Kuala Lumpur.
"Hachooooommm!!!" Hawa menggesel hidungnya yang semakin memerah.
"Hawa!! Berapa kali mak pesan, bersin elok-elok?"
"Hawa tak tahan la mak, banyak bulu kot.."
"Astaghfirullah, tak malu betul anak aku ni. Dah dah, cepat kemas baju! Kata nak balik rumah nenek"
"Baik mak, jangan lupa beli set mainan masak masak yang Hawa teringin tu tau! Tau tau tau?"
"Kalau Hawa lambat siap, mak baling periuk dekat Hawa. Mainan tu pun mak tak nak belikan"
"Eee garang nya mak ni!! Macam singa!"
"Ya Allah, banyak bunyi betul Hawa ni" Puan Sofia menepuk dahinya. Ada ke patut digelarnya singa.
"Hihi, betul pun. Macam singa" provok si Encik suami.
"Awak nak tidur luar ke?"
"Eh uhuk uhuk! Apa awak ni. Saya cakap pasal dokumentari haiwan tu la. Ha, nampak tu!" Tunjuk Encik Nik pada kaca televisyen.
Sungai Petani, Kedah.
"Adam.. termenung apa tu?"
"Eh nenek, tak ada lah. Adam cuma rasa sesuatu, sesuatu macam..."
"Macam apa?"
"Takde apa apalah nek"
"Adam dah umur 7 tahun. Adam tak nak sekolah ke? Adam tak teringin ke nak ada kawan macam budak-budak lain?"
"Adam nak tolong nenek. Adam tak perlukan kawan. Lagipun Adam ada nenek" badannya di sandarkan pada dinding.
"Hm yela Adam. Tapi, jangan lupa.. pelajaran penting ya Adam kesayangan nenek" tubuh genit kanak lelaki itu dipeluk penuh kasih sayang.
Walaupun umur Adam masih kanak-kanak, namun jiwanya lebih dewasa dari orang dewasa.
Mungkin kerana itu juga, Adam tidak mempunyai sebarang kawan.
"HAWA, dah sampai" lamunan gadis itu terhenti.
"Ha? Apa dia abah?"
"Allahu.. dah sampai sayang oi!"
"Haih, tengahari pun mengelamun?" Sampuk Puan Sofia
"Hawa mengelamun tentang masa depan" selorohnya selamba.
"Jauh lagi sayang oi! "
"Ala apa salahnya, bayangkan awal awal?" Hawa memuncungkan mulutnya tanda tidak setuju.
"Awak, kita tak boleh nak debat dengan Hawa. Budak lima tahun zaman sekarang ni banyak akal"
"Haih.. terima kasih sedarkan saya, abang"
"Dah jom turunkan barang. Tak lama lagi kita nak pergi lapangan terbang. Naya je kena tinggal dengan kapal terbang" ujar Encik Nik tegas.
Kenapa Hawa tak ikut?
Katanya nak duduk kampung dengan nenek. Tak nak kacau mak abahnya honeymoon. Lagipun Hawa cepat semput. Tapi bila bercakap, tak ada pula semput.
"Bai bai mak abah. Ingat tau Hawa nak adik baru!!!!!!"
SRETT!!
Kereta yang dinaiki mereka ter-brek secara tiba-tiba. "Hawa!!!!!" Jerit Puan Sofia dan Encik Nik serentak. Tak makan saman punya anak!
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023