Mercedes-Benz EQS memasuki perkarangan rumah kampung yang di bina daripada kayu. Sebaik sahaja enjin di matikan dia turun lalu menutup pintu kereta.
Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak dan zaman remajanya bermain di ingatan. Masih dia ingat neneknya yang selalu mengait di tangga dan dirinya yang bersandar pada tingkap di dinding.
Adam tertunduk.
Neneknya pergi meninggalkannya sewaktu dia sedang menjawab final exam untuk degree. Kalut dia pulang ke Malaysia walaupun hanya untuk dua hari. Namun itupun dia sampai setelah neneknya di kebumikan.
Berdasarkan pandangan kasar, kampungnya ini telah mengalami kemajuan pesat. Namun tidaklah secara drastik.
Setelah naik dan meletakkan beg pakaiannya, dia kembali turun.
Rumah Shabil di tuju.
Kelmarin dia ada juga bertanya pada Ariff tentang Hawa. Ariff kata yang Hawa koma selama sebulan.
Bangun-bangun sahaja gadis itu menangis setelah dapat tahu bahawa dia telah pergi ke UK.
Setelah Hawa pulang ke KL, mereka semua terputus hubungan. Mungkin kerana teknologi pada masa itu tidak canggih. Shabil dan Ariff pun masing-masing telah masuk ke alam universiti sepertinya. Hawa pula pasti sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan SPM.
Mungkin kisah mereka hanya sampai di situ sahaja. Adam menggeleng perlahan. Gadis itu juga berhak untuk membuka buku baru.
Sebaik sahaja keretanya di parkir di bawah pohon redup. Dia melangkah turun. Khemah-khemah putih dan kerusi-kerusi serta meja telah pun di balut dengan kain.
Dia melangkah masuk. Mata-mata di sekelilingnya mula tertumpu pada dirinya. Mungkin ada yang mengenalinya. Adam si budak sawah.
Butang baju melayu berwarna hitamnya di kancing kemas. Dia berjalan ke dalam khemah. Matanya terancap pada susuk berbaju melayu berwarna hijau emerald dan seorang wanita di sebelahnya.
Saat lelaki itu menoleh. Dia hilang kata-kata. Tapak tangannya menekup mulut sendiri.
"Dam? "
"Ya Allah, lamanya tak jumpa jantan mulut emas ni! Berani kau baru nak tunjuk muka kau harini! " Dia mendepa tangan lalu melangkah ke arah Adam.
"Tahniah Bil "
"Thank you bro. Makan-makan la dulu. Tu ha, Ariff dah lambai-lambai ha. Nanti aku datang " dia menepuk lembut belakang badan Adam.
"Uih, kerasnya badan kau. Kau nak jadi giga chad ke? "
"Pulak dah "
Anak siapa pula dia sebut ni.
Adam berjalan menghampiri Ariff. Biar lah pengantin baru itu bersapa dengan tetamu-tetamu lain. Macam lah lepas ni dia tak jumpa si mulut puaka tu.
"Hensem hari ni Dam. Nak cari bini ke? " Usik Ariff. Air sirap di cawan plastik diteguk.
"Tak kuasa aku "
"Cey. Jangan sombong sangat Adam, nanti kau jadi andartu versi lelaki tahu la "
"Nanti aku kahwin la Hahaha "
"Ramai dah mata-mata mengeletis tengok kau atas bawah dari tadi "
Adam mengeleng-geleng.
Dia bukannya lelaki yang sekadar mencuba test market seperti rakan-rakannya sewaktu di luar negara dulu. Nasib sahaja imannya masih teguh.
Kalau tak pasti dia juga ikut kecundang.
Ariff tersenyum sinis.
"Kau kenapa? " Dahi Adam berkerut.
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023