*salam Aidil Adha!!!
Hawa menatap langit.
Cahaya bulan dan sinaran bintang-bintang surga seolah-olah ingin menerangi kegelapan di malam hari.
Hawa melentokkan kepalanya pada pintu kayu kampung itu. Kedua-dua lututnya di peluk. Bibirnya kian mengukir lengkungan. Dia tertunduk sejenak apabila terasa bahang pada pipi.
Oh Hawa.
Cukup.
Hawa bagai sudah tidak betul. Pintu kayu di genggam dengan kedua-dua tangan, lantas dahinya di hentak perlahan berkali-kali pada pintu. Dia fikir dengan hanya hentak dahi, bahang di pipi boleh hilang?
Belum sempat dahinya di daratkan sekali lagi di pintu, ada sesuatu lembut berlapikkan kain kasar menghalang dahinya daripada bersentuhan dengan pintu. Hawa terkejut. Laju-laju dia menoleh.
"Elok muka ada garis, ni nak tambah lebam dekat dahi pulak ke? " Ujar si dia, sapu tangan di tangan di letak ke dalam poket.
"Haah "
"Lantak kau lah"
Adam turun satu anak tangga. Tanpa menunggu balasan Hawa, dia duduk. Kedua-dua lengannya di tongkatkan di belakang badan. Anak matanya turut menatap langit.
Dia baru sahaja pulang dari masjid dengan Iskandar, Syabil dan Ariff. Tiada apa yang mampu di ucapkan melainkan rasa syukur kerana di kurniakan mereka bertiga sebagai rakan.
Walaupun tidak dinafikan, otak mereka sangat luput dan tingkah laku mereka yang sering membuat dirinya rasa ingin terjun Eiffel towers, di Paris. Namun dalam ke tidak betulan dan kebodohan mereka bertiga, mereka masih tidak membawa dirinya ke jalan yang salah.
Hawa memuncungkan bibir. Tidak faham dia kenapa Adam asyik tersenyum secara tiba-tiba. Bukan nak berbual dengan dia, asyik tersenyum saja. Emosi!
"Ada girlfriend la tu, asyik tersenyum aje. Dasar orang dewasa! " Bisik Hawa.
Mana ada lelaki senyum sengih sebab tengok langit!
Adam tersentak. Dia tersenyum sinis.
"Haah "
"Menyampah, ergh " Hawa lantas bangun. Tapi, entah kenapa hatinya terasa seperti di tindih sesuatu yang berat.
Dia tidak boleh menghalang keputusan Adam. Adam sudah meningkat dewasa. Wajar untuk dia berkenalan dengan perempuan-perempuan lain selain dirinya.
Hawa tidak melangkah masuk. Langkahnya kaku. Tudung bawalnya di genggam kuat pada bahagian dada kiri. Tanpa sedar kelopak matanya mula memberat. Kini satu titisan jernih jatuh.
Adam menoleh.
Pelik rasanya apabila gadis itu tidak bergerak dan hanya kaku. "Hawa? " Panggilnya.
Hawa menoleh sipi-sipi.
Si Adam tersentak, dia lantas bangun. "K.. kau menangis? "
Hawa ketawa.
"Haah, Hawa tak sangka Adam yang tak reti bercakap ni dah ada bukti cinta yang betul. Bukan palsu " balas Hawa tenang.
"Hawa.. kau percaya? "
"Mestilah. Tak kan lah Adam nak tipu Hawa kan? " Hawa memisat air matanya.
Adam diam tidak berkutik.
'Tak Hawa. Aku tak ada mana-mana perempuan lain selain kau'
Sayang sekali, Adam tidak mampu mengaturkan ayat yang terbuku di hatinya. Kelu lidahnya. Matanya hanya mampu menatap sepasang mata yang berkaca itu.
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023