Seminggu telah berlalu selepas mesyuarat di bangunan milik Eagle Eyes Spectral. RaSIS juga telah memberitahu Bray dan Safuan bahawa dia tidak berada di rumah kerana dia melakukan tesis di sebuah kawasan. Dia menjangka dalam masa sebulan untuk melaksanakan tesis tersebut. Walhal hanya helah semata-mata. Bray dan Safuan pula mempercayainya. Tambahan pula, mereka tidak berada dalam bidang yang sama walaupun di dalam satu universiti.
Bagasi ditempatkan di ruang tamu sebuah rumah banglo milik Eagle Eyes Spectral. Semua ahli berkumpul di sini selama mereka masih berada dalam misi. Banglo ini memiliki tiga tingkat, banyak bilik, peralatan komunikasi dan gajet yang lengkap. Kolam renang, bilik operasi, makmal, bilik senjata dan sebagainya.
"Wah, canggih." RaSIS teruja melihat kecantikan dekorasi di dalam rumah ini.
"Kami pilih bilik dulu," beritahu Vincent kepada mereka di ruang tamu.
Vincent dan Ian menapak naik anak tangga untuk menuju ke tingkat dua. Arden dan Zhong pula baru sahaja masuk ke dalam rumah mereka. Rumah itu sebenarnya milik pasukan asal, Hawk. Kebiasaannya mereka akan berkumpul di sini jika ada misi penting.
"Kembar tu mana?" soal Zhong sambil tercari-cari kelibat Vincent dan Ian.
"Naik tingkat atas. Nak pilih bilik," beritahu Faiz yang berada di atas sofa.
"Laju." Arden ketawa.
Zhong geleng kepala. "Budak-budak ni, kan. Haih. Kau orang pilih la bilik mana-mana di tingkat dua tu. Keyboard Warrior dan Fake Face duduk di bilik tingkat tiga. Sebelah kiri bilik Saber. Yang ada papan FALCON."
"Eh? Kenapa mereka duduk tingkat tiga?" tanya Faiz kepada Zhong.
Pipi Faiz dicubit oleh abangnya, Jauhari. "Sebab mereka perempuan la."
"Tapi sebelah bilik ketua kumpulan," tambah Faiz lagi.
Arden tepuk dahi. "Sebab dalam rumah ni hanya ada satu bilik untuk perempuan. Tu bilik arwah kakak saya. Dulu dia dengan orang kanan dia je duduk bilik tu. Pasukan Hawk tak ramai perempuan. Sama macam sekarang."
"Patutlah. Elok sangatlah kau berdua duduk tingkat atas. Aron tak kacau."
"Aron?" tanya Jasmin kepada RaSIS.
"Ya. Dia tu mamat playboy. Tapi dia dah janji dengan aku dia tak akan buat gangguan seksual tapi mengorat tu hal biasa," jelas RaSIS kepada Jasmin.
"Dan awak ni siapa?" tanya Danira pula.
"Aku, RaSIS. Singkatan daripada sistem DID kami, Rahsia Sebenar Identiti Syam (RaSIS). Aku, primary protector. Tugas aku, lindungi jasad ni dan keluarga. Salah seorang pengasas Secret GUARD Mr. Law," katanya dengan bangga sebagai diri sendiri.
Zhong bungkam. Dia melihat ke arah Arden dengan wajah risau. Arden mengabaikannya. Dia memberi fokus kepada RaSIS.
Masa datang sini tadi. Aku yakin aku tengah berbual dengan Syam. Bila masa pula dia bertukar ni?
"Kau boleh pilih. Nak duduk solo atau berdua," kata Arden kepada RaSIS.
RaSIS melihat ke arah manusia misteri bernama Unknown. "Ehhh~?" Dia tersengih.
"Aku nak duduk solo. Tapi aku nak dia ni sebelah bilik aku." Jari telunjuk tangan kanan ditunding ke arah Unknown.
"Aku? Kenapa pula?" Unknown melenting.
RaSIS berjalan menghampiri lelaki itu lalu dia merapatkan wajahnya pada telinga kanan lelaki tersebut. "Aku tahu kau sedang sembunyikan sesuatu. Kalau kau ikut cakap aku. Kau akan selamat. Tapi kalau kau degil. Esok belum tentu kau bernafas," ugutnya.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...