7

21 5 3
                                    












Empat sekawan remaja lelaki berjalan ingin menuju keluar dari pagar sekolah setelah tamatnya kelas tambahan. Begitu juga dengan pelajar tingkatan 5 yang lain. Ada yang ketawa, ada yang berlari, ada yang berborak kosong. Manakan tidaknya, esok bermula cuti awal tahun bagi tahun itu.

"Korang, cuti ni korang buat apa je? "Soal Arif.

"Tidur, makan, buang air besar "Balas Shabil selamba, dua tangannya dibawa kebelakang kepala.

"Aku ada camping " tidak lain tidak bukan balasan dari si Iskandar yang sememangnya aktif dalam aktiviti kokurikulum.

"Adam?"

"Entah " jawap Adam sepatah.

"Apa kau ni Dam? Cuti sekolah memang kau tak buat apa-apa ke? Lagi bagus kalau kau join camping tu, boleh main masak-masak dengan aku guna kayu api" Iskandar menepuk bahu Adam tanda simpati.

"Daripada main masak-masak dengan kau, baik suruh dia habiskan beras macam aku" bantah Shabil.

"Eh kau orang ni, nanti tak pasal-pasal ada yang berguling sampai pagar nanti. Kau ni Shabil, kalau nak nak habiskan beras, tak payah ajak Adam. Elok tegap, bukak sekolah nanti jadi belon si Adam tu " kepala Iskandar dan Shabil diketuk perlahan. Sibuk tiga orang tu beramuk, mata mereka terancap seorang gadis yang berdiri di pondok jaga.

Tidak lain tidak bukan gadis kesayangan sekolah ini, siapa lagi kalau bukan Sara Afira.

Sara memandang tepat pada mata Adam seolah-olah mahu remaja lelaki itu datang menghampirinya. "Ah sudah, bala datang" seloroh Iskandar. Adam membawa pandangan ke arah lain. Matanya sekali lagi terancap pada seseorang.

Bukan Sara tetapi orang lain.

Gadis yang selalu barlayar di ruang memorinya. Berbaju kurung warna hijau pekat dan berselendang hitam. Langkahnya di lajukan ke arah gadis itu. Sara yang sibuk memerhatikannya, langsung tidak di hiraukan. Terpana gadis itu di buatnya apabila dirinya seolah-olah tidak di endahkan.

Adam melangkah lebih besar. Di tinggalnya tiga sekawan di belakang.

"𝙃𝘼𝙒𝘼? "

Gadis itu berpaling.

"Assalamualaikum Adam! "

***

"𝘼𝘿𝘼𝙈 apa khabar? " Hawa menggenggam tangannya dan di bawa ke belakang. "Er.. baik? Kau? " Dia mengusap belakang lehernya.

Terkejut melihat Hawa tiba-tiba saja ada di depan matanya.

"Sihat, alhamdulillah"

Hawa menyengetkan kepalanya. Wajah tiga sekawan yang dari tadi berkepit antara satu sama lain di belakang Adam dipandang.
"Anak siapa tu? " Bisik Shabil pada Iskandar dan Arif.

"Manalah aku tahu.. "Iskandar menolak bahu Arif yang dari tadi asyik berlaga dengan bahunya. Adam menoleh memandang rakan-rakannya yang bagaikan ter 'gam' antara satu sama lain.

"Tiga orang manusia dekat belakang tu kawan aku " Adam memberitahu Hawa yang kepelikan memandang tiga orang itu. Adam memanggil mereka.

"Aku er.. Iskandar, panggil Is je"

"Abang.. nama abang, Shabil. Nak panggil Abang Shabil boleh, Bil boleh, abang sayang pun boleh "  Shabil mengenyit mata.

Puk!

"Ss.. apa kau ni Is? Sakit la kepala aku, habis terkeluar ilmu algebra yang aku dapat waktu kelas tambahan tadi " aduh Shabil.

Puk!

"Ish, sakitla Rif! Cukupla Iskandar sorang je yang tepuk kepala aku!" Bising Shabil.

"Kau ni gatal betul la Bil, sejak bila lah aku kawan dengan spesies buaya. Setahunya aku kawan dengan manusia je " Hawa tergelak perlahan mendengar bebel Arif.

"Arif. Panggil Rif je " Arif tersenyum.

"Adam, Iskandar, Shabil dengan Arif dah makan? " Soal Hawa manis. Yang ni bukan bala, bidadari mungkin?

"Kita orang belum makan tengahari lagi, setakat alas perut pagi tadi je lah " Arif membalas.

"kenapa? " Adam bertanya.

"Jom pergi rumah nenek Hawa " Hawa menjemput. "Nenek? Kita orang? " Iskandar kepelikan.

"Nenek Hawa ada masak tengahari, nenek suruh ajak Adam. Alang-alang ada awak semua, jomlah makan sekali. Tak elok pula kalau jemput seorang aje " pelawa Hawa.

"Eh tak apa ke, kita orang ikut sekali? Bukan Adam je ke? " Soal Iskandar. Iyalah, yang dijemput, Adam seorang.

"Tak apa! "

"Ala kau ni, rumah bakal nenek mertua aku tu. Jomlah! " Balas Shabil selamba.

Akibatnya, kepalanya di ketuk sekali lagi. Dengan lebih kuat.

***

"Nek tak sangka Adam dah ada kawan selain Hawa, kalau tak asyik berkepit aje dengan Hawa" usik Nek Dijah. Tangannya menyenduk lauk masuk ke dalam pinggan.

"Er.. haah. Bila Hawa ni balik? " Janggal Adam.

"Ouh, pagi tadi. Mak dengan ayah Hawa outstation "

"Hawa ni ke yang dia orang kata Adam selalu rapat tu" bisik Arif pada Iskandar dan Shabil.

"Ye kot.. " balas Iskandar perlahan. Mata mereka ralit melihat Adam dan Hawa yang asyik bertanya khabar.

"Eh, kau orang sedar tak Sara punya muka waktu Adam tak hiraukan dia masa balik tadi" bisik Shabil.

"Hahaha aku pun sedar. Ya allah, muka tak puas hati dia tu. Buat aku rasa nak gelak berguling-guling sampai pagar" Arif membalas.

"Aku fikir Adam tadi tinggalkan kita nak pergi dekat Sara, rupanya Hawa" Iskandar berkata.

"Aku rasa dia orang dah lama rapat sebelum kita " Fikir Arif.

"Shabil, punahkan jela harapan kau " bahu Shabil ditepuk Iskandar.

"Kamu bertiga tak nak tambah lagi ke? Apa nama kamu semua? Yang tengah ni ha, dari tadi tersengeh aje kerjanya. Nasi banyak lagi,  lagi pun kamu semua baru balik dari kelas tambahan, kan? " Mereka bertiga tersentak.

"Hahaha baik nenek, nanti Shabil habiskan. Lagipun bab makan ni, Shabil je mampu habiskan satu periuk " seloroh Arif.

"Hahaha baguih la, tak dak hangpa memang tak habeih la nasik " tawa Nek Khadijah sampai terkeluar loghatnya. Mereka berenam menjamu selera sambil berbual dan bergelak ketawa.

"Burb, kenyang bro. Sikit lagi dah nak meletup perut ni" Shabil menepuk perutnya sendiri. Badan disandarkan pada kusyen.

"Eh kau ni. Sopan la sikit, ini rumah orang kau tahu? " Iskandar menyepak kaki Shabil yang terlunjur itu. Masakan Nek Khadijah dan Hawa terlalu sedap. Perli Arif tentang periuk nasi itu benar-benar jadi kenyataan.

Shabil benar-benar menghabiskan seperiuk nasi. Siap dapat sokongan dari Nek Khadijah lagi. Tak boleh bayangkan jikalau kawannya itu adalah cucu wanita tua itu. Pasti membulat Si Shabil. Yang paling mengejutkan, Nek Khadijah siap offer lagi Shabil untuk jadi cucu angkatnya.

Bahagialah perut Shabil.

Adam Hawa rancak berbual dari tadi. Redup saja wajah Adam memandang Hawa. Sesekali dia tersenyum pada gadis itu. Memang benar Adam menjadi dua orang berbeza dengan perempuan itu dan perempuan di sekolahnya. Gadis itu pula tidak lekang dari senyuman.

Iskandar tersenyum nipis.

Hawa mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang cukup 'sempurna' di matanya.

Bagi gadis itu dia tidak sempurna di mata orang lain. Namun di matanya, dia adalah gadis luar biasa yang melebihi sempurna.

Iskandar tunduk tersenyum nipis.

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now