BAB 51

75 10 11
                                    

"Disebabkan kau tak ada adik. Aku pinjamkan adik aku untuk jaga kau. Kau tak kesunyian lagi. Aku pun nak kena balik Hokkaido. Kerja banyak. Nanti ayah aku bising pula sebab bawa balik orang lain," kata Hakuzen melalui panggilan telefon.

"Jadi, kau tak beritahu pasal Echizen kepada ayah kau?" soal Kawazaki yang berbaring di atas katil.

Hakuzen bersiul. Kawazaki garu kepala. Dia kenal sangat dengan rakan satu sekolahnya ini. Hakuzen bukan daripada keluarga yakuza seperti Kawazaki tetapi dia menubuhkan kelompoknya sendiri dan berlagak seperti yakuza, walhal dia hanya mata-mata pihak berkuasa selain daripada menjual maklumat tentang perosak negara.

"Okay la. Aku nak tidur. Esok pengawal ayah aku datang ambil. Jaga Echizen elok-elok. Dia ada depan rumah kau dah tu."

"Ha? Depan rumah aku?" Pantas dia duduk dengan wajah terkejut. Panggilan ditamatkan.

Kawazaki berlari keluar dari biliknya sehingga terempuh bahu seseorang. Orang itu pula tersandar pada dinding. "Apa dah berlaku?" soalnya ketika memerhati wajah cemas Kawazaki.

Dia cemas bukan kerana takut terhadap kehebatan Echizen tetapi dia cemas kerana ahli Ame Sakura sendiri. Bimbang mereka salah faham ketika melihat Echizen yang sedemikian.

Pintu rumah dibuka. Matanya tertacap ke arah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Wajah yang bukan milik warga Jepun. Dia terdiam.

"Tuan Kawazaki? Kenapa cemas je?" soal Kaiji yang menjemput Echizen masuk ke kawasan rumah Ame Sakura sebelum ini.

Kawazaki rasa sedikit lega kerana tiada apa-apa yang berlaku. "Mana yang lain?" tanyanya kepada Kaiji.

Kaiji mendiamkan diri.

"Aniki dah balik?" soalnya lagi.

"Belum," jawab Kaiji.

"Kenapa kau beri dia masuk?" soalnya dengan pandangan dingin.

Sepucuk surat dihulurkan ke arah Kawazaki. "Dia ada bawa surat dari Tuan Hakuzen."

Kawazaki memegang surat tersebut. Dilihatnya cop mohor peribadi milik Hakuzen. "Kalau apa-apa jadi dalam keluarga ni. Jangan diam je. Beritahu aku," pesannya kepada Kaiji.

"Atau kau dah diugut?" teka Kawazaki.

Kepala Kaiji tertunduk seketika. "Tak. Saya okay je."

"Echizen. Jom masuk."

Echizen hanya menurut tanpa berkata-kata. Mereka berdua berjalan menuju ke arah kawasan bilik.

***

Sebulan telah berlalu sejak Echizen tinggal bersama-sama Kawazaki. Kawazaki juga banyak berbual dengan  Echizen untuk mengetahui tentang teknik pedang yang menarik itu tetapi Echizen tidak memberitahunya. Katanya, dia tidak ingat tentang masa silam. Dia hanya ingat pergerakan  teknik seperti dia pernah berlawan sebelum ini.

Echizen melihat sebilah pedang di atas meja khas ruang tamu. Pedang itu milik bapa Kawazaki, Tsukiyomi. Kawazaki pernah memberitahu tentang pedang tersebut kepada Echizen tanpa memikirkan kebarangkalian pedang itu dicuri.

"Tsukiyomi. Pedang yang diperbuat daripada darah dan tulang. Saya dah jumpa kembar Mangetsu, ayah," katanya perlahan ketika berdiri di hadapan pedang putih itu.

TAK!

Bunyi pintu yang kuat telah memeranjatkan Echizen. Dia juga dapat merasakan aura membunuh daripada sekumpulan manusia di luar rumah. Tanpa berfikir panjang, Echizen pantas mencapai Tsukiyomi dari atas meja tersebut dan berlari ke arah bilik Kawazaki.

Ketika ini Kawazaki sedang berendam di dalam kolam air panas. Dia baru sahaja masuk ke dalam kolam itu sebelum rumah Ame Sakura diserang.

Pintu bilik mandi dibuka oleh seorang  pembantu rumah wanita. Kawazaki pula yang terkejut.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now