5 tahun kemudian
Hawa termenung melihat luar tingkap bilik darjah. Masa berlalu sangat pantas. Hawa kini berusia 11 tahun. Mindanya terawang-awang memikirkan tentang si Adam nun di kampung.
Entah apa Si Adam sedang buat saat ini.Hawa tersenyum sengih. Cuti akhir tahun hampir tiba. Tidak sabar gadis itu mahu bertemu si bukti cinta yang sudah berusia 13 tahun itu. Rambut hitam keperangan itu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Hawa mengikat semula rambutnya gaya ekor kuda. Dia kembali membuang pandangan ke luar tingkap.
"Hawa "
"Hawa "
"Hawa!! "
Hawa tersentak. Matanya menoleh memandang gadis yang bercekak pinggang di sebelahnya. Kening gadis itu terjongket sebelah.
Si gadis mengeluh.
"Haih, Hawa Hawa.. semenjak dua menjak ni kau asyik berangan aje. Tak penat ke?"
"Salah ke Hawa nak berangan? " Hawa memuncungkan bibirnya.
"Salah tu tak salah. Tapi sekarang ni dah masuk waktu rehat, mana boleh duduk dalam kelas "
"Yela Nora.. Hawa nak keluar la ni " dia bangun.
Kerusi di tolak masuk ke bawah meja. Tanpa membuang masa, Hawa hanya mengekori Nora keluar dari bilik darjah. Sempat dia menoleh ingin memastikan barang-barang pentingnya tidak terbiar di atas meja.
ADAM tersenyum memandang sawah padi depan matanya. Sudah tentu dia tidak sekolah. Akan tetapi Adam tetap mengambil ujian penting.
Siapa sangka, Adam yang tidak bersekolah mampu mendapat keputusan yang terbaik dalam ujian UPSR.
Berkat atas usaha kerasnya serta sokongan dari orang-orang tersayang. Wajah gadis itu kini mula menjadi bayang-bayang di ruang fikirannya.
Entah apa lah si Hawa tu buat di sekolah. Tidak sabar dia mahu bertemu si Hawa. Gadis itu pula sudah mempunyai perasaan malu malu. Tapi murainya masih ada.
"Astagfirullahaladzim"
Adam menggeleng.
***
Hawa berlari anak sebaik saja turun dari kereta.
"Hawa, tunggu jap! Tolong angkat baby Haura "
"Baik mak! " Badannya di pusing kembali menghadap ke arah kereta. Laju kakinya berjalan mendapatkan bayi di dalam dukungan ibunya.
Puan Sofia kini sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Hawa dan Haura. Hawa berusia 11 tahun dan Haura berusia 1 tahun. Impian Hawa untuk menjadi kakak, terkabul juga akhirnya.
"Mak, Hawa nak jumpa Adam! " Baby Haura di beri pada nenek Khadijah. Hawa sudah mula tidak sabar. Laju seliparnya di sarung kembali.
"Hati hati, jangan balik lambat! "
Hawa mengangguk sejurus berlari anak menuju rumah Adam. Sebaik saja tiba, Hawa mencari nafas. Mana taknya, berlari sakan macam rumah tu boleh lari tinggalkan dia. Tangga kayu rumah kampung itu Hawa pijak satu persatu.
Tok!
Tok!
Tok!
"Adam! Hawa dah sampai! Hawa dah balik ni! " Panggil Hawa dengan perasaan yang penuh teruja.
Klak!
"Adam.. eh, nenek Adam?" Hawa mula tergagap. Habislah dia kena blacklist lepas ni.
"Hawa cari Adam ya, Adam dalam bilik "
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023