BAB 49

98 11 29
                                    

Jam menunjukkan detik 7:20 pagi. Bilik hotel ini juga sudah semakin cerah kerana seseorng telah menarik langsir. Suasana di luar hotel ini dilihat oleh seseorang dan dia kelihatan tidak senang melihatnya.

"Tak ada tempat lain ke? Tempat maksiat juga yang kau masuk. Haih, Erzen. Macam mana la kau boleh jumpa hotel ni?" Dia geleng kepala.

Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah atas katil. Seseorang sedang lena di situ selepas dirawat oleh doktor tidak bertauliah, Aron Raiz.

Huru-hara betul. Lepas ni, aku kena pesan dekat Aron. Jangan bagi Sharon keluar. Aku pun tak faham betul dengan perempuan. Biarlah Aron jaga dia.

Langkahnya dihayun menghampiri katil. Dia duduk di situ. Telefon pintar dicapai lalu dilihat. "Macam mana aku nak call orang ni?"

Ketika dia sedang mengeluh. Dia teringat tentang sesuatu. Pantas dia mencari beg duitnya dan mengeluarkan sekeping kad  berwarna hitam. "Bagus juga ada benda ni."

***

Faiz meraba-raba bawah bantalnya mencari punca bunyi sesuatu yang bising dalam keadaan mamai. Kemudian, dia duduk di atas katil dan campak semua bantal ke bawah.

"Bunyi apa yang bising sangat ni? Tch, tak tahu masa aku nak tidur ke? Mengantuklah," bebelnya.

Bunyi bising itu berhenti. Faiz kembali baring di atas katil dan sambung tidur. "Kau bising lagi. Aku bunuh kau."

***

"Macam mana kerja dekat sana? Dah jumpa dia?" soal Rafizul kepada Amra melalui panggilan video menggunakan kad ID organisasi Eagle Eyes Spectral.

Amra minum seteguk teh limau ais sebelum menjawab soalan Rafizul. "Masih belum dapat kesan. Rekod perjalanan dia pun hanya di sini. Mustahil dia ke negara lain."

"Berapa lama ambil masa?"

"Entah." Cawan diletak di atas meja.

TIT! TIT!

Amra melihat panggilan masuk daripada Black Cat. "Kejap," katanya. Panggilan Rafizul segera dipadam lalu dia menjawab panggilan daripada Black Cat.

Wajah seseorang terpapar pada skrin lut sinar itu. "Syam. Syukur kau selamat. Semua orang huru-hara di sini, tahu tak? Kau di mana sekarang?" beritahunya yang rasa sedikit lega.

"Assalamualaikum," kata manusia itu selepas Amra habis bercakap tadi.

"Waalaikumsalam."

"Aku tak tahu aku di mana. Tapi tempat ni kurang menyenangkan. Kau boleh datang ambil kami di sini? Aku tak tahu nama hotel ni sebab aku tak tahu bahasa Jepun," jelasnya.

"Jauhari mana?"

Dia melihat seketika ke arah kanan. "Tidur. Dia demam."

"Demam?"

"Tadi Aron dah uruskan. Nanti sedar la tu."

Amra mendiamkan diri seketika. Dia seperti sedang berfikir. "Kau bukan Syam, kan?"

Kolar baju kemeja dibetulkan. "Ya. Qashmir," jawabnya.

"Aku dah agak. Hanya kau yang bangun awal macam ni. Dah solat?" kata  Amra dengan mesra.

"Dah. Tapi aku tak tahu arah kiblat.
Aku yakin solat aku sah. Tanpa ragu-ragu dan terpaksa. Tak akan aku nak tanya pekerja hotel ni pula? Lagi pun tempat ni macam sarang maksiat," katanya perlahan pada ayat terakhir.

"Macam mana kau boleh sampai sana?"

"Aku pun tertanya juga sebenarnya." Qashmir garu kepala.

Amra tersengih seperti ada sesuatu yang lucu. "Tak apalah. Aku cari lokasi tu. Nanti aku datang. Jaga diri."

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now