8

18 3 8
                                    


*Sorry for late update 😔 btw salam Israk mikraj 🖤












"KAU simpan lagi pembaris tu? " Hawa tersengih mendengar soalan Adam. Mana mungkin dia membuang pembaris pemberian bukti cintanya.

Bukti cinta?

Hawa naik geli hati mendengarnya. Entah apa fikirannya sewaktu zaman kanak-kanak, sehingga memanggil Adam sebegitu.

Tapi panggilan itu nampak klasik.

Hawa suka.

Walaupun di rasa seolah-olah ianya jenaka bodoh tika kecil-kecil dahulu.

"Iya, Hawa simpan. Mana tahu, Hawa sesat nanti " balas Hawa.

"Dah 15 tahun pun, boleh sesat jugak ke? " Sinis Adam.

"Ish, iyalah. Adam sendiri pernah cakap, kalau guna pembaris ni. Hawa tak adalah sesat nanti " Gadis itu mencebik.

"Hahaha jangan la macam tu, aku minta maaf. Okay? "

"Adam tak cakap pun yang Adam dah ada kawan baru dekat Hawa. Sampai hati, tak nak kawan Adam. Tak nak balik kampung jumpa Adam lagi. Padan muka! " tambah Hawa lagi. Mukanya dibuat-buat garang dan kecewa.

Tawa Adam meletus.

Sudahlah pendek, ada hati mahu jadi garang.
Kecik besar aje melihat Hawa yang berada jauh di belakangnya. Terjalan laju pula tadi, kesian Hawa terkedek-kedek berjalan dengan baju kurungnya.

"ADAM!!! "

Adam yang jauh dihadapan di kejar. Bahu lelaki itu dipukul kuat bertalu-talu menggunakan pembaris panjang itu. Orang serius, dia gelak pula. Bukan nak pujuk! Baru nak buat drama!

Silap hari bulan, boleh patah pembaris tu.

"Aku bukan tak nak bagitahu. Tapi kau tahu kan, kau dekat Kl. Aku mana ada telefon. Setakat public phone yang suka telan duit tu, baik tak payah. "

"Ya, Hawa tahu. Hawa saja je tadi, bosan" selamba gadis itu berjalan melepasinya dengan senyuman cukup manis.

"Eh kau ni.. " Desis Adam dalam hati. Kecik besar, kecik besar kecik besar je dia tengok.

Dah buat salah, lari!

Asyik dia melihat Hawa yang berlari sekitar sawah padi itu. Macam tikus aje, eh tak.. macam kucing aje, dia lihat si Hawa tu. Kejap berlari kesana, kejap kesini.

Tak padan dengan usia 15 tahun. Katanya esok dia kena study untuk exam besar. Sesekali tudung bawal maroon gadis itu ditiup angin.

Cahaya matahari senja yang berwarna jingga itu menyerlahkan lagi keayuan gadis itu. Memorinya terimbas kembali disaat dia memberikan gadis itu tudung bawal maroon yang dipakai Hawa sekarang. Tangannya di masukkan kedalam poket.

Lari je la Hawa, jangan sesat sudah la. Aku jugak yang kena cari nanti. Kalau aku kejar kau nanti, apa pulak kata orang.

Hawa.. Hawa..

"Andai katalah, aku tak pergi sungai waktu aku kecik dulu. Mungkin sekarang ni, kau berkawan dengan orang lain. Dan aku..

Tak akan ada apa yang aku ada sekarang ini.

Semua yang aku ada sekarang ni cukup berharga buat aku. Yang aku perlu jaga dan hargai . Nenek, Iskandar, Shabil, Arif, Nek Khadijah dan

kau, Hawa Hanani." Monolog sang Adam di dalam jiwa.

***


1 tahun lepas.

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now