Wajahnya di dongak ke atas. Melihat langit namun dengan mata yang terpejam. Adam memicit dahi. Dia pasti dia sedang bermimpi.
Dia kesini kerana suara seseorang. Suara gadis sedang membebel tidak puas hati. Namun rungutan dan nada suara itu bagai dejavu di ruang ingatannya.
Dan kini gadis itu benar-benar di hadapannya.
Dan Hawa masih mengenalinya?!
Dia meninggalkan gadis ini bertahun-tahun, namun dirinya masih tidak luput dalam ingatan gadis itu.
Sekarang ini dia pula kaku.
Mengharapkan gadis itu yang memulakan bicara. Adam mengetap bibir. Sepertinya Hawa sudah lupa untuk menjadi si becok murai.
"Aku-k-kau.. dah besar? "
Tersenget-senget kepala Hawa apabila mendengar soalan si Adam.
"Habis tu, tak kan Hawa dah mengecil pula? "
Adam meraup wajah.
Apa benda kau tanya ni Adam?!
"Kau sihat? "
Hawa senyum segaris.
"Lagi sihat lepas jumpa Adam "
"Kau memang tak berubahkan? Makin gedik hahaha "
Hawa tersentak. Senyumannya makin melebar sebelum dia ikut ketawa. Siapa sangka si muka ketat kini sudah reti ketawa.
"You changed me a lot "
"Did I? "
Pandangan lembut Hawa sentiasa menjadi tatapan kegemaran sang Adam. Pupil russet brown gadis itu indah di sepasang matanya yang dahulu senantiasa kelam.
"Terima kasih Hawa "
Hawa tersengih suka. Dia suka dengar suara Adam. Tambah-tambah bila nada suara lelaki itu menjadi selembut sutera. Garau namun mampu menggetar jiwanya.
Auch! Hawa gedik!
Ini semua salah Adam. Siapa suruh muncul tiba-tiba. Kan dia dah mula mengeletis gedik!
"Tapi .. "
Pandangannya menjadi tajam. Adam mengerut dahi.
"Sampai hati Adam tak babai dekat Hawa sebelum pergi oversea! Adam tau tak, Hawa ni macam orang gila cari mana lelaki handsome muka ketat 24 jam lepas tu selalu depress macam esok dah nak mati "
Adam ketawa.
Mereka berjalan bersebelahan. Tiada arah. Cuma mengamit kembali memori dahulu. Di mana Adam sering berjalan memimpin Hawa di belakangnya dengan pembaris. Semuanya hanya kerana gadis itu sering sesat.
Namun kini, dua manusia ini di satukan kembali di mana mereka pertama kali bertemu.
Adam hanya mengangguk sahaja mendengar bebelan Hawa. Banyak benar yang gadis itu pendam.
Tak apa.
Dia suka dengar Hawa membebel.
"Hawa "
"Apa dia? Orang tak habis lagi ni"
"Sekejap je. Lepas tu kau nak bebel sampai aku pekak pun tak apa "
Hawa ketawa.
"Ha apa dia tu? "
Adam mengusutkan rambut. Dia harus beritahu gadis itu juga! Malu itu kedua!
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023