SURAT tawaran di tangannya di lipat kembali. Adam menongkatkan dahi. Lusa, dia harus bertolak. Itu pun jika dia menerima tawaran itu.
Hawa pula sekarang ini sedang di rawat di hospital. Gadis itu koma. Pasti dia trauma dengan kejadian kelmarin.
Sekurang-kurangnya dia mahu berjumpa dengan gadis itu sebelum bertolak. Namun sayangnya tuhan merancang takdir yang lain untuknya.
Adam bangun daripada kerusi. Telefon pemberian atuknya di keluarkan. Nombor seseorang di dail.
"Shabil. Jom lepak "
"Tak nak "
"Ok "
"Aku gu-"
Adam laju menekan butang decline.
🎶🎶
Deringan phone kedengaran sekali lagi.
"SAMPAI HATI KO PUTUS KAN LINE, EH MAMAT! AKU TAK HABIS CAKAP LAGI! "
"Jangan jerit lah Bil. Suara kau dah la sengau " Adam menjauhkan telefon daripada telinganya.
"EH. KAU TAHU TAK SUARA AKU NI LAGI SEDAP DARIPADA SUARA MIKAEL JAKS-UMPHH LEPAS LAH ISKANDAR!! "
"Hello? Bil? Kau dengar tak ni? "
"Weh ni aku, Is. Sorry lah ganggu. Tapi suara Shabil ni kuat sangat sampai semua orang pandang. Tu yang aku terpaksa rampas telefon dia"
"Ouh. Aku sebenarnya nak jumpa kau orang kejap "
"Sini lah bro. Kedai makan Cik Nab "
"Hm okay, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Aku gerak KLIA lusa "
"Eh "
"Ehhh??? " Shabil menepuk meja makan kuat.
"Kau memang dah nak jadi omputeh ke!? "
"Merepek apa mamat ni? Dia pergi sana nak belajar la bukan nak tukar races "
"Aku pun teringin jugak nak pergi luar negara. Tapi tulah, mak bedah kata kalau aku belajar jauh-jauh, siapa yang nak habiskan beras "
"Ye ye je kau "
"Adam, asal kau nampak resah sangat ni? Nak kata ada masalah kewangan, sekarang ni kau dah lebih kaya daripada Iskandar " selamba Shabil. Iskandar mendecit menyampah.
"Ye doh. Kaya gila atuk opah kau! Semalam mak aku baru je cerita yang atuk kau dah start projek untuk bina masjid dekat kampung ni " Ariff bersuara teruja.
"Saham akhirat kena sama rata dengan saham dunia. Lebih banyak lagi bagus "
"Aku sebenarnya "
Mereka semua terdiam saat lelaki itu membuka mulut.
"Aku rasa berat nak tinggalkan semua yang aku ada di kampung ni " Adam berbicara jujur
"Aku sayang kau orang macam keluarga aku. Aku tak pernah ada adik beradik. Mak ayah aku pergi waktu aku masih kecil. Zaman kanak-kanak aku pula tak indah. Tapi Hawa..
Dia kawan pertama aku. Dia bawa aku keluar daripada terus membenci diri sendiri. Lepas jumpa kau orang. Aku mula-mula teragak-agak. Aku tak mahu sekadar berkawan "
Adam mengambil nafas baru lalu di hembuskan kembali. Dia menunduk. Dahinya di sentuh, menutupi wajahnya.
"Terima kasih ikhlas dengan aku "
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023