2

37 7 11
                                    



"Hawa"

"Hawa..."

"Hawa!!"

Lamunan Hawa tersentak. Mata bundar itu memandang wanita tua yang sedang bersandar di pintu bilik.

"Kenapa nenek?"

"Tersengih je dari tadi, kenapa?" Nek Khadijah melangkah ke arah Hawa.

"Nanti Hawa dapat kawan baru"

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki nek"

"Nek tak kisah pun Hawa nak kawan dengan lelaki. Tapi jaga batas ye Hawa."

"Batas? "

"Iye, tak boleh pegang pegang"

"Tu je ke?"

"Tak boleh duduk rapat-rapat" tambahnya lagi.

"Ouh, patutlah Adam tak kasi Hawa rapat rapat dengan dia... Lagi lagi?"

"Jaga bahasa"

"Lagi?"

"Jaga maruah "

"Ha, maruah tu apa? " Soal si gadis kecil kembali.

Nenek Khadijah ataupun nek Dijah melabuh duduk disebelah Hawa. Rambut Hawa diusap lembut. Sayangnya pada Hawa memang tidak berbelah bahagi. Manakan tidaknya, Hawa saja cucu yang dia ada saat ini.

"Semua yang ada pada Hawa adalah maruah Hawa"

"Apa yang Hawa ada?"

"Badan Hawa ni, Hati Hawa ni, perangai Hawa ni adalah maruah yang tak ternilai harganya" anak rambut Hawa di kemaskan.

"Jadi Hawa kena jaga badan dengan perangai Hawa la"

"Lebih kurang macam tu la"

"Ouhh" dia mengangguk berkali-kali.

"Hawa tidur ye. Takut bangun pagi esok, Hawa pening pula"

"Baik nek" nek Dijah hanya tersenyum manis.



Hawa mengeliat malas. Harini Hawa ada misi. Misi apa? Misi untuk kasi Adam bagitau nama dia. Face to face. Selepas siap mandi, Hawa menyarung baju kurung berwarna biru. Rambut di ikat gaya ekor kuda.

Pap pap pap!

Bedak talkum di tepek dimuka. Kalau harini Adam tak bukak pintu, esok dia akan pergi lagi. Begitu lah dengan hari hari yang akan datang.

"Nek! Hawa nak keluar!"

"Jangan pergi jauh jauh tau, nanti jadi macam semalam pula"

"Baik nek"






"Assalamualaikum!! "

Tok!

Tok!

Tok!

"Assalamualaikum, Hawa datang ni!!"

"Awak! Awak! Awak!"

"Ohhh aaawwakkkkkk!!!!"

"Jom la pergi sungai!!!"

"Awak!!"

Nyaring suaranya memanggil si Adam. Lehernya di panjangkan ingin mencari kelibat Adam di dalam rumah.

Adam mengintai Hawa disebalik tingkap. Dah agak! Budak ni mesti datang harini. Adam mendengus kasar.

"Apa nama awak?! Saya nak jadi kawan awak!"

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now