BAB 63

56 13 16
                                    

Rumah keluarga yakuza milik Hakuzen dilihat dengan perasaan gerun oleh Syam kerana di bahagian pintu masuk berdirinya beberapa manusia bertubuh sasa dan bersenjatakan pistol pada pinggang masing-masing. Dirinya pula berada di antara Bray dan Safuan seperti mahu menyorokkan perasaan takutnya itu.

Bukan hanya mereka bertiga, Jauhari dan Kawazaki turut berada di situ. Amra tidak ke sini kerana dia berada di markas Echizen untuk meneruskan pemantauan lokasi SERA-A. Faiz pula memiliki tugas untuk menculik Claude bersama ahli pasukan ninja miliknya. Tiada sesiapa akan perasan kejadian itu sekiranya dilaksanakan oleh ahli ninja profesional seperti Faiz.

"Selamat datang, Kawazaki. Dah lama tak jumpa," kata Hakuzen. Dia bersalaman dengan Kawazaki di hadapan pintu rumah.

Salaman diterima. "Ya. Dah berapa tahun agaknya? Kau pun asyik sibuk je dengan kerja di luar daerah."

Salaman dileraikan. "Sekarang dah tak sibuk sangat. Sebelum ni je sibuk sebab macam biasalah. Kau pun tahu kerja aku, kan?" Dia ketawa.

Kawazaki menepuk bahu kanan Jauhari yang bertopeng sebagai ketua Shinigami. "Kenalkan. Ini anak aku, Shin Zaori. Ketua keluarga Shinigami. Dia datang sini sebab nak jalinkam hubungan baik dengan keluarga kau."

Jauhari menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Salaman diterima dengan mesra. "Dah besar rupanya anak kau. Pertama kali aku jumpa dulu kecil lagi. Tapi kenapa bukan Ame Sakura?"

Kawazaki mengeluh. "Masing-masing ada ideologi sendiri. Macam kau dan isteri kau."

Hakuzen tersentap. "Haha... Aku faham. Susah betul kalau berbeza ideologi. Tapi isteri aku bukan yakuza." Salaman dilepaskan.

Matanya beralih pula ke arah Syam, Bray dan Safuan. "Mereka pula?"

"Mereka kawan-kawan anak aku. Yang di tengah tu, dengar cerita dicabar oleh anak Echizen untuk berlawan demi Mangetsu," beritahu Kawazaki.

Syam kecut perut. Dia hanya tersengih janggal tatkala dirinya menjadi perhatian Hakuzen. Hakuzen mula membuat penilaian berdasarkan fizikal Syam.

Jadi, dia ni la murid Echizen? Tapi tak macam Echizen. Kenapa pilih orang macam dia? Apa kelebihan dia?

"Mereka datang ke negera ni sebab tugas."

"Tugas? Dari organisasi mana?" Hakuzen kembali melihat rakannya.

"Eagle Eyes Spectral, EES," jawab Jauhari.

"Viscount?" kata Hakuzen perlahan.

Dia bukan tidak kenal orang itu kerana pekerjaannya juga tidak lari daripada mengenali nama-nama orang seperti itu. Hanya sahaja dia berselindung disebalik identiti yakuza kerana tidak mahu menjadi perhatian orang lain. Tambahan pula, semua orang percaya bahawa Guardian sudah tidak wujud selepas kejadian kemalangan keluarga utama Guardian. Namun, mereka masih wujud dengan identiti lain.

"Mari kita ke dojo. Mika dan yang lain dah tunggu di sana. Sambil tengok mereka berlawan. Bolehlah kita berbincang," ajak Hakuzen.

Mereka mengatur langkah menuju sebuah dojo di sebelah kanan rumah Hakuzen. Ketika ini Claude mengintai tingkap biliknya untuk melihat manusia-mansia yang menjadi tetamu Hakuzen. Dia bimbang jika identitinya terdedah kerana dia kurang percaya dengan Shinori. Shinori tidak memiliki pengikut dan menggunakan pengikut Hakuzen sebagai pengawal Claude. Hakuzen pula seperti tidak menyukai Claude berada di dalam rumahnya.

"When she will return? This place..."

"Where you want to go, old man?"

Claude pusing ke belakang tatkala mendengar suara seorang lelaki. Tiada sesiapa di dalam biliknya. Hatinya tidak tenang. Dia segera berlari ke arah katil dan mencapai pistol di bawah bantal.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now