarahi manusia itu tetapi lidahnya kelu. Dia hanya mampu melihat hal tersebut.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...