15

25 4 0
                                    


Adam melangkah turun. Dahinya berkerut. Rasa pelik mula menjalar di dalam kapilari darah. Sesaat kemudian rambutnya di raup kasar ke belakang apabila mengenangkan kata-katanya yang terlepas tadi.

Sedar tidak sedar, egonya runtuh di malam ini juga.

Harapnya, Hawa tidak sempat mendengar segala kegelian itu. Poket seluarnya di seluk, mp3 yang di hadiahi oleh Iskandar sempena hari jadinya beberapa bulan yang lalu di keluarkan.

Kakinya mula melangkah perlahan-lahan. Sunyi sepi kawasan kampung pada waktu malam sebegini . Hanya bunyi cengkerik dan unggas-unggas yang kedengaran. Adam berjalan santai memijak rumput-rumput hijau yang kelihatan hitam di malam hari. Buat apa mahu di gerunkan suasana malam.

Baginya manusia lagi menakutkan daripada hantu.

"Adik! Adik tolong!! "

Adam tersentak. Laju dia mengangkat wajah. Kelihatan seorang lelaki dengan topi keledar yang masih tersarung berlari ke arahnya. Tak ubah seperti di kejar penyamun. Adam kaku, tidak bergerak. Matanya masih memandang gerangan yang berlari ke arahnya itu. Walau hatinya kuat menyuruh dirinya untuk beredar.

"Kenapa dengan abang? "

Lengan Adam di raih sebaik sahaja dia berada di hadapan remaja lelaki itu. "To..tolong aku dik.. tolong.. isteri abang! Isteri a-abang kena pukul! Aku dah tak tau nak panggil siapa lagi.. tolong abang dik.. " goncangan pada tubuh Adam semakin menjadi-jadi. Keringat dan tangisan bercampur membasahi baju putih bertompok merah tua itu.

Resah dan takut kelihatan mencengkam wajahnya. Adam hilang kata-kata.

"Saya panggil orang lain keja—"

"Tak payah! "

Adam tersentak. Hairan apabila emosi lelaki dewasa itu berubah secara drastik. "Abang tunggu sekejap je, mana boleh saya pergi sorang-sorang dengan abang" ujar Adam sekali lagi. Lengannya di rentap.

"Aku cakap tak payah, tak payah lah! Kau nak bini aku mati ke?! " Berangnya.

Adam tersenyum sinis. Sedar akan lelaki itu menipunya.

"Kau tipu aku kan? "

Wajah lelaki muda itu mula menjadi pucat. Perlahan sahaja bibirnya mencerca Adam. Belum sempat Adam menghalakan buku limanya. Dia tersenyum seringai.

BUK!!

Adam memejam mata menahan sakit sebelum jatuh rebah ke tanah.

"Nasib kau datang tepat-tepat. Kalau tak aku rasa, budak sial ni dah belasah aku dah " ujarnya pada seorang lagi lelaki 30-an yang sedang mengutip helmet yang berada benar-benar di tepi kepala Adam yang kini tidak sedarkan diri.

"HAHAHAH kau memang lembik ke apa? dengan budak ni pun tak reti nak kawal emosi. Kalau aku tak ada, sia-sia je seribu kau"

"Ah, peduli apa aku. Yang penting kerja kita kena settle, nanti cucu penghulu tu melalak "

"Habis tu apa lagi, tolong la aku angkat budak ni, bodoh! "

Adam yang separa sedar cuba melawan. Namun apakan daya, kepalanya terasa begitu berat. Darah mengalir di dahinya. Badannya di seret kasar. Nama ilahi meniti di kalbu. Tidak terdaya untuk di lafazkan bibir lemah itu.

Dia sendiri tidak tau apa yang bakal terjadi pada dirinya. Matanya perlahan-lahan tertutup.

***

Sara menggigit kuku.

Tidak tahu apa yang di gelisahkannya. Sekejap dia ketawa. Sekejap dia tersenyum.

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now