BAB 35

87 10 21
                                    

Safuan tepuk dahi selepas melihat rumah Falcon. "Lawak apakah semua ini, Syam oi? Kita orang penat pusing-pusing sampai malam. Kau dekat sini?"

Syam yang berada di hadapan pintu rumah tergamam melihat dua orang sahabatnya bersama-sama ahli Falcon berdiri di hadapan rumah ketika dia membuka pintu rumah. "Hai. Kau orang. Sihat?"

Bahu Syam ditolak oleh Faiz walaupun dia kurang ketinggian. "Tepi. Aku penat. Terpaksa tahan kencing berjam-jam disebabkan kau hilang." Dia segera ke arah kawasan dapur untuk ke tandas.

Syam memberi laluan untuk mereka masuk. "Saya hilang?"

Unknown duduk di atas sofa. "Aron tu la yang larikan kau."

"Sorry. Saya tak bermaksud nak susahkan kau orang," Syam rasa bersalah.

Bray merangkul leher sahabatnya. "Jangan risau. Aku dan Safuan ada. Mereka ni bukan reti jaga kau pun."

"Syam."

Syam melihat ke arah Arden. "Ya"

"Saya minta maaf sebab tak tepati janji untuk elak masalah masa alter lain muncul," katanya sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab.

Syam senyum manis. "Jangan risau. Mereka pandai jaga diri. Tengok. Saya masih di sini, kan?" Dia cuba memberi semangat kepada mereka.

"Tapi kalau kau tak ada dekat sini. Aku saman sekor-sekor dalam rumah ni," tegas Bray.

"Sejak bila pula kau suka main saman-saman ni? Mesti terikut perangai orang kaya yang suka duit saman," Safuan mengkritik.

"Kau diam, Safuan. Aku potong gaji kau."

"Ha? Tak logik gila kau nak potong gaji aku sebab hal kecil ni," rungut Safuan.

Syam terketawa melihat gelagat dua orang sahabatnya ini. "Terima kasih sebab risau pasal aku. Aku minta maaf sangat. Tapi macam mana kau tahu aku dekat sini?"

"Soalan bodoh apa kau ni? Kita orang pro kalau cari kau. Siapa lagi boleh cari kau dalam rumah ni?" Safuan rasa bangga diri.

Bunyi deringan telefon unknown membuatkan perbualan mereka terhenti. Unknown segera menjawab panggilan tersebut lalu berdiri. Dia melangkah untuk ke arah biliknya.

"Yang lain mana?" tanya Syam kerana dia perasan bahawa Jasmin, Danira, Vincent, Ian dan jauhari tiada di situ.

"Kembar tu pergi beli makanan untuk makan malam. Si yakuza tu aku tak nampak pula lepas stop dekat kedai minyak. Awek berdua tu dalam bilik. Risau Aron muncul," jelas Zhong yang baring di atas sofa panjang. Dia penat memandu.

"Lance. Makanan tak ada ke?" Faiz muncul sambil membawa segelas susu ke ruang tamu.

"Masak sendiri. Aku penat. Abang kau mana?"

Faiz duduk di atas sofa. "Balik. Jumpa musuh abadi aku."

"Musuh?" soal mereka kepadanya.

"Ketua SHIN Protection."

"Tapi dia satu keluarga dengan kau, kan?" tanya Zhong.

Faiz meneguk susu sehingga habis. "Aku akan pastikan. Kalau aku jumpa dia lagi. Aku kalahkan dia sampai mampus. Abang aku banyak habiskan masa dengan dia kalau dia ada dalam negara ni. Aku patut suruh abang bagi dia kerja banyak dekat luar negara. Duduk sana terus. Jangan balik sini dah," katanya yang kelihatan geram itu.

Brother conflict?

Mereka tahan ketawa. Bimbang ninja comel itu mengamuk pula.

***

"Zetta. Kau jaga Rafi. Aku nak jumpa mereka kejap," kata Amra di dalam bilik tersebut.

Zetta melihat ke arah Rafizul di atas katil. Rafizul masih hidup kerana Amra sempat memberikan penawar kepada ketua Eagle Eyes Spectral itu.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now