BAB 8

107 14 13
                                    

Safuan menghela nafas lega apabila dia tidak perlu melayan alter Syam yang berusia enam tahun setibanya mereka di KFC. Tempat tersebut tidak terlalu jauh dari Aeon. Disebabkan rasa bimbang terhadap sahabatnya, dia turut masuk ke dalam KFC. Dia duduk di atas sebuah kerusi sambil melihat sahabatnya sedang membuat pesanan makanan secara dalam talian pada sebuah mesin berskrin besar.

"Macam banyak je RaSIS beli. Dia tu pernah beli sikit ke?" katanya perlahan.

Sehelai resit keluar dari mesin tersebut. Resit diambil lalu dia menuju ke arah  Safuan. "Kau tak nak order apa-apa ke?"

"Tak. Aku tak gemar sangat makan KFC. Kalau McD, lain cerita." Safuan tersengih.

RaSIS duduk di atas kerusi bertentangan dengannya. "Aku tak minat McD. Ayam dia tak kena dengan citarasa aku."

"Ayam dia sedap la. Ayam goreng spicy dua kali ganda. Fuh! Puas makan walaupun sakit perut dua hari." Safuan ketawa.

"Ayam KFC spicy lagi sedap." RaSIS tidak mahu mengalah kerana KFC nombor satu di hatinya.

"Aku ada benda nak tanya."

"Benda apa?"

"Qashmir. Dia alter baru ke?" soal Safuan seperti sedang berbisik kepada RaSIS.

RaSIS terkedu. "Macam mana kau tahu nama tu?"

"Aku ada baca senarai barang yang Syam tunjuk tadi. Ada nama Qashmir. Dia suruh beli kurma, susu lembu, kismis dan madu. Aku tak pernah tahu pun ada alter nama Qashmir."

"Syam? Budak tu ke?"

"Tak. Sebelum budak tu."

RaSIS terketawa. "Sebelum budak tu, Qashmir. Dia, abang aku. Dah lama ada. Sama tahun dengan aku. Tapi ni rahsia. Jangan beritahu orang lain."

Safuan bungkam.

"Dia tak nak orang tahu pasal dia. Lagi pun belum masa lagi. Kalau dah masa. Dia akan beritahu sendiri."

"Masa? Tunggu masa apa?"

"Entah. Aku pun tak faham apa yang abang aku fikir. Dia tu alim ya amat. Kerja dia membebel je. Pagi-pagi biasanya dia yang solat Subuh."

"Kau?"

RaSIS menjeling ke arah Safuan. "Kau fikir, aku tak tahu solat?"

"Aku tak kata macam tu pun."

RaSIS berdecit. "Kadang-kadang," jawabnya tanpa rela.

"Dr. Syamila tahu tak pasal dia?"

"Tak."

"Eh, kejap! Kau kata, Qashmir tu abang kau?"

"Ya."

"Dia alter yang alim?"

"Ya. Alim dan berpegang kepada agama. Dah macam ustaz."

"Dan kau, nakal macam syaitan." Cepat-cepat Safuan tekup mulut sendiri selepas berkata jujur sedemikian.

RaSIS tersengih. "Eh? Syaitan aku je kau tahu. Syaitan dia kau tak tahu. Dia tu kalau bukan disebabkan agama yang ajar dia jadi baik. Dia lagi syaitan berbanding aku."

Safuan tergamam. "Dia pun boleh kawal minda orang ke?"

"Tak. Aku je."

"Fuh! Lega."

"Kau takut ke? Dia tak makan orang la. Dia lagi suka berdamai. Tak suka gaduh. Tapi kalau orang cari dia sebab nak gaduh. Dia lari je. Membunuh tidak dibenarkan sebab berdosa. Abang aku ni penyabar. Aku bukan penyabar macam dia."

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now