BAB 55

79 11 10
                                    

Skrin komputer riba berwarna hitam dengan tulis merah dilihat oleh seorang remaja. Wajahnya kelihatan berpeluh kerana ketakutan. Komputer ribanya seperti sudah dimasuki virus.

"SERA-A? Apa benda pula tu? Virus? Aku nak buat apa ni? Password? Aku mana tahu."

Kepala digaru. Pemacu kilat segera dicabut oleh remaja lelaki itu lalu campak ke atas lantai. Namun, tiada perubahan pada komputer riba tersebut.

Dia berdiri dari kerusi dan berlari keluar dari biliknya. "Watari-san," jeritnya sambil berlari.

BUK!

Dia jatuh terduduk di atas lantai. Perlahan-lahan matanya melihat ke arah mangsa keadaan. Dia terkejut besar. "F-Fang... - sama?"

Faiz padang dingin ke arah remaja sama usia dengannya. Pakaian Faiz juga sudah kotar kerana tertumpah kopi ais pada dadanya. "Apa masalah kau, setan?"

Cepat-cepat dia sujud di atas lantai. "Saya minta maaf."

TIT! TIT!

Faiz segera mengeluarkan kad ID organisasi dan menjawab panggilan itu. Panggilan video terpapar sebaik sahaja butang hijau ditekan.

"Abang Zao. Baguslah abang selamat," ujarnya dengan gembira.

"Fa. Aku ada benda penting untuk kau buat."

"Benda apa?"

"Cari punca SERA-A dalam rumah tu. Sekarang ni ada orang aktifkan SERA-A dalam rumah Ame Sakura. Lepas tu, hubungi Umar untuk elak masalah rangkaian, siber dan elektronik," arah Jauhari kepada Faiz.

"Baiklah. Tapi macam mana SERA-A boleh masuk dalam rumah ni?"

SERA-A? Tak akan la benda tu?

"Fang-sama," teragak-agak dia mahu memanggil kerana dia sangat takut terhadap manusia itu.

Faiz melihat ke arah remaja tersebut. "Kenapa?"

"Laptop saya... SERA-A..."

Tiba-tiba, cawan terhempas ke lantai dan leher baju remaja itu digenggam. "Kenapa kau tak cakap awal-awal? Kenapa kau boleh ada benda tu?"

Matanya dipejam. "Bukan saya punya. Saya jumpa tepi meja kuliah. Saya nak tahu pemilik. Jadi, saya buka. Mungkin boleh tahu nama pemilik."

Remaja itu dicampak ke atas lantai. "Lain kali simpan bodoh tu dalam jamban. Mana laptop kau?" Dia terus maju ke hadapan.

Matanya dibuka. "Sana," katanya sambil berdiri. Jari telunjuk ditunding ke arah biliknya yang tidak jauh dari situ.

"Saya dah cabut pendrive tu tapi benda tu masih ada dalam laptop." beritahunya.

"Malang betul nasib kau. Dengar cerita cara terakhir untuk hentikan sistem SERA-A,  hapuskan laptop yang jadi perumah virus sebelum SERA-A merebak dalam sistem lain," kata Faiz berdasarkan maklumat yang dimiliki oleh pasukan Falcon.

"Tak ada cara lain ke? Tugasan kuliah saya ada dalam laptop tu." Dia rasa mahu menangis tatkala mengingati tugasan-tugasannya.

"Kebodohan dibalas dengan kekesalan. Orang bijak tak akan buat kesalahan bodoh macam tu," ujar Faiz.

Tangan kanannya pantas mencapai telefon pintar dan mencari nama Umar. Panggilan dibuat. "Hello."

"Kau apa hal call aku?"

"Aku tak ingin la call kau kalau bukan Abang Zao suruh," Faiz menengking.

"Kenapa Tuan Zao tak call aku sendiri?"

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now