BAB 6

109 15 5
                                    

Sebalang biskut dipegang sambil makan berjalan dari kawasan dapur ke ruang tamu. Dia tercari-cari kelibat seseorang di kawasan ruang tamu sambil mengunyah. Ketika ini seorang lelaki sedang melihat ke arahnya sambil memegang sebatang pen biru pada tangan kiri.

"Kau cari apa?"

"Abang Zao mana?"

"Tuan Zao keluar."

"Keluar? Kenapa aku tak tahu?" jeritnya.

Pen digenggam sehingga patah. Lelaki itu naik angin. "Bisinglah, Fa! Manalah aku tahu. Pergilah cari sendiri. Aku tengah buat kerja ni. Buta ke?"

"Kenapa tak buat kerja dalam bilik kau?" tanya Fa atau nama sebenarnya Faiz Shin.

"Suka hati aku la. Kau tak ada kerja ke? Asyik makan je."

"Orang lembab macam kau je yang banyak kerja, Umar," perlinya dan berlalu pergi untuk keluar mencari abangnya.

"Tch! Buat sakit hati aku je, budak pendek ni."

"Apa kau cakap?"

"Tak ada apa," kata Umar.

***

Hud dinaikkan ke atas kepala apabila dia melihat langit berubah mendung. Kakinya pula masih melangkah untuk menuju ke arah kedai terakhir sebelum dia pulang kw rumahnya. Hari ini dia membeli-belah sendirian selepas waktu sekolah. Sengaja dia tinggal adiknya di rumah.

"Aku nak beli apa untuk budak pendek tu? Ekor kucing aku dah beli hari tu. Agaknya dia suka? Coklat? Macam biasa sangat," bicaranya sambil berfikir.

Langkah Jauhari Shin terhenti apabila dia merasakan ada seseorang sedang mengekorinya. Dilihatnya ke arah sebuah kedai pakaian seketika dengan lagak berfikir. Walhal, dia sebenarnya cuba untuk mencari kedudukan manusia itu melalui pantulan pada dinding cermin kedai tersebut.

Ada musuh? Tapi aku tak nampak dia. Di mana?

Jauhari meneruskan perjalanannya. Dia tidak melihat ke arah belakang kerana dia berniat untuk menangkap manusia yang mengekorinya. Langkahnya hanya santai sambil cuba memberi fokus kepada bunyi tapak kaki di belakangnya. Namun, tiada bunyi. Hanya rasa diekori.

Profesional? Tak akan la dari Meliniar lagi? Aku rasa aku dah tumpaskan semua. Mustahil Fa sebab lain sangat perasaan ni. Tapi tak ada niat membunuh. Apa dia nak?

Jauhari mengambil keputusan untuk melalui lorong terpencil walaupun tiada kedai di kawasan itu. Dia mahu berdepan dengan manusia tersebut.

***

Arden berhenti melangkah setibanya dia di lorong tersebut. Sasarannya hilang sekelip mata. Dia tercari-cari kelibat Jauhari di kawasan itu. Perasaan bimbang mula menguasai dirinya. Tambahan pula, dia tahu manusia itu sangat bahaya bukan kerana gelarannya sebagai ketua yakuza Shinigami tetapi gelarannya sebagai 'Ghost' di luar negara. Ghost yang memburu kepala ahli kumpulan Meliniar yang kecoh beberapa bulan lepas.

"Kau siapa?" soal satu suara dari belakang Arden.

Arden dapat merasakan sesuatu yang panjang dan keras berada pada leher kanannya. Sesuatu itu ialah kipas tangan milik Jauhari. Kipas tangan itu bukan kipas tangan yang biasa. Kipas tersebut kalis peluru dan mampu menjadi sebilah pisau yang tajam.

Teknologi milik SHIN Protection tidak kalah hebatnya berbanding teknologi milik Eagle Eyes Spectral. Hanya dua buah organisasi itu tidak berada di bawah satu bumbung yang sama. Masing-masing memiliki pakar dalam bidang gajet berteknologi tinggi.

Arden mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. "Saya, Saber. Saya bukan musuh." Cara dia bercakap berbeza dengan ahli-ahli yang lain kerana dia sedang berbicara dengan ketua yakuza.

"Apa kau nak?"

"Saya nak rekrut kamu dan adik kamu masuk sertai organisasi kami."

"Organisasi?"

"Eagle Eyes Spectral perlukan khidmat kamu berdua."

Jauhari melepaskan Arden. Dia berjalan ke hadapan Arden. "Haih. Hari tu EVOS. Sekarang ni Eagle Eyes Spectral pula. Hantar orang lain tak boleh ke?"

"Tak boleh. Sebab kad ID organisasi dah diprogramkan. Kami tak boleh terima orang lain," beritahunya dengan sopan.

Jauhari menyimpan kipas tangan ke dalam poket baju sejuk. "Aku ada perjanjian kalau kau nak aku kerja dalam organisasi tu."

Arden mengeluarkan dua kad ID organisasi yang berwarna hitam untuk diserahkan kepada Jauhari. "Kad ID organisasi ni untuk pengesahan ahli. Malam esok. Pukul 9:00 malam. Saya akan berikan lokasi untuk berjumpa dengan bos kami."

"Aku tak boleh terima kerjasama tanpa tahu maklumat dan objektif," katanya selaku seorang ketua keluarga.

Arden mendiamkan diri seketika untuk mencari idea. "Maklumat dan objektif akan diberitahu pada malam esok. Saya hanya pengantara untuk hantar kad ni."

Jauhari melihat ke arah kad tersebut. "Beritahu aku. Siapa nama ketua kau."

"Nama?"

"Ya. Untuk ikat kepercayaan aku terhadap kau."

"Rafizul Zahari."

"Nama kau pula?"

"Arden Zahari."

"Eh?"

"Err...," Arden garu kepala kerana rasa janggal. "Abang. Ibu lain. Tua 10 tahun daripada saya."

"Ayah kau mana?"

"Tak tahu. Saya tak pernah jumpa ayah sejak kecil."

Bahu kiri Arden ditepuk. "Tabahlah."

Selepas itu, Jauhari mengambil dua keping daripada tangan kanan Arden. "Welcome To Eagle Eyes Spectral. Codename, Nightmare," kata operator kad tersebut.

Eh? Macam mana kad ni tahu nama samaran aku sebelum ni?

Jauhari memandang curiga kepada Arden. Arden pula cuba senyum walaupun dia sendiri perasan pandangan yang tidak menyenangkan itu.

"Abang!" jerit seseorang lalu terjun dari sebuah bangunan.

Dia berdiri di antara Jauhari dan Arden. "Jangan cuba buli abang aku."

"Kau ikut aku juga?" tanya Jauhari kepada adiknya.

Faiz melihat ke arah abangnya. "Kenapa abang tinggal saya?"

"Aku nak beli hadiah untu birthday kau. Kau ikut aku kenapa?"

"Kenapa tak beritahu awal-awal? Saya pun nak ikut juga," kata Faiz dengan bersemangat.

Jauhari tepuk dahi. "Sebab ni aku tak nak beritahu kau."

Arden hanya melihat si budak pendek berhud di hadapannya. Dia langsung tidak sedar sejak bila si pendek ini ada di kawasan itu. Ada kemungkinan itu ialah manusia yang dia cari.

"Nah, kas kau." Sekeping kad diberikan oleh Jauhari kepada Faiz.

Faiz mengambilnya. "Kad apa ni?"

"Welcome to Eagle Eyes Spectral. Codename, Ninja Cat."

"Wow. Sesuai sangat." Jauhari ketawa.

"Ni hadiah birthday ke?"

"Ya. Abang tu bagi."

"Tapi lain macam." Faiz melihat ke arah Arden.

Arden hanya senyum manis. "Hai. Saya, Saber."

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now