BAB 20

89 13 8
                                    

Pandangan seorang jejaka dialihkan daripada siling putih kepada sekeping kad berwarna hitam dengan jalur neon berwarna merah pada tangan kanannya. Kad itu miliknya tetapi dia teringatkan tentang seseorang setiap kali dia melihat kad tersebut kerana orang itu memiliki kad yang sama pada suatu masa dahulu.

"Kakak," kata Arden yang berbaring di atas katilnya.

Matanya dipejam sambil menempatkan kad ID organisasi Eagle Eyes Spectral pada dadanya. Mindanya mula mengorek memori silam tentang dirinya dan kakak kesayangannya. Andai sahaja mereka tidak terlibat dalam misi bahaya pada malam itu, kakaknya pasti masih hidup lagi.

"Semua ni salah dia," katanya perlahan.

***

[IMBAS KEMBALI]

Arden memerhati seorang wanita sedang berdiri di hadapan papan strategi. Dia tidak pernah melihat papan berwarna merah itu sebelum ini. Sebelum ini dia hanya melihat papan berwarna putih sahaja di dalam bilik kapten ini.

"Kakak. Ada apa panggil, Ar?" Pintu bilik tersebut ditutup.

Wanita bernama Arma Zahari melihat ke arah adik kesayangannya. Dia tersenyum lalu menekan satu butang di sebalik bingkai gambar berhampiran papan strategi. "Saja nak jumpa adik kesayangan. Tak boleh?"

"Hari-hari jumpa pun tak puas lagi ke?" Arden menuju ke arah sebuah kerusi bertentangan dengan meja kerja Arma. Dia duduk di situ.

Arma ketawa. "Bukan selalu pun kita berjumpa berdua. Sejak akhir-akhir ni Ar banyak habiskan masa dalam misi je. Akak pula ada kerja lain." Dia mengambil tempat di atas kerusinya.

"Kakak ada sesuatu nak bincang ke?"

Arma senyum kerana dia sangat mengenali adiknya. "Ar tahu saja apa yang ada dalam fikiran akak."

Arden tersipu-sipu. "Mestilah Ar tahu. Bukan baru semalam kenal kakak."

Sekeping kad ID berwarna hitam dengan jalur neon merah dikeluarkan dari sebalik kotnya lalu diletak di atas meja. Arden hanya melihat kad hitam milik kakaknya itu. Kemudian, dia melihat ke arah Arma.

"Kenapa dengan kad ni?" soal Arden yang ingin tahu tujuan Arma.

"Suatu hari nanti. Kalau apa-apa jadi kepada akak. Ar selongkar semua kad ni."

"Semua?"

Arma angguk kepala. "Ya. Bukan kad akak je. Ar akan faham juga nanti. EES sebenarnya ada tujuan sendiri yang kita tak tahu. Ar mesti nak tahu, kan?"

Arden memegang tangan kanan Arma. "Kakak janganlah cakap macam tu. Ar akan lindungi kakak. Ar janji."

"Terima kasih, Ar. SABER selama-lamanya. SABER bukan atas nama. Ayah mesti harapan perkara yang sama sebab tu ayah tinggalkan kita," kata Arma.

Namun, Arden tidak memahaminya. Kata-kata itu sudah biasa didengarinya sejak kecil sehingga kini. Sehingga nama kod dia juga sebagai SABER. Tiada sesiapa yang tahu tentang makna sebenar di sebalik SABER walaupun organisasi itu sendiri. Malah, kad milik Arden diberi nama oleh Arma sebelum kemasukkannya dalam organisasi ini.

[TAMAT IMBAS KEMBALI]

***

"Maafkan, Ar. Kalaulah Ar ada masa tu. Kakak tak akan pergi untuk selamanya," kata Arden sambil mengalirkan air mata. Wajahnya ditutup pada bantal.

TIT! TIT! TIT!

Air mata segera dikesat. Kad pada tangan kanannya dilihat lalu ibu jari tangan kanan ditempatkan dalam bulatan kad tersebut. Kemudian, terpapar panggilan masuk daripada ketua organisasi, Rafizul. Arden mampu melihat wajah Rafizul melalui panggilan video itu.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now