17

24 4 3
                                    

Berlapik kan lantai kayu yang di mamah anai-anai, beratapkan zink yang hampir roboh. Dia baring, tangannya di depakan. Bintang-bintang langit biru kehitaman itu di pandang kosong.

Adam pejam mata.

"Nenek, Adam.."

"Minta maaf "

Perbicaraan tentang dirinya yang dituduh ini masih berjalan. Dia tidak faham, mengapa orang kampung hanya mengadili dirinya tetapi bukan dia dan Sara. Adakah kerana Sara seorang perempuan dan anak orang penting kampung ini.

Dan dia hanya orang biasa?

Adam diam.

Dia sendiri buntu akal.

Jika dia di sumbat ke dalam penjara, masa depannya akan hancur. Barangkali impiannya ke universiti bakal hancur. Dirinya akan perlahan-lahan di jauhi orang sekeliling.

Tak mustahil, rakan-rakannya dan Hawa bakal meninggalkan dirinya.

Nenek pula akan meninggalkan dirinya sebatang kara.

Adam ketawa.

Bukankah dia sendiri mahu hidup seorang diri sebelum ini?

Rambutnya di raup ke belakang.

Tapi itu dulu.

Dia tidak mahu keseorangan lagi. Dia mahu hidup di samping mereka semua. Adam sedar. Dia hanya lelaki yang ego.

Pst pst

Keningnya terangkat sebelah.

Pstttr psttt

"Ular? "

"Ular celah mana Adam!? Ni orang la! "

Adam bingkas bangun. Mencari mana suara itu datang. Matanya terancap pada tangan yang berayun-ayun memanggilnya di sebalik lubang dinding.

"Hawa?"

"Ye Hawa, tak kan la ular pulak.. "

Adam merapati Hawa yang berada di sebalik dinding.

"Kenapa kau dekat sini, nanti aku kena tangkap basah lagi macam mana? Kau nak kahwin dengan aku ke? "

"Diam la. Memang orang nak kahwin dengan dia pun! Ek- " Hawa terdiam.

Aduh, kenapa aku boleh terlepas cakap ni?!

"Tak, sekarang ni kau buat apa dekat sini? Balik la Hawa, nanti orang kampung nampak kau "

"Alaaa nak jumpa Adam la. Jangan risau la, kawan-kawan Adam jaga dekat luar tu "

"Dia orang ada dekat luar? "

"Haah, Adam untung ada kawan macam dia orang "

"Kau memang datang sini sebab nak bercakap dengan aku je ke? "

" Tak ada la, ni Hawa bawa makanan. Adam tak boleh mati dulu sebelum Hawa, faham? " Rapu Hawa.

"Apa kau merepek ni? "

"Tak ada apa-apa lah. Adam mesti seharian tak makan. Hawa tak nak Adam sakit. Nenek Adam dengan semua orang tengah risau. Adam ken-"

"Kau tak risaukan aku ke? " Potong Adam. Sengaja.

"Kalau Hawa tak risau, Hawa tak kan masuk hutan semata-mata untuk datang sini " jujur gadis itu.

"Aku- aku tak tahu bila aku boleh bebas daripada penjara dunia ni Hawa. Jadi jangan tunggu aku. Kau berhak untuk kejar masa depan kau "

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now