Loceng rumah berbunyi. Dato' Azmi segera membuka pintu rumahnya. Tambahan pula, dia dan isterinya memang mahu keluar pada pagi ini untuk membeli barang dapur.
"Assalamualaikum," sapa Ramadhan di hadapan pintu itu.
"Waalaikumsalam. Eh? Kamu buat apa di sini?"
"Syam tak beritahu saya nak datang sini hari ni?" Ramadhan terpinga-pinga.
Dato' Azmi termenung seketika. "Tak ada. Tapi kamu buat apa di sini?"
"Saya..."
"Selamat pagi, papa."
Dato' Azmi melihat ke arah tingkat dua. "Selamat pagi. Lambatnya bangun. Dah subuh ke belum?"
Dia mengeliat sambil turun tangga. "Nak subuh la ni. Tapi lapar. Makanan ada?"
"Ada," jawab Dato' Azmi.
"Papa nak pergi mana? Bau minyak wangi satu rumah."
"Shopping barang dapur dengan mama."
Remaja itu senyum lebar. "Nak ikut. Nak beli KFC. Dah lama tak makan."
RaSIS?
Ramadhan tepuk dahi. Dia baru teringat sesuatu pada dua hari lepas. Dia sebenarnya beritahu RaSIS bahawa dia akan datang ke sini pada hari Ahad untuk membantu Syam menulis aksi berlawan.
"Habis tu? Ramadhan ni macam mana?"
"Ramadhan?"
RaSIS merenung ke arah seseorang yang kelihatan samar-samar baginya. Sudahlah dia tidak memakai cermin mata atau kanta lekap.
"Pedo?" kata RaSIS.
"Pedo?" soal Dato' Azmi yang memandang curiga ke arah Ramadhan. Ramadhan pula geleng kepala.
"PEDOman," tambah RaSIS.
"Eh, bukan. Pedoman. Manusia yang menjadi idola. Pedoman. Bukan PEDOman," RaSIS cuba membetulkan sebutannya.
Hancur reputasi aku. Tak guna betul budak RaSIS ni. Tak ada nama panggilan lain ke? Malunya aku. Boleh aku balik sekarang?
***
Sebuah buku nota diletak di atas meja ruang tamu. Ramadhan sendirian di situ sementara menunggu seseorang selesai mandi. Dua orang lagi anak majikan ada di dalam bilik mereka.
"Tapi dia boleh faham apa aku tulis? Dia tak ada pengalaman dan imaginasi kurang. Aku pula tak tahu melukis. Orang lidi ni berguna ke?" omelnya sambil membuka buku nota.
Beberapa teknik seni bela diri ditulis dan dilukis menggunakan orang lidi. Semua nota itu dibuat dalam masa dua hari sejak dia bertemu dengan Syam sebagai Erzen - Night Messenger tetapi Syam sudah tidak memanggilnya dengan nama Erzen. Hal ini demikian kerana dia pernah diberitahu oleh seseorang tentang identiti sebenar Night Messenger ketika dia bertemu dengan Ramadhan di bangunan A'm St. Holding.
Seseorang membuka pintu bilik Syam dan menuju ke ruang tamu. Ramadhan melihat ke arah manusia itu untuk mengenalpasti identiti sebenar remaja yang menghampirinya.
"Maaflah sebab buat Encik Ramadhan tunggu lama. RaSIS kata, dia terlupa beritahu saya Encik Ramadhan nak datang sini hari ni. Saya pun terkejut juga tengok nota depan pintu bilik tadi," kata Syam lalu duduk bertentangan dengan Ramadhan.
Akhirnya, Syam tiba. Aman dunia aku. RaSIS tu menakutkan betul mulut dia.
"Encik Ramadhan."
Ramadhan tersedar daripada lamunan. "Ya. Syam. Ini saya dah siapkan nota untuk kamu. Harap kamu faham. Saya tak tahu melukis."
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...