BAB 67

82 9 2
                                    

TAK!

Sesuatu berbunyi ketika semua manusia sedang lena diulik mimpi indah. Bunyi itu kedengaran sangat kuat dan dekat. Suasana sepi menambahkan lagi keseraman di dalam bilik tidur yang gelap ini.

Seketika kemudian, pintu bilik dibuka. Bray baru sahaja selesai ke tandas. Dia terus tutup pintu bilik dan sambung tidur.

ZIII!

Bunyi geseran itu mengganggu pendengaran Bray. Bray tidak peduli. Dia terlalu mengantuk memikirkan hal itu. Telinganya ditutup dengan bantal.

"Chi~" Suara seorang lelaki kedengaran sayup-sayup dari bawah katil.

"Chi~" Kata-kata yang sama diulang. Suara itu semakin keras dan nyaring seperti sedang marah.

Seseorang berdecit kerana mendengar suara yang bising itu. Terganggu lenanya. "Hoi, aku nak tidur. Jangan kacau la. Penat tahu tak?" tengking orang itu.

"Chi~"

"Diamlah!" jeritnya sambil pejam mata. Selimut ditarik dengan kasar. Bray pula yang kesejukan.

"Chi!" jerit suara itu.

Jejaka itu terus selak selimut dan duduk di atas katil. Marah tapi hairan. Dilihat ke arah sahabatnya, sudah lena. Jadi, siapa yang bersuara tadi?

"Chi~" Suara itu kedengaran tenang sedikit berbanding tadi.

Tiba-tiba selimut ditarik ke bawah katil dan jejaka itu turut tergolek ke atas lantai. Tangannya menyentuh sesuatu di bawah katil. Matanya terus memberi tumpukan pada sesuatu itu. Sesuatu dipegang dan dibawa keluar dari situ.

"Mangetsu?" Dia terdiam. Perasaan yang dialami di rumah Hakuzen tadi tiba-tiba sahaja menerpa dirinya lagi.

"Chi ga hoshi. Sorera no subete wo korosu, (Aku mahu darah. Bunuh semuanya)," ujar suara yang menyeramkan itu.

Ketika ini, sesuatu menjelma di belakang jejaka malang itu. Pedang pada tangan kanannya dilihat lalu dia tersenyum. "Korosu desu ka? Yare yare, chi wo hoshi desu ka? Boku wa anata ga hoshi mono subete wo atae masu, (Bunuhkah? Oh, mahukan darahkah? Aku akan bunuh semuanya demi kau)," kata jejaka itu. Dia mahu tunaikan permintaan suara misteri tersebut.

Tangan kirinya mencapai sarung pedang dari bawah katil dan berdiri. Matanya terus tertacap ke arah Bray di atas katil. Dia tersengih lalu mengangkat pedang ke atas. Dia mahu membunuh rakannya sendiri.

"Mezameru (Sedarlah)," kata suara yang entah dari mana tapi jejaka berpedang itu mampu mendengarnya.

Dia tersedar daripada hasutan. Kepala digeleng. Tangan kanan dilihat. "Mangetsu? Kenapa aku tak boleh lepas pedang ni?" Pedang dimasukkan ke dalam sarung.

"Chi ga hoshi. Sorera no subete wo korosu, (Aku mahu darah. Bunuh semuanya)," suara Mangetsu kedengaran lagi.

Dia cepat-cepat keluar dari bilik itu sebelum dia melakukan kesalahan besar di dalam bilik tersebut. Kakinya berlari ke arah sebuah destinasi yang dia yakin mampu selamatkan dirinya daripada hasutan Mangetsu.

Tsukiyomi.

***

Mika masih bertekad untuk dapatkan kembali pedang milik bapanya. Dia sanggup menyelinap masuk dalam kawasan rumah Ame Sakura tanpa dikesan oleh sesiapa. Namun, dia tidak tahu bilik mana yang membawanya kepada Mangetsu.

Syam? Dia nak lari ke mana? Mangetsu? Aku tak boleh lepaskan peluang ni.

Dia terus terjun dari atas pokok sakura dan menyerang manusia di koridor kawasan ruang tamu khas. Syam yang ketika itu ialah Erzen segera menepis serangan pedang Mika dengan Mangetsu. Pedang itu sempat dibuka.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now