BAB 56

88 11 10
                                    

[IMBAS KEMBALI]

Larian seorang lelaki terhenti di hadapan sebuah rumah. Dia sempat melihat ke arah kanan dan kiri sebelum dia melompat masuk ke dalam kawasan rumah seseorang. Tingkap bilik di tingkat dua dilihat. Cepat-cepat dia memanjat rumah mewah tersebut untuk menuju ke arah tingkap yang dibuka luas oleh si pemiliknya.

Dia berjaya masuk ke dalam bilik seseorang. Suasana bilik dilihat. "Fuh, nasib baik kali ni betul bilik ni. Macam mana aku boleh sesat rumah hari tu. Nasib baik bilik tu tak ada orang."

Dia duduk bersandar pada dinding dan membuka kasut kulit. Kasut diletak pada tepi dinding. Kemudian, dia mengintai seketika pada tingkap. Matanya menangkap dua orang manusia sedang berlegar di hadapan rumah itu. Perlahan-lahan pintu jendela ditarik untuk ditutup sebelum menarik langsir.

"Lega. Sempat sampai," katanya.

Poket seluar pada sisi kanan diseluk. Sebuah pemacu kilat berwarna hitam dikeluarkan. "Ada berapa banyak benda ni sebenarnya?"

Bunyi pintu bilik mandi menarik perhatian lelaki itu. Dia segera melihat ke arah manusia yang keluar dari itu. Manusia itu turut melihat ke arahnya. Tidak berkelip mata manusia itu tatkala melihat seorang lelaki berpelitup muka berwarna hitam sedang bersila di tepi dinding biliknya.

Night Messenger? Kenapa dia datang sini lagi? Aku fikir dia dah tak datang sini waktu malam.

"Hai, Syam. Lama tak jumpa," sapanya dengan mesra.

Syam segera menerpa ke arah pintu bilik lalu dikunci pintu itu. Lampu bilik juga ditutup. Bimbang ahli keluarga dia menyedari tentang kewujudan manusia misteri ini. Lelaki itu ketawa kecil dan menekan suis pada lampu tidur di atas meja berhampirannya.

Syam menghampiri lelaki itu seperti dia mengenalinya. "Apa Encik Ramadhan buat di sini? Saya fikir encik dah tak datang sini. Nasib baik Abang Raz tak lepak dalam bilik saya."

Pelitup muka pada wajah dibuka. "Sorry. Hari tu memang nak datang sini tapi silap rumah. Terlupa pula saya di kawasan lain masa tu. Rumah kamu dan rumah orang tu macam sama."

Syam mengeluh. Dia duduk di atas katil. "Dan sekarang? Kenapa ada di sini? Encik Ramadhan pun tahu RaSIS tak suka ada orang lain dalam bilik ni, kan?"

Ramadhan menanggalkan sebilah pedang, pistol dan pisau dari tubuhnya lalu disorok di bawah katil. "Saya tahu. Tapi saya tak rasa dia kejam sangat. Dia tu tsundare." Ramadhan tersengih.

Tsundare?

"Lagi pun, saya datang sini sebab nak cakap pasal manuskrip. Kamu sepatutnya dah hantar manuskrip tu minggu lepas selepas kamu kata nak buat pembetulan tapi sampai sekarang saya tak dapat apa-apa email daripada kamu. Kenapa?" soalnya yang kelihatan serius ketika berbicara tentang kerja.

"Saya rejek cerita tu," kata Syam teragak-agak seperti seorang pesalah.

"Rejek? Kenapa? Saya baca cerita tu sebelum ni. Dah seronok. Bukan mudah remaja macam kamu buat cerita thriller aksi macam tu."

Syam geleng kepala. "Cerita tu ada yang kurang."

"Apa yang kurang?"

"Realistik," jawabnya.

"Realistik?"

"Saya nak pembaca dapat rasakan cerita tu betul wujud dan mereka dapat fahami perasaan watak-watak dalam tu. Saya nak cerita yang tak pernah ditulis oleh orang lain. Cerita yang unik. Macam nama watak utama, Erzen Laiss," beritahunya kepada Ramadhan.

Ramadhan tersenyum. "Cerita yang unik, tak pernah ditulis oleh orang lain dan diingati oleh semua orang. Menarik. Saya yakin kamu boleh buat."

"Tapi saya lemah dalam penulisan aksi. Encik Ramadhan kena tolong saya. Saya tak tahu berlawan. Jadi, imaginasi saya kurang. Encik Ramadhan pula dah berpengalaman," kata Syam dengan harapan yang tinggi.

Ramadhan berdiri. Dia membuat renggangan ringan sebelum menghampiri Syam. "Boleh. Tak ada masalah. Tapi kamu serius nak buat cerita yang berisiko tinggi tu? Kamu serius tak nak guna cerita sebelum ni?"

"Ya. Saya serius."

"Jadi, cerita yang macam mana kamu nak buat?"

"Cerita tentang kehidupan seseorang dalam dunia yang tak ada sesiapa tahu. Watak utama masih Erzen Laiss. Cuma jalan cerita dia berbeza daripada yang awal."

"Maksudnya, dia masih seorang samurai yang memancung kepala orang demi balas dendam?"

"Ya."

Ramadhan berfikir seketika sambil memegang dagu sendiri. "Macam mana kalau dia bukan membunuh untuk balas dendam tapi membunuh sebagai hakim jalanan. Menghukum manusia yang terlepas daripada undang-undang."

Pandangan Syam seperti bersinar selepas mendengar cadangan itu. "Menarik. Masa sama dia boleh selesaikan kes pembunuhan keluarga dia."

"Eh? Tu bukan plot yang sama macam sebelum ni?"

"Err... Mungkin patut tukar."

Ramadhan terketawa. Cepat-cepat dia tutup mulut sendiri. Bimbang keberadaannya di sini diketahui oleh orang lain. "Plot sama tak semestinya tak ada penambahan yang berbeza. Yang penting, matlamat watak utama."

"Betul," Syam bersetuju.

"Tapi masih guna tajuk sama?"

"Ya. Dark Hunter : First Stage."

"Tak ada tajuk lain ke?" kritiknya.

Syam melihat Ramadhan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. "Night Messenger?"

Kedua-dua pipi Syam tiba-tiba sahaja dicubit. "Main-main pula dia ni."

Tangan Ramadhan dipegang untuk melepaskan pipinya. "Stop. Nanti RaSIS keluar. Janganlah main pipi saya. Tak ada pipi sendiri ke?"

"Okay." Kedua-dua tangan diangkat ke atas. Dia juga sebenarnya tidak mahu bertemu dengan alter bernama RaSIS.

Syam memegang pipinya yang kekebasan. "Pergi mandi. Busuk."

Ramadhan mencium ketiaknya. "Mana ada busuk. Wangi. Tak ada sesiapa meninggal pun hari ni. Alamak." Dia terlepas cakap.

Syam merenung ke arahnya. "Meninggal?"

"Hahaha... Tertinggal."

"Apa yang tertinggal?"

"Beg baju tertinggal." Ramadhan mula rasa janggal.

***

"Pak Cik Pedo ni buat apa lagi dalam bilik aku? Papa tahu dia datang sini ke? Mentang-mentanglah editor Syam. Suka hati dia je masuk bilik ni. Agak-agak, kalau aku bunuh dia. Dia sedar tak?" kata RaSIS perlahan sambil bersila di atas katil. Dia melihat Ramadhan tidur di sebelah kirinya.

Hanya dia, Syam dan Qashmir mengetahui identiti sebenar Night Messenger ini selain nama kod, Erzen. Namun, keluarganya tidak tahu tentang hubungan baik antara Syam dan Ramadhan.

RaSIS tersengih ketika memiliki rancangan jahat terhadap manusia itu. "Aku rasa aku dah pesan sebelum ni. Jangan datang sini tapi kau datang juga. Jadi, bukan salah aku kalau kau mati, kan?"

Bantal dicapai oleh RaSIS. Dia berniat untuk menutup wajah Ramadhan tetapi niatnya terbantut apabila mendengar suara Ramadhan yang sayup-sayup. RaSIS memberi fokus pada pendengarannya. Samar-samar dia dapat melihat air mata Ramadhan mengalir membasahi bantal.

Bantal pada tangan RaSIS diletak kembali di tempat asal. Dia baring di atas bantal dan mengiring ke arah kanan.

Manusia memang selalu terperangkap dalam mimpi memori silam. Tak ada guna aku bunuh dia kalau dia tahu cara terbaik untuk dia mati. Tapi aku...

RaSIS melihat tapak tangan kanannya yang selama ini sudah banyak membuat dosa besar. "Manusia ke?"

Aku tak nak mati. Belum masa untuk aku mati. Aku kena terus hidup. Aku akan lindungi jasad ni. Aku manusia atau bukan. Tu tak penting.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now