BAB 64

64 11 45
                                    

Mika membuat serangan mengunakan teknik pedang yang dipelajarinya. Dia tetap degil dan tidak peduli 'alter' mana di hadapannya itu. Dia hanya percaya sesuatu yang dilihat di hadapan matanya. Mereka perlukan bukti untuk membuatkan dia percaya.

Syam pula pegang pedang di hadapan wajahnya sambil pejam mata. Dia ketakutan. Dia tidak mahu berlawan dan dia tidak pernah berlawan. Dia takut terhadap kekerasan. Dia takut kerana kekerasan membuatkan dirinya wujud. Kisah silam menjadi mimpi ngeri dalam diri Syam sehingga alter kanak-kanak berusia enam tahun ini wujud.

Mika meluru laju ke arah Syam. Pedang kayu dihayun dan bertemu dengan pedang kayu milik Syam. Pedang kayu pada tangan Syam terpelanting. Syam mula menangis dan menjerit.

"Abang! Syam takut. Syam tak nak mati. Abang! Syam tak salah. Syam baik. Syam tak kacau orang. Syam nak balik. Tak nak duduk sini," katanya yang terduduk di atas lantai. Dia memeluk tubuh yang menggigil itu.

"Syam," panggil Bray. Dia sangat risaukan sahabatnya itu tetapi Reji masih menjadi penghalang.

Jauhari tahan diri daripada terlihat dalam pergaduhan. Dia tahu alter di hadapan mereka itu bukan alter dewasa melainkan kanak-kanak berusia enam tahun. Mahu sahaja dia layangkan si Mika itu kerana terlalu degil dan bodoh pada pandangannya.

"Hoi! Jangan nak berlakonlah. Lawanlah betul-betul," tengking Mika yang sudah hilang sabar.

"Abang Qash. Syam nak balik. Tak nak duduk sini. Syam janji tak keluar tanpa izin abang lagi. Nak balik," gumamnya sambil menangis teresak-esak.

"Bangunlah. Sampai bila kau nak duduk situ? Jangan fikir aku akan bagi Mangetsu macam tu je. Tak kira apa alasan kau. Mangetsu tetap milik aku," kata Mika. Pegangan pedang dikemaskan.

Faiz tersedak ketika mengunyah bertih jagung. Matanya yang melihat Mika tadi dialihkan ke arah Syam.

"Qashmir," kata Faiz perlahan.

Jauhari melihat adiknya kerana dia merasakan lengan kiri yukata dipegang oleh Faiz. "Kenapa?"

"Mika akan mati. Dia dah buat Qashmir marah."

Kawazaki dan Hakuzen turut melihat Faiz. "Dia bahaya ke?" tanya Kawazaki.

Lengan yukata Jauhari dilepaskan. Leher sendiri disentuh. "Dia bukan yang kita boleh lihat dengan mata kasar. Dia penuh dengan penipuan. Helah. Manusia yang tak jujur dengan hati. Walaupun dia nampak biasa je. Tapi hati dia bila-bila masa je boleh ubah diri dia."

Jauhari dan Kawazaki tidak menyangkal hal itu jika perkara sedemikian dikata oleh Faiz sendiri. Tambahan pula, Faiz boleh tahu jika seseorang itu menipu atau tidak. Dia bagaikan boleh melihat terus ke dalam hati dan minda seseorang walaupun tanpa diseksa.

"Tak ada sesiapa boleh rasa aura membunuh daripada dia. Tiada sesiapa bersiaga untuk halang dia," kata Jauhari yang mampu merasainya.

Syam berdiri. Mika mula bersiap sedia untuk melakukan serangan lagi. Dia tidak mahu mengalah kerana dia perlu pertahankan pedang milik bapanya. Kedegilan itu tidak mampu dibawa bincang lagi.

"Mangetsu akan jadi milik aku. Kau akan kalah kali ni. Aku tak akan berikan Mangetsu walaupun kau merayu." Serangan dimulakan. Teknik serangan asas Mori No Tenge menjadi pilihannya.

Dia mencapai pedang kayu di atas lantai. "Sebagai manusia. Awak patut ada nilai kemanusiaan. Tapi di mana? Hanya kekejaman. Setiap manusia ada dosa yang dibuat sebab tiada manusia yang sempurna. Tapi kekejaman bukan jalan penyelesaian. Itu hanya jalan menuju ke neraka dengan dosa. Menyerang golongan yang lemah bukan sesuatu yang boleh dibanggakan tapi hanya petunjukan sampah. Kekuatan bukan untuk menindas tapi untuk melindungi. Awak bukan manusia sebenar melainkan manusia berhatikan syaitan," katanya dengan tenang sambil menanti serangan Mika.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now