BAB 9

95 15 11
                                    

RaSIS merenung kad yang kelihatan sangat asing pada pandangannya. Kad itu memiliki lakaran gambar dan lingkaran bulatan berwarna biru neon. Terdapat sebuah lambang organisasi pada bucu atas bahagian kanan kad. Kad tersebut dikenal sebagai kad ID organisasi.

Dia menekap ibu jari tangan kanan pada bulatan tersebut. Maka, terpapar sebuah skrin lut sinar seperti yang dikatakan oleh Saber sebelum ini. Beberapa senarai seperti tertingkap ada pada paparan itu. RaSIS menekan ikon yang tercatat perkataan 'mesej' apabila terdapat satu mesej yang tidak dibaca.

Kemudian, dia menekan gambar lokasi yang dikongikan oleh SABER. "Canggih," katanya dengan perasaan teruja.

"Apa agaknya yang akan berlaku lepas ni?"

"You have call from SABER," beritahu operator kad tersebut kepada RaSIS.

RaSIS segera menekan paparan ikon telefon berwarna hijau pada skrin itu. Wajah Saber memenuhi ruang kamera. "9:00 malam dah ada di sana. Jangan lambat," pesan Saber kepada RaSIS.

"Aku tahulah," kata RaSIS. Panggilan ditamatkan oleh Saber.

"Wah~" RaSIS sebenarnya masih berada dalam mode teruja.  Matanya bagaikan sedang bersinar pada ketika ini.

***

Arden melihat Zhong kelam-kabut menekan papan kekunci komputer riba di meja ruang tamu. Wajah Zhong kelihatan tertekan pada ketika ini. Arden menjenguk kepalanya dari belakang Zhong kerana dia memang sedang berdiri di situ untuk membancuh kopi suam di ruangan dapur.

Bilik ketua memang istimewa sedikit. Terdapat satu ruangan khas untuk masak guna oven di dalam bilik ini. Ada pemanas air dan peti sejuk. Maka, seorang ketua kumpulan tidak perlu turun ke tingkat bawah untuk membancuh minuman.

"Arghhh! Tak guna, Keyboard Warrior! Laptop aku baru je elok. Dia hack lagi. Apa masalah dia sebenarnya? Dah la susah nak cari. Kad ID aku bagi pun dia tak aktifkan lagi," Zhong marah.

"Sabar, bro. Dia nak perhatian kau la tu. Kurang perhatian agaknya," kata Arden lalu ketawa. Dia mengacau kopi suam di dalam cawan menggunakan sudu.

"Sabar apanya? Aku tengah buat kerja ni. Baru je nak hantar laporan. Dia pula buat hal," adunya.

Arden berjalan ke arah sofa di sebelah kanan Zhong bersama-sama secawan kopi. Dia duduk di situ. Cawan tadi diletakkan di atas meja tersebut. "Meh, aku tengok."

"Kau reti ke? Nanti jahanam pula laptop aku."

Arden tersengih. "Belum cuba, belum tahu."

Zhong pandang geram ke arah Arden. Arden pula mencapai komputer riba itu dan diletak di hadapanya. "Uish. Ni memang nak perhatian betul ni. Hacker mana minat kau ni?"

"Entah. Ni semua bos punya pasal. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa keadaan."

Arden ketawa kecil. "Bukan selalu."

"Ceh. Kau macam mana?" soalnya. Siku tangan kiri diletakkan pada lengan sofa. Dia meongkat dagu sambil melihat ke arah rakan sekerjanya.

"Dah selesai. Tadi aku dah cek. Semua dah on ID masing-masing," beritahunya.

"Untungnya kau."

"Tak akan la kau tak dapat seorang pun?"

"Seorang? Hmm... Entahlah. Dia dah on ID. Tapi aku tak tahulah dia nak join atau tak."

"Kenapa pula?" soal Arden sambil menekan papan kekunci komputer riba itu dengan pantas.

"Hari tu aku ada bunuh orang depan dia dan adik dia. Tapi bukan salah aku. Aku tak boleh kawal marah masa tu sebab Ah Long tu culik adik dia. Lepas tu minta bayar hutang yang tak masuk akal. Daripada ribu boleh jadi juta kalau nak lepaskan adik dia. Lagi pun, tak mustahil mereka akan ganggu keluarga dia lagi," jelas Zhong supaya Arden tidak salah faham terhadapnya.

"Kau dah bersih kawasan tu?"

"Dah."

"Bos tahu?"

Zhong terkial-kial. "Kau janganlah beritahu bos. Nanti aku kena marah pula," katanya perlahan seperti sedang berbisik.

"Aku tak beritahu kalau kau sendiri tak nak beritahu. Kau fikir, kau seorang je ada dark side?" Arden angkat kening ke arah Zhong.

"Kau pun pernah buat silap ke?"

"Banyak kali. Tapi kakak aku yang cover masa tu. Sekarang..." Dia senyum kelat.

"Aku kena urus sendiri kesilapan aku dan cover orang bawahan pula, kan?" katanya ketika melihat ke arah Zhong. Dia senyum walaupun rasa terpaksa.

Hatinya masih sedih tatkala teringat tentang arwah kakak kesayangannya. Zhong tepuk bahu kiri Arden. "Kau boleh buat. Aku yakin kau boleh kawal dua yakuza, dua mafia dan seorang psiko. Seorang lagi?"

Arden geleng kepala. "Aku tak ada cadangan. Kau ada?"

"Tak ada." Tangan kanannya dialih dari bahu kiri Arden.

TIT! TIT!

Zhong terkejut mendengar bunyi tersebut. Pantas dia mengeluarkan kad ID organisasi miliknya dari sebalik jaket kerja berwarna hitam dengan jalur pada hujung lengan. Jalur itu berwarna kuning.

Cap jari diimbas pada kad tersebut selepas ibu jari menyentuh bulatan. Skrin lut sinar muncul secara automatik. Terdapat satu ikon yang tertera 'FALCON' menunjukkan satu mesej yang tidak dibaca.

Zhong menekan ikon tersebut. Nama Keyboard Warrior terpapar di dalam ikon itu. Hal ini menandakan bahawa si pengodam itu telah menyertai organisasi tersebut. Zhong kelihatan terkejut. Dia melihat ke arah Arden.

"Dah siap. Laptop kau dah okay. Lepas ni tak ada orang kacau sebab aku dah bagi banyak perhatian dekat dia," kata Arden lalu menolak komputer riba itu ke arah Zhong.

"Macam mana kau buat?"

"Buat? Aku cuba je."

"Tak. Maksud aku..." Dia tunjuk paparan skrin lut sinar itu kepada Arden.

"Dia dah on ID," sambungnya.

"Good news for you," ujar Arden tanpa menjawab soalan rakannya itu.

***

Seorang gadis sedang menggigit kuku tangan kanan sambil melihat komputer ribanya. Wajahnya kelihatan geram terhadap seseorang. Jari tangan kirinya menekan papan kekunci komputer riba tetapi tiada tidak balas. Skrin komputer ribanya juga berwarna hitam.

"Tak guna. Macam mana dia boleh hancurkan laptop aku? Fake door. Trap! Sebelum ni tak macam ni. Dia memang saja nak paksa aku join dia. Tak apa. Aku jumpa nanti. Siaplah dia," bebelnya.

"Lepas ni aku akan pastikan laptop dia pula rosak. Sebelum ni aku tak rosakkan semua sistem pun. Aku acah-acah je." Dia masih gigit kuku.

"Lepas ni aku cari pasal maklumat peribadi kau pula. Geramnya aku!" jeritnya di dalam bilik.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now