BAB 22

95 11 7
                                    

Qashmir membersihkan darah pada bibirnya. Wajah dilihat pada cermin. Tiada kecederaan lain pada wajahnya kecuali bibirnya. Terdapat kesan luka gigitan pada bibir itu. Mungkin kerana Issac tergigit bibir sebelum ini. Tetapi kenapa? Luka pada lengan kirinya dilihat. Luka itu sudah pun dirawat oleh Arden sebelum dia mencuci darah pada bibirnya.

Kepala paip pada singki dipulas. Air berhenti mengalir keluar. "Apa lagi yang kau nak, Issac? Tak cukup lagikah kau merasa kau mampu hidup atas dunia ni? Bersyukurlah sikit. Kalau kau macam ni la. Dr. Syamila kena tahu. Kau tetap tak berubah," katanya dengan tenang.

Qashmir melihat wajah milik jasadnya pada cermin. Dia cuba bertenang walaupun hatinya sudah panas. Jika dia sama seperti adiknya, sudah pasti dia akan mengamuk. Nasib sahaja Qashmir sudah terikat dengan ajaran agama yang dipilihnya. Dia lebih tenang walaupun hatinya sedang mengamuk. Tiada sesiapa tahu tentang perasaannya kecuali manusia yang mampu merasai ancaman.

Dia keluar dari bilik mandi. Pandangannya tertacap ke arah tiga orang manusia di meja makan, Arden, Zhong dan Vincent. Unknown sudah keluar rumah kerana ada urusan lain. Ian pula baru sahaja masuk ke dalam biliknya.

"Apa dah berlaku sebenarnya?" soal Vincent kepada Qashmir.

Qashmir mengambil tempat bertentangan dengan Arden. "Saya tak tahu macam mana Issac boleh terlepas. Dia dah lama tak keluar," jawabnya.

"Bahaya betul," kata Zhong.

Wajah Qashmir kelihatan serius. "Mesti ada sesuatu yang dah berlaku kepada Syam."

"Sesuatu? Sejak pagi tadi lagi Syam tak keluar dari bilik. Aku datang bilik dia pun sebab nak ajak dia sarapan," ujar Zhong kepada Qashmir.

"Kalau macam tu. Mungkin mimpi atau memori. Issac tu akan keluar kalau Syam stress sangat dan rasa diri tak berguna untuk hidup. Issac wujud pun sebab abang kedua dia," jelas Qashmir kepada mereka.

"Sebelum ni pernah jadi macam ni juga ke?" tanya Arden pula.

Qashmir mengeluh. "Pernah. Masuk wad pun disebabkan hal macam ni. Tapi kali ni Issac lukakan lengan. Bukan pergelangan tangan. Pelik. Kalau dia nak bunuh diri. Kenapa tak kekal pada nadi atau leher?"

Mereka tergamam. "Kau... Kenapa kau boleh terfikir sampai situ?" soal Vincent.

Qashmir melihat ke arah Vincent. "Saya kena tahu sebab sebenar dia cederkan diri. Kalau dia nak sangat mati. Kenapa tak target pada nadi terus? Atau dia sebenarnya takut mati tapi..."

"Hukum diri?" Arden menyampuk.

"Hukum diri? Untuk apa?" soal Zhong kepada Arden pula.

"Manalah tahu," kata Arden.

Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Issac? Apa yang dia nak sebenarnya? Benda apa yang buatkan dia muncul? Ada sesiapa cuba tarik dia keluar ke?

Mereka melihat Qashmir sedang serius memikirkan masalah Issac. Tiba-tiba, mereka mendengar Qashmir berdecit dengan aura kemarahan. Tiada sesiapa berani buka mulut pada ketika ini.

Qashmir menarik nafas dan hembus. "Saya minta maaf kalau dah menyusahkan semua orang. Saya harap. Lepas ni kalian boleh tolong saya lagi. Kita tak tahu sebab Issac muncul. Saya akan cuba cari tahu."

"Macam mana nak cari tahu?" tanya Zhong yang berminat untuk mengetahuinya.

Qashmir bangun dari kerusi. "RaSIS uruskan," jawabnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Buku lima digenggam erat sambil berjalan ke arah biliknya di tingkat dua. Mindanya penuh persoalan dan emosi. Dia perlu segera tenangkan diri dengan rutin hariannya, berzikir.

Aku tak ada hak untuk menghukum. Semua itu kerja Tuhan. Tapi aku ada hak untuk menentukan kebenaran. Selamatkan nyawa ni daripada terkorban. Jika sudah ajal, aku reda. Tapi bukan dengan cara membunuh diri. Apa dah berlaku sebenarnya? Issac tak macam sebelum ni. Apa rancangan dia? Ada sesiapa jumpa Syam ke? Ah, jangan fikir banyak. Nanti syaitan menghasut pula. Tenang, Qashmir. Ingat Tuhan. Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian.

***

Bunyi pintu pagar dibuka membuatkan seseorang tercari-cari dalam suasana yang gelap. Matanya ditutup dengan sehelai kain hitam dan mulutnya dijahit oleh seseorang. Manusia itu berundur ke belakang dalam keadaan ketakutan. Kain pada mata lelaki itu dicabut oleh manusia yang berdiri di hadapannya. Dia melihat ke arah manusia misteri itu. Dia tidak pernah melihat wajah itu sebelum ini tetapi dia tahu bahawa manusia di hadapannya sangat bahaya.

"Shadow. Shadow. Kasihannya kau. Berusaha bersungguh-sungguh untuk tutup mulut. Kau fikir kau boleh lari daripada ninja terbaik aku?" Lelaki itu memberi senyuman sinis kepada mangsanya.

Dia tahu nama aku. Maksudnya, dia ni Kitsune?

Jauhari memegang wajahnya sendiri. "Alamak, aku lupa pakai topeng. Tapi rasanya tak perlu sebab kau pun tak lama hidup. Dah tak ada maklumat berharga yang aku perlukan daripada kau. Apa kata kalau kau mati je demi keamanan. Setuju?"

Kipas tangan yang dipegang pada tangan kanan dibuka. Terpapar lambang keluarga yakuza Shinigami pada bahagian tengah kipas tangan itu. "Orang terakhir yang kau bakal lihat hari ni bukan aku. Jangan risau. Kau masih ada masa untuk bertaubat sebelum malaikat maut sampai." Kipas tangan ditempatkan di hadapan wajahnya.

Dia sudah buntu untuk memikirkan cara terbaik melarikan diri kerana kakinya telah dipatahkan ketika sesi soal siasat pada malam tadi. Kedua-dua tangannya pula  sudah dipotong jari-jemari kerana dia enggan memberi kerjasama. Nasib sahaja dia masih bernyawa selepas seksaan sedemikian. Pasukan ninja memang melaksanakan tugas seperti yang diarahkan oleh Jauhari.

'Korek semua maklumat sampai dia mampus.'

Nyawa Shadow masih panjang sehingga Faiz mengambil alih urusan soal siasat tersebut. Hasilnya dapat dilihat seperti sedemikian. Sudah pasti Faiz puas melepaskan emosinya ketika menyoal siasat manusia malang tersebut.

"Hyu rampas misi membunuh Arden daripada kau dan ada orang cuba lindungi Arden setiap kali kau cuba dapatkan nyawa dia. Bukankah Hyu dah pesan, jangan ganggu sasaran dia? Tapi kau masih ganggu sebab nak ganjaran, kan?"

Shadow tidak mampu menjawab soalan Jauhari kerana mulutnya dijahit. Dia hanya mendiamkan diri. Diam tidak semestinya selamat kerana Jauhari sengaja menyepak wajah Shadow untuk memaksa Shadow membuka mulutnya. Kemudian, perut  Shadow dipijak sekuatnya. Hal ini membuatkan Shadow menjerit kesakitan.

Bibir Shadow terkoyak dan berdarah kerana benang yang dijahit pada mulutnya. Jauhari pula tersengih kejam tatkala melihat manusia itu kesakitan. "Sakit? Aku rasa ni masih belum cukup. Aku tengah bosan. Main dengan aku sampai aku puas. Boleh?"

Sekali lagi perut Shadow dipijak. Semakin kuat lelaki itu menjerit sambil menangis menahan kesakitan. Jauhari pula sudah kelihat seperti sedang menggila menyeksa manusia malang itu.

"Lagi. Kuat lagi. Aku tak dengar," katanya lalu ketawa.

Inikah ketua yakuza Shinigami? Shin Zaori yang dikatakan tidak pernah membunuh orang? Kejam.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now