Jam tangan menunjukkan detik 6:30 petang. Zhong dan Jasmin telah tiba di sebuah markas milik si pemberi hutang, 'Ah Long'. Tiada perasaan gerun terpamer pada wajah Zhong. Jasmin pula hanya mengekori Zhong sejak mereka tiba di situ. Langkah mereka terhenti apabila berada di hadapan 'Ah Long'.
"Belum cukup tiga hari, kau dah sampai sini. Bawa kekasih?" Lelaki itu memerli Jasmin.
Jasmin berdiri di sebelah kanan Zhong. "Mana adik aku?"
"Adik kau? Ada. Kalau kau nak adik kau. Langsaikan semua hutang keluarga kau dulu," tegasnya.
"Aku bayar semua. Berapa?" Zhong tiba-tiba sahaja bersuara.
"Kau bayar? Kalau kau bawa kekasih kau dari awal kan senang. Tapi kau mampu bayar ke? Hutang tu bukan sikit."
Zhong mencapai sesuatu di sebalik jaketnya. "Kau nak cash atau check?" Dia berpura-pura mengeluarkan kertas deposit untuk pemindahan wang.
"Lima juta. Kau mampu bayar," katanya lalu tersengih melihat ke arah Zhong.
"Lima juta? Hari tu kau kata lima puluh ribu je," Jasmin membangkang.
"Sebab kau lambat bayar dan sebab aku jual adik kau kepada kau. Tu harga dia yang aku letak."
Jasmin menggenggam buku lima kerana geram. "Tak guna!"
BANG!
Sedas tembakan telah berjaya mencabut nyawa lelaki kejam dan tamak itu. Para pengikutnya terkejut lalu bersiaga dengan senjata masing-masing. Pistol diacukan ke arah Zhong. Zhong hanya melihat ke arah mayat manusia durjana tadi.
Jasmin pula sudah tergamam. "Apa awak buat ni?"
"Berani kau bunuh ketua kami," tengking seorang lelaki berusia 20-an.
Zhong memberi pandangan dingin sambil melepaskan tembakan tanpa perasaan. Jasmin segera melarikan diri untuk berselindung. Pihak musuh tidak berdiam diri. Mereka turut menembak ke arah Zhong. Tiada satu peluru yang mengenai dirinya. Dia bagaikan manusia kebal kerana pakaian seragam milik Eagle Eyes Spectral.
***
Jasmin melepaskan adiknya ketika pihak musuh sibuk berlawan dengan Zhong. Adiknya berada di dalam sebuah bilik dan diikat. Musuh yang menjaga bilik itu tadi sudah dipengsankan oleh Jasmin. Cepat-cepat dia melepaskan adiknya.
"Akak. Apa dah jadi di luar tu?" soal adiknya yang seusia 15 tahun.
Jasmin memegang tangan kanan adiknya. "Jom. Nanti akak cerita. Tempat ni tak selamat."
Mereka berdua keluar dari bilik itu dan menuju ke arah pintu masuk rumah tersebut. Bunyi tembakan juga sudah berhenti. Zhong melihat ke arah Jasmin dan remaja perempuan yang bersembunyi di belakang Jasmin.
"Pergi masuk kereta. Biar saya urus tempat ni," arah Zhong dengan wajahnya yang serius.
Jasmin melihat mayat-mayat pengikut 'Ah Long' di atas lantai. "Kenapa awak bunuh mereka?"
"Mereka tak akan ganggu awak lagi kalau saya bunuh mereka." Pistol disimpan kembali di sebalik jaketnya.
"Tapi...,"
Wajah Zhong tiada senyuman. "Ini tiada kaitan dengan arahan orang atasan atau organisasi. Tindakan saya. Tanggungjawab saya. Pergi masuk kereta," tegasnya.
Jasmin menggenggam erat tangan adiknya. "Jom."
Mereka berdua berlari anak ke arah pintu utama. Terpaksa memijak darah di atas lantai itu kerana tiada pilihan lain. Zhong melihat sekilas ke arah mereka sebelum dia mengeluarkan sejenis silinder sepanjang 3 cm. Lebarnya hanya sebesar jari telunjuk.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...