Dua hari selepas mesyuarat di rumah Falcon berkaitan pengejaran Bardon di Jepun. Arden, Rafizul, Zhong dan ahli Falcon lain berada di bawah jagaan SHIN Protection selepas Amra menandatangani surat perkhidmatan SHIN Protection yang diberikan oleh Umar pada hari yang sama.
Amra mengambil tindakan tersebut kerana dia sendiri tidak percaya dengan ahli Eagle Eyes Spectral setelah kejadian SERA-A di bangunan utama Eagle Eyes Spectral sebelum ini. Hal itu juga menyebabkan dia tinggalkan Zetta untuk memantau keselamatan Arden.
"Wow, besarnya rumah. First time jejak kaki dalam kawasan rumah yakuza. Macam dalam cerita anime," kata seorang jejaka yang sangat teruja ketika berjalan melepasi pintu pagar rumah yakuza Ame Sakura.
"Shuuu~ Diam sikit. Nanti orang dengar," bisik rakannya yang berambut kuning itu.
"Biarlah orang dengar. Mereka bukan faham pun aku cakap apa," katanya dengan berlagak.
Rakannya yang seorang lagi hanya mengeluh. Mereka bertiga tidak sepatutnya datang ke sini tetapi disebabkan oleh manusia bernama RaSIS ni. Mereka terpaksa ikut sekali demi keselamatan rakan mereka. RaSIS mahu ikut serta dalam tugas menjejak Bardon kerana dia mahu tengok rumah yakuza. Alasan yang mudah.
Manusia yang berbaris di hadapan pintu itu dilihat. Mereka sedang memberi tunduk hormat kepada rombongan Faiz. RaSIS pula semakin teruja. Dia rasa dirinya dihormati walaupun bukan untuk dia.
Langkah mereka berhenti sebaik sahaja sampai di dalam rumah. Faiz melihat ke arah mereka. "Ni, Watari. Orang kanan aku dekat sini. Kau orang ikut dia cari bilik. Aku nak cari abang kejap."
Mereka memberi perhatian kepada seorang jejaka yang berdiri tidak jauh dari situ. Jejaka itu mengenakan kemeja lengan pendek yang berbunga-bunga dan seluae jeans hitam. Rambutnya berwarna perang. Telinga kirinya bersubang. Pada leher kanannya pula terdedah sebahagian daripada tatunya.
Faiz melanjutkan bicaranya. "Watari. Ni semua kawan Abang Zao. Amra, Syam, Badri dan Safuan."
"Selamat berkenalan. Nama saya, Subaru Watari."
***
Satu per satu bangunan dilompat sambil mencari sesuatu. Topeng pada wajah dibuka sedikit lalu hidungnya bergerak-gerak seperti sedang menghidu sesuatu. Kemudian, topeng dibetulkan pada wajahnya.
"Mitsuketa, Zao-chan." Dia tersengih di sebalik topengnya kerana dia sudah jumpa lokasi sesuatu atau seseorang yang dicarinya.
Kakinya pantas berlari dan melompat ke arah destinasinya. Tangan kirinya pula memegang pedang pada pinggang untuk bersiap sedia melakukan serangan.
"Zao-chan. Zao-chan. Zao-chan. Okaeri, Zao-chan," katanya yang kedengaran sangat gembira.
Pedang dibuka dari sarung. Dia melompat pada dinding dan berlari sebelum dia menyerang sasarannya di hadapan gerai dango. Pedang dihayun tepat pada leher sasarannya. Pekerja di gerai itu pula menyorok di bawah meja kaunter apabila melihat kemunculan manusia di belakang pelanggannya.
"Zao-chan. Shinu!" katanya sambil menghayun pedang sekuat tenaga.
Pergerakannya terhenti. Kakinya juga tidak dapat bergerak. Pedang pula sudah berhenti di tempat sasarannya berdiri tadi tetapi manusia itu tiada di situ.
"Try again next time," kata Shin Zaori atau Jauhari Shin sambil berlalu pergi dari situ.
Pedang digenggam erat kerana kemarahannya. "Oi! How dare you leave me alone?" Dia mengejar Jauhari.
"Alamak. Anjing mengamuk. Lari." Jauhari melarikan diri.
"Inu jannai. Aho! Boku wa okami," tengkingnya yang memahami bahasa Melayu tetapi tidak berapa fasih berbahasa Melayu.
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...