BAB 10

106 16 14
                                    

Kesepian malam menjadi pentas manusia yang bergelar 'rakyat dunia gelap' untuk beraksi. Mereka ada di mana-mana sahaja tetapi hanya pihak berkuasa yang tidak mampu menjejaki mereka. Kelicikan beberapa ahli organisasi gelap ini bukan biasa-biasa. Tambahan pula, mereka sudah pandai bersembunyi di sebalik nama-nama besar dan berpengaruh.

Tempat yang sering menjadi pilihan mereka ialah kelab malam kerana ramai orang awam ada di situ. Proses jual beli 'barang' juga di lakukan di situ. Ada kalanya tempat seperti itu diserbu oleh pihak polis untuk melakukan siasatan jika terdapat aduan atau memang dalam tugas mereka untuk memeriksa setiap pelanggan di sana.

Bukan hanya di kelab malam, mereka juga terlibat dalam beberapa perniagaan lain termasuklah membunuh. Waktu malam di kawasan yang sepi atau mungkin ramai orang. Ada kemungkinan salah seorang daripada orang awam ialah sasaran mereka. Tiada sesiapa yang tahu.

BANG!

Arden terkejut mendengar bunyi tembakan ketika di dia mahu masuk ke dalam keretanya. Bertambah hairan apabila dirinya dipeluk oleh seseorang sehingga terguling di atas tanah. Pelukan itu sangat erat.

"Kau okay ke?" tanya suara garau itu sambil melepaskan pelukan tersebut.

Arden melihat ke arah manusia misteri yang berpelitup muka. Pelitup muka itu berwarna hitam. Begitu juga dengan pakaiannya. Dia memakai jaket berhud, seluar jeans dan kasut kombat. "Ya. Terima kasih."

Lelaki itu berdiri dan melihat ke arah sekeliling untuk mencari si penembak. Jejak si penembak hilang daripada pandangannya. Dia menghulurkan tangan kanan kepada Arden. Arden menerima bantuan lelaki misteri tersebut. Dia berdiri.

"Macam mana boleh tahu ada orang nak tembak saya?" tanya Arden kepada lelaki itu sambil mencari si penembak juga.

"Kebetulan," jawabnya.

"Kebetulan? Sepantas itu?"

"Kebetulan," ulangnya lagi.

Arden merenung manusia itu dengan tanda tanya. "Kita pernah jumpa sebelum ni?"

"Tak," pantas dia menjawab.

Kenapa aku rasa macam pernah jumpa. Tingginya dia ni.

"Dia dah tak ada di kawasan ni. Lebih baik kamu pergi sekarang," beritahunya kepada Arden.

"Macam mana kamu tahu?"

"Firasat," jawabnya.

"Firasat, ha?"

Arden mendiamkan diri dan masih memerhati manusia di hadapannya itu. "Kamu ada potensi," katanya sambil memegang dagu sendiri.

"Potensi?"

Sekeping kad berwarna hitam dikeluarkan dari dalam poket jaket lalu dihulur kepada manusia itu. "Apa kata kalau kamu sertai saya?"

"Untuk apa?"

Arden terdiam sejenak. Dia berfikir seketika. Mungkin dia terlalu tiba-tiba. Mereka juga baru sahaja berjumpa. Memang tidak hairan jika menjadi satu persoalan yang besar pada ketika ini.

"Tak apalah. Tak jadi," kata Arden.

Dia mahu menyimpan semula kad tersebut tetapi manusia misteri itu tiba-tiba sahaja mengambil kad tersebut sepantas kilat. Arden sedar sahaja, kad itu sudah hilang daripada tangannya. Arden melihat ke arah orang itu kerana terkejut terhadap tindakan tadi.

"Welcome to Eagle Eyes Spectral. Codename, Unknown."

"Eh? Unknown?" Arden terkejut mendengar nama kod lelaki misteri itu.

"Unknown," katanya dengan bangga.

"Boleh saya tahu nama kamu?"

"Unknown."

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now