Sebulan selepas pertemuan antara Syam dan Arma, mereka bertemu sekali lagi pada pagi ini. Pertemuan mereka bukan di dalam bangunan Secret GUARD tetapi di sebuah kedai sushi. Arma hanya memerhati Syam menikmati 20 piring sushi di hadapannya. Dia pula hanya mampu habislah dua piring sushi kerana bukan kegemarannya.
Tangan kanan Syam mencapai sepiring lagi sushi tuna. "Kata nak bincang. Dari tadi diam je. Kenapa?"
Arma geleng kepala. Dia cuba fokus kepada realiti di hadapannya ini. "Awak nampak lain hari ni. Adakah sebab kita dah sebulan tak jumpa?"
"Lain? Aku rasa biasa je." Piring diletak di atas meja.
"Tengok tu. Guna 'aku'. Sebelum ni sopan je masa cakap. Awak ni pelik."
Penyepit patah ketika dia mahu menyepit sushi. Matanya melihat ke arah Arma di hadapannya. "Ada apa-apa masalah? Kalau tak ada benda nak bincang. Jangan kacau aku makan."
Arma rasa geram apabila dirinya dimarahi oleh manusia sombong itu. Tangan kirinya pantas mencapai sepiring sushi tanpa dilihat warna piring itu. Sushi segera dimakan.
Syam tersengih. "Sedap? Extra wasabi aku order?"
Arma menutup mulutnya. Dia mahu keluarkan semula sushi di dalam mulutnya tetapi tidak tahu mahu muntah di mana. Wajahnya juga sudah berubah kemerahan.
"Aku cabar kau telan sushi tu kalau kau masih nak berurusan dengan aku. Mampu?" Penyepit baru diambil dari dalam bekas penyepit selepas meletak penyepit patah di atas sebuah piring sushi.
Arma memejamkan matanya. Cepat-cepat dia kunyah lalu telan sushi itu. Terjelir lidahnya menahan kepedasan dan kepedihan wasabi di dalam mulutnya.
Piring sushi tadi diketuk oleh Syam menggunakan penyepit. "Satu lagi."
Arma melihat senyuman kejam lelaki di hadapannya ini dengan perasan tidak berpuas hati. "Awak order. Awak makan la."
"Kau yang ambil. Makan sampai habis. Jangan membazir. Lagi pun, aku tak suka makan sepinggan dengan orang lain," kata Syam dengan lagaknya.
"Awak ni kan..." Buku lima digenggam.
"Kalau kau boleh habiskan satu lagi sushi. Aku tolong kau."
"Betul ni?"
"Kenapa? Nak tambah lagi?"
Pantas Arma geleng kepala. Syam pula ketawa melihat gelagat itu. "Tapi kau kena bayar semua bil makanan. Setuju?"
"Apa?" Arma terkejut. Bukan murah makanan di sini.
"Kalau nak minta tolong. Kena ada bayaran, kan?"
"Awak sebenarnya tak ada duit, kan? Tak gentleman langsung," katanya.
"Hal duit bukan masalah aku."
"Habis tu, apa masalah awak tak nak bayar lepas makan banyak macam ni?"
Syam menyepit sushi di atas piring Arma. "Bukan selalu pun aku boleh datang sini. Apa salahnya kau bayar, kan? Tu deposit untuk kau sewa aku buat kerja."
"Awak belum buat kerja lagi dah nak minta..."
Sushi dimasukkan ke dalam mulut Arma lalu mulut itu ditekup oleh Syam sambil berdiri. Penyepit diletak di atas piring. Tiada sesiapa melihat mereka kerana kedudukan mereka agak tersembunyi. Selain itu, tidak ramai orang di sini pada awal pagi pembukaan kedai tersebut.
Kenapa dia berubah? Jauh beza daripada yang aku kenal sebelum ni. Atau dia hanya tipu aku je dulu?
"Kalau kau masih mahukan aku untuk buat kerja. Berikan aku pedang sebagai perjanjian. Setuju? Aku nak yang high qualiti. Boleh disembunyikan," katanya yang memaksa Arma menelan sushi itu.
Arma menepis tangan Syam. Sushi ditelan sebelum dia berbicara. "Awak fikir awak boleh pergunakan saya untuk dapatkan senjata?" Dia mula marah. Suaranya dikawal supaya tidak mencetus kekecohan.
Syam melihat tapak tangan kirinya. Dia mendiamkan diri melihat darah pada tapak tangan itu. Tisu dicapai untuk mengelap darah. Kemudian, tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar. Resit pesanan makanan di dalam cawan kosong diambil.
"Aku tak akan setuju kalau mereka bekerja dengan orang yang tak dikenali. Kau tak akan faham. Kalau kau dah faham. Kau boleh cari aku lagi," katanya sebelum berlalu pergi dari situ.
Air kopi diminum sehingga habis. "Apa masalah dia? Mereka? Aku bukan minta tolong dengan SG pun. Hari tu kata, okay. Hari ni lain pula."
***
Seminggu kemudian, Arma tiada pilihan lain. Nyawa adiknya semakin dalam bahaya dengan tindakan bodoh ketua Eagle Eyes Spectral. Dia juga tidak boleh simpan masalah itu lama-lama kerana nyawa sendiri pun dalam bahaya. Pintu bilik kerja Syam di A'm St. Holding diterjah. Syam pula terkejut melihat wanita yang dia rasa tidak kenali itu.
"Cik tak boleh masuk macam tu je. Cik kena buat temu janji dulu," kata seorang lelaki yang menjaga kaunter di lobi tadi.
Dia menghampiri meja Syam dan mengabaikan pekerja tadi. "Syam. Kita dah tak ada masa nak main-main. Saya dah bawa barang yang awak minta."
Sebuah pedang dikeluarkan dari beg pedang. Si pekerja pula terkejut melihatnya. Syam tergamam melihat pedang yang sempurna itu. "Erzen?"
"Encik Syam. Nak saya panggil sekuriti?"
Syam melihat ke arah pekerja itu. "Tak perlu. Dia mesti kawan Erzen. Kamu boleh pergi."
"Baiklah, Encik Syam." Pintu bilik ditutup.
"Erzen? Apa maksud awak?"
"Cik dari mana? Nama siapa? Apa tujuan sebenar cik berhubung dengan alter saya, Erzen," soal Syam dengan wajah serius. Dia sangat serius jika berkait dengan alter-alter miliknya kerana dia tidak mahu dirinya dipergunakan.
"Alter?"
"Saya tak akan silap. Pedang tu mesti permintaan Erzen untuk terima kerjasama, kan? Saya tak akan terima pedang tu tanpa penjelasan."
Arma ketawa. "Jadi, awak nak kata awak ada personaliti lain la?"
Syam membetulkan kedudukannya. "Saya tak main-main. Hidup saya berkaitan dengan nyawa saya. Apa tujuan cik datang ke sini?"
Arma berhenti ketawa apabila melihat Syam yang serius itu."Kalau dia, Erzen. Siapa awak dan siapa pula yang dah selamatkan saya sebelum ni?"
"Saya, Syam Syahrul Azmi. Pemilik jasad ni. Saya tak tahu siapa yang dah selamatkan awak."
"Awak tak boleh tanya siapa yang dah selamatkan saya? Saya hanya naj bekerjasama dengan dia. Bukan Erzen yang awak maksudkan tu."
"Untuk apa?"
"Selamatkan dunia daripada peperangan dan selamatkan nyawa adik saya," jelasnya.
"Luar pengetahuan SG? Kalau cik kenal saya bermaksud cik tahu pasal SG."
"Saya hanya percayakan awak. Tak. Maksud saya, orang yang dah selamatkan saya. Bukan Erzen tu."
Syam bangun dari kerusinya. "Baiklah. Tapi bukan hari ni. Saya akan suruh dia jumpa awak kalau dia muncul nanti."
"Tapi saya dah tak ada masa. Malam ni saya ada tugas. Saya risau tak sempat," katanya bersungguh-sungguh.
"Kalau macam tu. Tinggalkan pesanan dalam buku nota ni." Sebuah buku nota dikeluarkan dari laci meja.
"Kami berhubung memalui buku nota. Mungkin dia akan tengok nanti."
"Baiklah."
[TAMAT IMBAS KEMBALI]
YOU ARE READING
A.K.U : BLACK CAT
Mystery / ThrillerSeramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didap...