Mereka melihat lima orang manusia bertopeng sedang berdiri mengelilingi pintu utama markas Erzen sebenar. Topeng yang dipakai oleh mereka berbentuk haiwan, iaitu serigala berwarna hitam. Masing-masing memegang senjata ketika menyedari Kemunculan Erzen, Jauhari dan Amra.
"Kalian ni siapa? Buat apa di sini?" tanya salab seorang daripada mereka berlima.
Erzen cekak pinggang. "Aku tanya sepatutnya tanya soalan tu. Apa kau orang buat di tempat aku?"
Eh? Tempat kau? Sejak bila?
Jauhari dan Amra melihat ke arah Erzen yang sangat yakin diri itu. Mereka juga tidak tahu hal sebenar yang berlaku di sini.
"Tempat kau? Apa yang kau merepek ni? Jangan fikir kami tak kenal pemilik tempat ni," kata orang tadi.
"Jadi, siapa pemilik tempat ni?" soal Erzen pula.
Pintu utama markas itu dibuka dari dalam. Seorang gadis dan seorang lelaki keluar dari situ. Gadis tersebut mengenakan topeng harimau dan lelaki itu pula bertopeng serigala berwarna hitam tetapi berbeza sedikit daripada lima orang manusia di situ. Mungkin lelaki itu merupakan ketua mereka.
"Apa yang dah berlaku?" tanya gadis itu kepada mereka.
"Mereka tahu tentang tempat ni. Apa kita nak buat sekarang?" kata seorang wanita yang berada dalam kalangan ahli bertopeng serigala hitam itu.
Gadis tadi melihat ke arah tiga orang manusia yang dia tidak kenali. "Apa tujuan kalian ke sini? Macam mana kalian tahu tempat ni? Musuh?"
Erzen memerhati gaya berpakaian mereka termasuklah gadis yang berbicara dengannya. "Aku, Erzen Laiss. Aku dah diamanahkan oleh Night Messenger untuk jaga tempat ni."
"Night Messenger?" Mereka tertanya-tanya.
"Nama dia, Erzen. Sama macam nama aku. Tapi aku tak tahu nama keluarga dia."
Suasana sepi seketika sehingga Erzen melangkah setapak ke hadapan. Mereka mengacukan pistol ke arah Erzen. Erzen seperti tidak peduli tetang hal itu. Jauhari menghalang Amra menghampiri Erzen.
"Aku dah jawab soalan. Kalian pula macam mana? Apa kalian buat di tempat aku?"
Gadis itu maju ke hadapan. Dia berdiri bertentang dengan Erzen. "Tempat kau? Jangan mimpi. Ini tempat aku. Aku anak pemilik tempat ni," tegasnya.
"Anak? Nama?"
"Kau tak perlu tahu."
Erzen tersengih. "Pengecut."
Gadis itu tiba-tiba sahaja menyerang Erzen. Erzen melompat ke belakang untuk mengelak. Kedua-dua tangannya didepa. "Tak adil. Aku tak ada senjata. Kau pula..."
Pisau pada tangan gadis itu dilihat. "Kalau kau betul anak pemilik tempat ni. Kau mesti tahu perkara yang dah berlaku kepada dia, kan?"
Serangan gadis itu terhenti. "Ayah aku dan 17 tahun tak kembali sejak dia pergi luar negara. Tak ada sesiapa tahu negara mana dia pergi. Aku tahu ayah aku masih hidup."
Erzen berhenti mengelak. Hal ini memberi kesempatan kepada si gadis untuk membuat serangn pantas. Dia cuba menyerang dari arah belakang. Namun, tangan Erzen lebih pantas mencapai pedang pada sisi kiri gadis itu sebelum pisau menyentuh lehernya dari belakang.
Si gadis terkejut lalu melompat ke belakang untuk menjauhkan diri dari Erzen. Kemudian, sarung pedang yang kosong dilihat. Dia terdiam.
Macam mana dia tahu kedudukan aku? Dia sempat capai Mangetsu?
Erzen pula melihat mata pedang yang dicapainya. Dia sendiri tergamam melihat ukiran pada mata pedang itu.
Raikiri? Kenapa pedang ni wujud?
"Pulangkan pedang aku," tengking gadis itu kepada Erzen.
Pedang digenggam kemas. "Syam. Beritahu aku. Kenapa Tsukiyomi dan pedang ni sama macam dalam memori aku?" soalnya perlahan.
"Sebab dunia kau dicipta berdasarkan kisah sebenar milik seseorang. Raikiri dan Kazekiri diinspirasikan oleh seseorang. Syam tak ada ilmu tentang pedang masa awal-awal Dark Hunter dicipta," jawab seseorang yang bukan Syam di dalam mindanya.
"Kisah sebenar? Maksudnya..."
"Erzen!" jerit Jauhari yang cemas ketika melihat gadis itu menyerang Erzen.
"Pulangkan pedang ayah aku atau kau mati," marag gadis itu kerana pedang itu sangat berharga bagi dirinya.
"Mori no tenge ..."
Si gadis terkedu mendengar sebaris ayat disebut oleh Erzen ketika dia mahu menyerangnya.
"Tou yami," kata Erzen lalu pedang dilibas dengan pendangan yang dingin.
Belum sempat pedang itu mencecah tubuh si gadis, seseorang sempat membawa lari gadis itu dari perlawanan yang bakal meragut nyawa si gadis.
"Cik Mika tak apa-apa ke?" Dia meletak si gadis ke tanah.
Si gadis terundur ke belakang dan terduduk. Matanya masih melihat ke arah Erzen. "Ayah. Itu teknik ayah. Mori no tenge. Macam mana dia tahu teknik tu?"
Lelaki itu turut melihat ke arah Erzen. "Seseorang yang diamanahkan untuk jaga tempat ni? Sejak bila Tuan Echizen ada anak murid?"
Amra menghampiri Erzen. "Kau okay ke?"
Pedang dilihat sekali lagi. Amra diabaikan. "Manusia boleh cipta dunia novel berdasarkan dunia sebenar. Patutlah aku rasa tak asing."
"Ha?" Amra tidak memahaminya.
Erzen melangkah menghampiri mereka berdua. Ketika ini lelaki itu sedang membantu si gadis bernama Mika untuk berdiri. Lima orang manusia bertopeng menghampiri Mika untuk melindungi gadis itu daripada Erzen.
Langkah Erzen berhenti. "Siapa nama kau?"
"Mika," jawabnya.
"Pedang ni. Apa nama?"
"Mangetsu," jawab Mika lagi.
"Ayah kau punya?"
"Ya."
"Jadi, apa kau buat di sini?"
"Cari ayah aku. Sistem dalam markas ni dah lama tak aktif. Kalau sistem dalam markas aktif semula bermakna ayah dah balik. Tapi..."
Pedang diserahkan kembali. "Aku yang aktifkan," kata Erzen.
"Mustahil. Tak ada sesiapa boleh password sistem dala markas ni. Kami pun tak berjaya buka tadi," kata Mika dengan yakin.
Lelaki yang berdiri di hadapan Mika menerima pedang tersebut lalu diberi kembali kepada Mika. "Macam mana kamu boleh buka sistem tu? Apa yang kamu cari?"
Jauhari menghampiri Erzen. "Kami sedang siasat satu kes besar. Tapi kami tak sangka kes yang kami siasat ada kaitan dengan markas ni. Untung pihak kami ada Erzen. Atau saya patut cakap pemegang amanah untuk jaga markas ni."
"Kau pula siapa?" soal Mika.
"Aku, Jimmy. Yang tu pula, Akuma," jawab Jauhari tanpa jujur.
Mika memerhati Jauhari dengan perasaan curiga. "Bukan nama sebenar?"
"Mika pun bukan nama sebenar, kan?" soal Jauhari pula.
Gadis itu terpaksa akur. "Jadi, kes apa yang ada kaitan dengan markas ni?"
"Ini misi rahsia kami. Saya harap pihak cik tak ganggu kami," kata Amra.
Pedang diterima lalu dimasukkan ke dalam sarung pedang. "Tapi ni kawasan aku."
"Kami patut tahu kalau kamua semua nak sesuatu dari tempat ni,"sokong lelaki di hadapan Mika tadi.
Amra dan Jauhari serba salah mahu berterus-terang atau tidak kerana mereka tidak mengenali kelompok tersebut jika mahu bekerjasama. SERA juga sangat bahaya.
"Cik Mika. Lelaki tadi dah hilang," beritahu seorang wanita dari belakang Mika.
Masing-masing melihat ke arah tempat Erzen berdiri tadi. Tiada sesiapa di situ. Kemudian, pandangan mereka beralih ke arah pintu markas yang masih dibuka luas itu.
Dia dah masuk.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...