BAB 17

91 13 8
                                    

Danira meletakkan secawan kopi suam di atas meja. Matanya melihat ke arah Arden di tepi tingkap bilik operasi. Jejaka itu sedang menjawab panggilan daripada ketua Eagle Eyes Spectral sejak Danira keluar dari bilik tersebut sehingga kini.

Danira mengambil tempat di atas sebuah kerusi bertentangan dengan tiga buah monitor. Bilik ini sangat mewah berbanding miliknya kerana terdapat tiga buah papan kekunci dan tujuh buah monitor pelbagai saiz.

Arden duduk bersandar di atas sebuah kerusi selepas selesai menjawab panggilan tadi. Beberapa bintik merah yang menunjukkan lokasi pasukannya berada dilihat pada sebuah monitor bersaiz besar. Masing-masing sudah berada di lokasi. Alat penghubungan pada telinganya ditekan. Alat itu berbeza dengan milik ahli pasukannya.

"Communication, online. All action and communication will be in record EES," beritahu Arden kepada ahli pasukannya.

Telinga mereka automatik mendengar suara operator selepas mendengar suara Arden tadi. "Mission record, online. Codename... (nama kod masing-masing) 100% ready. Saturday. 9:30 p.m. Location... (lokasi masing-masing). No time limit."

Butang pada alat komunikasi ditekan sekali lagi. "Danira. Awak cek lokasi Team Cat. Tekan je dekat tanda merah tu. Automatik akan ke kamera dan komunikasi. Jangan lupa on benda dekat telinga awak tu. Teruja sangat nanti sampai lupa on benda tu. Sah tak dengar orang borak." Dia ketawa.

"Baiklah." Butang pada alat penghubung ditekan.

Kemudian, dia mencapai tetikus dan menekan lokasi seperti yang diarahkan tadi. Paparan skrin terus 'zoom in' sehingga dia melihat situasi yang dialami oleh Team Cat. Mereka mampu menggunakan sistem ini kerana Eagle Eyes Spectral memiliki satelit sendiri dan kepakaran seorang mengodam CCTV dalam skala yang luas.

TAK! TAK! TAK!

Bunyi papan kekunci ditekan dengan laju membuatkan tumpukan Danira terganggu. Dia melihat ke arah Arden. Arden sedang menaip sesuatu sambil terkumat-kamit mulutnya tanpa suara. Danira mengalih pandangannya ke arah skrin monitor di hadapan Arden. Dia tergamam.

Itu kod apa? Program? Kejap. Aku tak pernah tengok pun sebelum ni. Jari dia pun laju. Mata aku tak dapat ikut dia tekan keyboard tu.

Satu per satu huruf bersaiz besar berbanding kod binari mula muncul. Tidak berkelip mata Danira melihat perkataan yang tertera pada monitor tersebut.

SABER_System_Accelerator_Binary_Evolution_Recontrol_ONLINE

Sekelip mata sahaja pelbagai dokumen dan tetingkap muncul pada dua buah skrin monitor berhampiran Arden. Senarai nombor telefon, video, gambar dan sebagainya terpapar di situ. Danira melihat sekilas beberapa gambar milik sasaran mereka kerana pergerakan tetingkap maklumat masuk terlalu cepat.

"Scanning complate," kata Arden.

Semua maklumat tadi bergerak sendiri dan dimampatkan dalam sebuah fail. Danira tertanya-tanya ketika melihat keajaiban itu kerana Arden melihat seperti sebuah robot yang melaksanakan tugas. Pantas dan matanya tidak beralih daripada monitor. Jari-jemarinya mampu menekan papan kekunci dengan betul.

"Danira."

Danira terkejut apabila namanya dipanggil. "Ya."

"Next location. Team Zain," arahnya tanpa melihat ke arah Danira.

"Okay." Dia segera menekan lokasi yang dimaksudkan tadi.

Dia ni betul manusia atau robot? Terlalu profesional.

***

Sekeping kad ID dikeluarkan oleh Zhong dari poket jaketnya. Cap jari diimbas lalu terpapar sebuah fail yang dihantar oleh seseorang kepada Zhong untuk dianalisis. Zhong melihat sekilas ke arah bangunan kelab malam. Dia mampu melihat menembusi dinding bangunan kerana cermin mata khas yang dipakai olehnya. Ketika ini Faiz dan Qashmir sedang bersalaman dengan ketua gengster Leonoid. Mungkin mereka sudah diterima dalam kumpulan itu.

Fail dibuka. Satu per satu maklumat disemak. "Cepatnya minah tu buat kerja. Aku fikir. Lepas ketua pasukan Hawk tak ada. Kerja cari maklumat ni akan jadi susah. Tapi laju macam biasa. Mungkin sebab tu bos pilih dia. Hah, yang jadi mangsa dia pun aku. Berbaloi la agaknya."

Nama si penghantar fail tadi dilihat. "Keyboard Warrior. Aku lebih suka Jasmin berbanding minah ni. Jasmin tak kejam macm kau. Tapi boleh la." Zhong tersengih-sengih sendiri.

Zhong tidak tahu hal yang sebenar. Sesuatu berkaitan diri Arden. Dia tidak tahu bahawa orang yang menghantar fail itu kepadanya ialah Arden kerana Arden menggunakan akaun milik Danira. Hal yang sama juga pernah berlaku ketika pasukan Hawk wujud. 

***

Dia berdiri dari kerusi selepas selesai tugasnya. "Mulai hari ni awak akan jadi pembantu saya."

Danira terkejut. Dia segera mengalihkan pandangannya dari monitor kepada Arden. "Eh? Tapi macam mana dengan Lance?"

"Hanya kita berdua di sini. Saya dah hantar maklumat kepada Lance tadi tapi atas akaun awak." Arden menghampiri Danira.

"Macam mana awak boleh masuk dalam akaun saya? Sebelum ni awak kata, tak ada sesiapa boleh pecah masuk sistem EES dan sistem kad ID tu," Danira tidak berpuas hati.

Arden berbisik pada telinga kiri Danira. "Ya. Tiada sesiapa boleh masuk kecuali saya."

Danira menutup telinga kirinya. Arden undur setapak ke belakang. "Saya bukan nak ugut atau ancam awak. Setiap orang ada rahsia. Awak pun. Saya tahu semua tentang awak. Bos ambil awak masuk pasukan ni bukan sebab awak hebat dalam dunia siber tapi sebab awak dalam bahaya."

"Macam mana dia tahu kalau saya dalam bahaya?"

"Ibu awak dari ORC. Terkorban disebabkan dia tak nak terlibat dengan kerja kotor orang lain. Curi maklumat SERA dari makmal. Ayah awak pula terkorban dalam perebutan SERA dengan FBI sebab dia salah seorang daripada merkea yang mencuri maklumat tu untuk kepentingan sendiri."

Danira tergamam. Dia sendiri tidak tahu tentang hal itu termasuk SERA. Dia hanya tahu bahawa ibu bapanya bekerja dengan sebuah syarikat bernama ORC di luar negara. Dia pula tinggal di Malaysia sendirian kerana sambung belajar di sini.

"Apa kaitan dengan saya?"

"Ada kemungkinan ibu bapa awak ada musuh lain. Awak tak rasa macam tu?" katanya dengan yakin.

"Macam mana awak tahu pasal semua tu. Bos beritahu awak?"

Arden berfikir seketika sebelum berbicara. "Awak rasa bos tu jenis terbuka ke? Awak sendiri pun tak tahu sebab misi ni, kan? Dalam EES, tiada sesiapa tahu sebab sebenar atau objektif misi ni. Hanya ikut arahan. Tapi kalau awak kumpul setiap cebiasan tu. Awak akan jumpa jawapan sebenar."

"Tapi macam mana awak tahu?"

"Sebab saya, SABER."

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now